Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah


Selamat mendaftar kepada para pelajar Tingkatan 1 sesi 2010 SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang. Moga anak-anak diberi kerahmatan oleh Allah untuk memulakan langkah ke alam persekolahan menengah yang penuh dengan cabaran

Jangan lupa sediakan salinan surat beranak,kad pengenalan dan barang keperluan lain untuk tujuan pendaftaran...mudah-mudahan pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Kepada warga pendidik yang terlibat dengan proses pendaftaran pelajar baru dan penjualan buku moga tabah dan sabar menghadapi pelbagai kerenah...namun mudah-mudahan kelancaran jua akan kita nikmati.

Kepada anak-anak didik Tingkatan 2...akan memulakan persekolahan dengan suasana yang berbeza...jika tahun 2009 ...berada di sesi pagi...tapi pada tahun 2010...akan melangkah ke sesi petang....namun itu semua pasti tidak akan menjadi masalah dan kerumitan bagi anak-anakkan? Kerana anak-anak SMKJKT...telah dididik dengan menerima segala cabaran dengan hati yang terbuka dan lapang.

Apa yang penting...nawaitu kita ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu...segala jerih perih...akan kita tempoh....bagi anak-anak di Tingkatan 3,4 dan 5...anda adalah pewaris generasi masa depan...sediakan minda,emosi,fizikal dan rohani yang terbuka luas untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi...tanpa ilmu....manusia tiada apa-apa...

Harta yang di kejar...kemewahan yang di cari...tidak dapat di bawa mati...hanya amalan dan ilmu yang bermanfaat akan menemani kita...di alam akhirat nanti...tiada kekayaan,tiada wang atau pangkat...semuanya akan ditinggalkan...

Jesteru itu...tuntulah ilmu...dengan seikhlas-ikhlasnya...melangkah kaki ke pagar sekolah ...tinggalkan segala yang lagha(sia-sia)...buka buku baru..bawa azam yang baru dan berkekalan...bukan hangat-hangat tahi ayam...berikan tumpuan semasa guru mengajar...bukan....membuat kekecohan,bising...bukan buat sesuatu yang menyakitkan hati para guru...kerana keberkatan sesuatu ilmu yang dituntut terletak pada keberkatan dan keredhaan guru yang mendidik....

Jadilah pelajar yang berilmu,berakhlak dan beriman...mudah-mudahan kita semua akan memperolehi keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Jumaat, 25 Disember 2009

Tahniah!Kepada Pelajar PMR SMK.Jalan Kota Tinggi


Tahniah!Diucapkan kepada pelajar Tingkatan 3 SMKJKT kerana telah meningkatkan prestasi /keputusan PMR pada tahun ini. Syabas kepada warga pendidik SMKJKT kerana atas usaha,bimbingan dan dorongan yang diberikan kepada anak-anak ,sekolah tercinta kita telah memperolehi peningkatan dari segi keputusan keseluruhannya (51%) berbanding (44% pada tahun 2008)

Tahniah kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang,moga dengan kecemerlangan yang anda perolehi akan berkekalan hingga ke akhir hayat anda. Bagi anak-anak yang kurang berjaya,gagal sekali tidak bermakna gagal buat selama-lamanya. Pastikan kejayaan akan menjadi milik anda suatu hari nanti.

Sudah pastinya...senyuman manis akan sentiasa terukir di bibir Pengetua kita (Puan Hajah Fatimah binti Yusof)kerana sesungguhnya anak-anak SMKJKT mampu melakukan yang terbaik. SMKJKT BOLEH!

Buat Panitia Pendidikan Islam,terutama Puan Aisyah binti Md.Noh dan Cik Nor Suraini binti Mat Nor - Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana kejayaan pelajar memperolehi A (25 orang) B(35 orang) C (20 orang) D (10 orang) E (4 orang) telah meletakkan kita sebaris dengan sekolah menengah terbaik daerah Kluang.Alhamdulillah wa syukran Jazilan.

Moga di tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya ,nama SMKJKT terus cemerlang dan mengharum di persada daerah Kluang selaras dengan senikata lagu SMKJKT. Insya'Allah.

Jumaat, 11 Disember 2009

WALIMATUL-URUS


Sepanjang cuti persekolahan ,banyak majlis perkahwinan diadakan.Tidak kira di mana ceruk desa,taman perumahan,bandar ....walimatul urus....pertautan antara dua hati....kesinambungan antara dua keluarga....memupuk rasa kasih sayang antara insan yang telah terpaut hatinya....

Dalam melayari bahtera rumahtangga,pasti ada indah,pahit dan manisnya. Islam menyuburkan kasih-sayang melalui perkahwinan yang berlandaskan syariatnya. Pertautan antara dua hati pasti akan diberkati jika kita melayarinya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran . Bersyukur kerana dikurniakan jodoh dan menginsafi setiap apa yang akan kita lalui ini(alam rumahtangga) bermula dari titik perkenalan kita dengan jejaka atau dara pilihan hati.

Islam mengharamkan pertemuan antara uda dan dara waima semasa dalam pertunangan sekali pun. Jesteru pertemuan antara uda dan dara yang tiada hubungan maka haram hukumnya.Pertemuan antara empat mata dan dua hati yang berasmara dana tanpa ikatan yang sah adalah bunga-bunga zina yang wajib dijauh dan dihindari.

Sehubungan dengan itu,anak-anak didikku ....di sepanjang cuti persekolahan ini,jagalah diri dan akhlak kita sebagai seorang Muslim,lautan manusia dan hiruk pikuk kegawatan hiburan yang mengkhayalkan pasti akan menghanyutkan kita jauh dari landasan dan syari'at Islam.

Penuhi masa cuti kita dengan kerja-kerja yang berfaedah dan bermanfaat. Jadilah anak yang soleh dan solehah.Jangan jadi "anak lesung" yang sentiasa menumbuk ibu mereka. Anak derhaka tempatnya di neraka.Walau setinggi mana pun kedudukan kita jangan menderhaka kedua ibu bapa kita.


Selamat bercuti dan kembali ke sekolah.

Khamis, 26 November 2009

Aidiladha 1430 Hijrah


27 November 2009/10 Zulhijjah 1430 Hijrah.Aidiladha menjelang tiba. Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s menerima perintah Allah SWT melaksanakan ibadah korban,merupakan ketaatan hamba Allah kepada Allah SWT yang maha Esa dan maha Agong.

Betapa Rasul pilihan Allah SWT mendambakan segala ketulusan jiwa dan nuraninya...mengabdikan diri kepada Allah SWT maha pencipta. Tiada yang sia-sia di atas muka bumi ini ,kecuali pasti ada hikmahNya...yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Sebagai hamba Allah ,kita diwajibkan menunaikan segala perintahNya tanpa ada sebarang persoalan.Melaksanakan ibadah korban seiring dengan menunaikan fardhu haji bagi hamba Allah yang berkemampuan. Ibadah haji mengajar kita muhasabah diri,tahap kesabaran dan ketabahan kita dalam melaksanakan ibadah ini. Ibadah Sai'e ....memperingati peristiwa Siti Hajar dan Nabi Ismail...betapa tabahnya baginda berdua....di dalam mentaati perintah Allah SWT.

Namun ,di akhir abad 21 ini,kita sebagai hambaNYa,kadang-kadang masih tidak mampu menghadapi ujian dan cabaran hidup ini.Sehubungan dengan itu,marilah sama-sama kita menyucikan hati diri segala sifat mazmummah,agar hidup kita terus berada dalam ketenangan dan keberkatan dari maha Pencipta.

Ahad, 22 November 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA


Salam....selamat bercuti buat warga pendidik dan anak-anak didik SMKJKT....dalam suasana bercuti ni,jangan di lupa anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM.Bercuti memang sesuatu yang dinanti-nanti dan amat melegakan setelah berbulan,berminggu dan berhari mencurahkan ilmu kepada anak-anak didik.

Anak-anak ,jangan jadikan musim cuti suatu percutian yang boleh memberikan suatu kebebasan mutlak...kepada kita...jagalah akhlak dan sahsiah kita sebagai seorang pelajar dan muslim. Jangan lupa tunaikan solat lima waktu sehari semalam,isi masa cuti dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada diri kita dan keluarga.

Jauhi perkara lagha dan maksiat kerana ia boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan jati diri sebagai umat Islam yang disanjung dan bertamadun. Ketamadunan sesuatu bangsa dan umat dilihat dari sudut ketinggian ilmu dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah menurut kata ibubapa...kerana tanpa mereka kita tidak akan dilahirkan di atas muka bumi...

Kita juga adalah juara...namun kejuaraan itu mestilah dipelihara dan disemai dengan benih-benih keimanan dan akan melahirkan bunga-bunga ketaqwaan yang pasti (Insya'Allah) akan menjelmakan haruman kasturi yang akan mengharum semerbakan taman-taman indah (keluarga ).
,
Anak-anak soleh dan solehah menjadi benteng keutuhan sebuah keluarga,melahirkan ketenangan dan kedamaian....jesteru berusahalah dan bermuhasabah agar setiap perlakuan dan akhlak kita tidak menyimpang dari landasan keimanan.

Anak-anak didik sekelian....jangan jadikan percutian ini suatu percutian yang merugikan dan membawa penyesalan dalam diri...kerana perjalanan hidup kita masih jauh....lengkapkan dada dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.Mudah-mudahan hidup kita akan memperolehi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jaga Tujuh Sunnah Rasulullah SAW


Pertama ; Tahajjud, kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
* Tahajjud ialah bangun di 1/3 malam untuk bermunajat kepada Illahi,memohon keberkatan di dunia dan akhirat

Kedua : Membaca al-Quran sebelum terbit matahari
* membaca al-Quran sebaik-baiknya selepas waktu subuh.

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu Subuh.
* menunaikan Solat Subuh Berjemaah di masjid,terutamanya bagi kaum lelaki,kerana solat Subuh merupakan permulaan kita memulakan hari dan kekuatan bagi umat Islam

Keempat : Jaga Solat Dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
* Solat Dhuha ditunaikan selepas 12 minit waktu syuruk,bermakna selepas lebih kurang 1 jam waktu solat Subuh,ini bermakna pintu rezeki adalah apabila kita bangun di awal pagi dan menunaikan solat dan yang utama tidak tidur selepas waktu SUBUH>

Kelima : Jaga sedekah setiap hari
* Bersedekahlah bagi yang berkemampuan kepada golongan yang memerlukan waima para pelajar

Keenam : Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu'
* Wudhu menyegarkan pandangan dan menggugurkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan.

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat
* Istighfar melembutkan jiwa ,mententeramkan nurani...kerana manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa ....


Mudah-mudahan kita akan menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang akan melaksanakan Sunnah Baginda....pembimbing umat ke jalan kebenaran...jalan yang terang.

Rabu, 28 Oktober 2009

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2009



Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 telah bermula dan Tingkatan 1,2 dan Peralihan akan berlangsung minggu hadapan. SPM juga bakal menjengukkan diri untuk anak-anak didik Tingkatan 5,tidak sampai satu purnama SPM akan menjelma.

Anak-anak didik (SPM) khususnya ...sudahkan bersedia menghadapi peperangan yang akan menentukan menang dan tewasnya kita...namun kekalahan itu tidak akan berterusan..sayugia jangan menyerah kalah sebelum berjuang....kerana orang yang mengaku kalah sebelum berjuang adalah orang yang pengecut.

Lengkapkan diri dengan ilmu,persiapkan diri dengan fizikal dan mental yang jitu. Solat hajat,solat istikharah...agar tidak berlaku kecelaruan semasa menjawab soalan. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT....jalan penyelesaian di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Dapatkan restu ibubapa dan guru yang mengajar dan menyalurkan ilmu kepada anak-anak...kerana tanpa restu dan redha mereka....kebijaksanaan akan hanyut dan tenggelam.

Jangan lupa solat fardhu lima waktu...kerana itu adalah benteng dan jambatan umat Islam menuju kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Ingat pesan kami (guru-guru) yang mendidik...agar kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala apa yang kita terima semasa di alam persekolahan...nasihat,teguran dan bebelan itu adalah kebenaran dan kenyataan untuk anak-anak didik menghadapi dunia luar apabila meninggalkan alam persekolahan.

Dunia realiti yang perlukan manusia memiliki ilmu,tanpa ilmu kita akan menjadi bangsa yang dijajah,ditindas,dicaci dan di pandang sinis...tanpa ilmu manusia tiada apa-apa sebenarnya...kerana umat Manusia apabila mati akan meninggalkan tiga perkara:
1. sedekah jariah yang berpanjangan
2. doa dari anak-anak yang soleh dan solehah
3. ilmu yang bermanfaat.

Sehubungan dengan itu tuntutlah ilmu selagi kita terdaya....selagi nyawa masih di kandung...selagi udara dapat dihirup.....dan selagi akal dan otak masih berfungsi.

Ilmu juga dapat membezakan kita dengan makhluk Allah SWT yang tidak dikurniakan akal fikiran....Wallahu'alam.

Rabu, 21 Oktober 2009

Syawal Berlalu Sudah, Zulkaedah Menanti


Ramadan dan Syawal telah meninggalkan kita. Kini masuk bulan Zulkaedah, Ulamak menggelarkan Zulkaedah sebagai bulan antara dua hariraya.

Kemeriahan Aidilfitri di Negeri Johor lebih terasa berbanding di tempat lain kerana masyarakatnya berhari raya sehingga 30 Syawal. Masih ada lagi yang membuat majlis Marhaban, jamuan rumah terbuka dan berziarah walaupun dah masuk bulan Zulkaedah. Apapun ianya bergantung dengan niat dan tujuan kita mengadakannya. Ianya bukan wajib hanya mengikut uruf atau adat sahaja.

Penerbangan pesawat mambawa petugas Tabung Haji dan Jemaah Haji telah bermula. Didoakan bakal haji dan hajjah mendapat ibadah haji yang mabrur. Pertanyaan, cikgu dan ibu bapa pelajar mana yang naik haji tahun ini? Ustazah belum naik haji lagi. Insyaallah umur 40 nanti, harap semua doakan...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Selamat Menghadapi PMR 2009


PMR akan berlangsung pada 7-13 Oktober ,mengikut kiraan jam dan minit tidak sampai dua hari lagi,para pelajar Tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan PMR. Tidak kira walau di mana jua anda berada,masanya akan tiba. Peperangan akan bermula.Kelengkapan dan senjata perlu disediakan selengkap-lengkapnya.Doa ke hadrat Illahi,agar dipermudahkan dan diberi ketenangan semasa menjawab peperiksaan.

Bagi anak-anak pelajar Tingkatan 3 SMKJKT,di sini diturunkan tips menghadapi peperiksaan antaranya:

* Belajar secara bersistem
* Fokus!
* Tidur secukupnya pada malam peperiksaan
* Sediakan alat tulis yang mencukupi,jangan lupa kad pengenalan dan slip peperiksaan
* Pastikan tahu jadual peperiksaan
* Sarapan sebelum ke dewan peperiksaan,agar perut tidak berbunyi
* Salam ibu dan ayah.Mohon restu mereka.
* Jangan berbincang dengan rakan-rakan tahap ulangkaji mereka sebelum melangkah ke dewan peperiksaan
* Bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dan yakin dengan diri sendiri
* Melangkah ke dewan dengan membaca selawat Nabi
* Duduk di tempat anda dalam keadaan tenang.
* Membaca Bismillah dan Istighfar sebelum menjawab soalan yang diberikan
* Jawab soalan dengan tenang dan berhati-hati.
* Pastikan menjawab dalam keadaan tenang dan jawab soalan yang mudah dahulu
* Jangan mengulangkaji di saat-saat akhir peperiksaan



* Semoga anak-anak memperolehi kecemerlangan di dalam PMR *
*

Khamis, 1 Oktober 2009

Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2009


Solat Hajat Perdana PMR dan SPM telah diadakan pada malam 1 Oktober 2009 di Masjid Dato' Ahmad ,Kampung Datok Abdul Rahman Yassin,Kluang.

Para pelajar,ibubapa,guru dan qariah masjid telah menunaikan solat hajat secara berjemaah,mudah-mudahan ia-nya memberikan ruang keinsafan dan kesedaran kepada para pelajar agar menunaikan amanah sebagai seorang pelajar dengan penuh keikhlasan.

Kehadiran para guru dan ibubapa...memberikan gambaran bahawa anak-anak SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang adalah anak-anak yang mampu membawa dan meningkatkan kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

Mudah-mudahan dengan iringan doa dari ibubapa,guru,qariah masjid, Imam serta para pelajar ,Allah SWT telah membuka ruang keinsafan dan ketaqwaan dalam diri kita.Semoga anak-anak didik yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini memperolehi kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Allah SWT tidak akan mengubah nasib hambaNya...kecuali hambaNya itu sendiri yang membuat perubahan untuk dirinya sendiri;tiada manusia yang sempurna,tetapi jadilah yang terbaik. Kerana kita dilahirkan sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah SWT.

Jazakalluhukhairankhathira


Jazakallahukhairankhathira....moga Allah SWT jua yang membalas segala sumbangan yang telah dihulurkan kepada pihak sekolah dalam membantu menambah dana pembinaan surau SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang.

Mudah-mudahan segala apa yang dihulurkan oleh individu-individu ,rakan guru dari sekolah daerah Kluang,para ibubapa pelajar SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang mendapat keberkatan dari Allah SWT di dunia dan akhirat.

Pembinaan surau dijangka akan memulakan kerja pada akhir tahun ini,namun dana untuk pembinaan masih belum dapat menampung kos pembinaan. Kos binaan surau dianggarkan sebanyak RM120,000.00,namun setakat ini kutipan dari sumbangan hanya berjumlah RM14,000.00.

Sehubungan dengan itu,pihak ajk pembinaan surau,guru-guru,para pelajar SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang akan melancarkan "SKIM WAKAF"pembinaan surau SMKJKT,yang berjumlah RM10.00 satu sijil wakaf.

Bagi individu,pihak NGO dan badan berkanun yang berminat,bolehlah menghubungi pihak kami di talian (013-7622517:Puan Mastura binti Ahmat/013-9505899: Cik Nor Suraini binti Mat Nor/019-7271961:Tuan Haji Rahim bin Omar)

Segala sumbangan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazakallahukhairankhatira.

Isnin, 28 September 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah Kepada Semua Warga SMKJKT



Panitia Pendidikan Islam SMKJKT mengucapkan Salam Aidilfitri 1430 Hijrah, mohon maaf zahir dan batin, terkasar bahasa dan tingkahlaku mohon diampunkan, termakan atau terminum minta dihalalkan samada disedari atau tidak, al maklumklah sebagai manusia yang tak dapat elak dari melakukan salah, silap dan dosa. didoakan semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki dalam keimanan dan ketaqwaan.

Dalam seronok meraikan Syawal, jangan lupa solat dan sekolah. Selamat menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Selamat berjuang dalam pelajaran.

Siapa yang hajat nak berkunjung ke rumah Ustazah, amat dialu-alukan tetapi kena maklumkan dulu atau telefon kalau nak datang.

Selasa, 8 September 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR, Jadilah Pelajar Yang Gigih Bukan Penagih



Foto murid tahun 6 menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kita dikejutkan dengan pendedahan dari Agensi Dadah bahawa ramai pelajar sekolah rendah menjadi penagih dadah. Apa nak jadi budak-budak sekarang?


306 murid sekolah rendah positif dadah - AADK

Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran. Demikian seperti satu laporan berita bernama

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

Ahad, 6 September 2009

Sumbangan Ramadan Pelajar Yang Memerlukan




Kluang 5 Ogos 2009 : Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi telah mengumpulkan senarai pelajar yang layak menerima sumbangan Ramadan dan sumbangan diperolehi melalui kerjasama dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kluang sebuah NGO Muslim.

Sumbangan pertama telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha JIM Kluang kepada sebuah keluarga pelajar di Kampung Sri Lambak Kluang. Sebanyak lebih 20 set sumbangan telah disediakan untuk pelajar sekolah ini.

Terima kasih kepada pihak JIM Kluang dan semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban sara hidup mereka tatkala menjalani ibadah puasa dan akan mengembirakan mereka di Syawal yang bakal menjelma.

Khamis, 3 September 2009

Musim Peperiksaan ....Bermula


Selamat menghadapi peperiksaan Percubaan kepada pelajar Tingkatan 5, masih belum terlambat untuk memulakan langkah mencipta sejarah kegemilangan dalam pelajaran (akademik). Menghadapi peperiksaan di bulan Ramadhan ,mungkin memberikan suasana keletihan,namun disebalik keletihan ada seribu satu hikmah...kerana menghadapi ujian di bulan Ramadhan...umpama kita bersiap siaga untuk menghadapi peperangan /jihad "kubra'...dalam mengawasi dan menuntun nafsu kita.

Jihad menghadapi peperiksaan...bersiap sedia dengan segala kelengkapan....(pengetahuan dan ilmu di dada)....menyediakan peralatan yang mencukupi untuk menukilkan jawapan-jawapan yang baik,betul dan tepat.Kesungguhan dalam menunaikan ibadah puasa,solat dan menghadapi peperiksaan,sesungguhnya berjalan seiring dalam mendidik rohani dan jasmani kita.

Kita dilahirkan sebagai makhluk Allah yang cukup sempurna.Kurniaan akal yang menaikkan taraf kita. Akal sebagai CPU komputer mencanai segala maklumat dan dicerakinkan menjadi sumber pengetahuan yang amat bermakna dan bermanfaat. Kesempurnaan akal digabungkan pemikiran yang bernas menjadikan kita insan yang benar-benar boleh melakukan perubahan.

Namun sekiranya CPU kita disalahguna,maka segala monitor akan rosak binasa. Maka jadikanlah diri kita sebagai sebaik-baik umat di atas muka bumi ini. Gunakan semaksima mungkin kurniaan Allah yang tidak ternilai ini.

Akal dijaga dan dipelihara agar ia tidak menjadi "geylong",hanyut dan rosak....Pelihara akal ....kerana ia satu-satunya pembeza manusia dengan makhluk Allah yang lain.

Semoga peperiksaan ini membuka ruang kepada anak-anak didik SMKJKT menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Tanpa ilmu,manusia akan dipandang hina. Dengan ilmu walaupun kita miskin,pasti Allah akan mengangkat darjat kita. sesungguhnya orang yang berilmu tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Nik Nur Madihah contoh terdekat 20A1...menjadi sebutan,idola kerana kebijaksanaan dan kepintarannya...walaupun ia hanya seorang anak nelayan.

Jadilankah diri kita seorang pencinta ilmu,tanpa ilmu kita akan sesat.Mudah-mudahan anak-anak memperolehi kecemerlangan yang berterusan di dunia dan akhirat.

Selasa, 1 September 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah Semua Guru Dan Pelajar SMKJKT



Setelah bercuti selama seminggu dan sambung pula cuti Hari Kebangsaan Malaysia ke 52 pada Isnin Ustazah mengucapkan selamat kembali ke sekolah.

Terima kasih kepada pakcik atau abang atau makcik pemandu bas (foto) yang bangun di awal pagi dan pulang sehingga lewat petang untuk mengangkut budak-budak sekolah.

Cuti sudah, rehat sudah, makan angin sudah, apa tunggu lagi, minggu peperiksaan sedang menanti pelajar. Moga bangkit dengan semangat waja dan Selamat Menghadapi Peperiksaan.

Kesalahan Mukmin Di Bulan Ramadan



Salam Ramadan Al Mubarak : Kesilapan dan Salah Faham Dalam Ibadah Puasa Ramadhan

Oleh : Muhamad Al Hafiz

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.



7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Nabi Muhammad SAW menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Maksud Hadith : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Maksud Hadith : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Diterbitkan Oleh : PAS Kawasan Sembrong, Markaz PAS Kawasan Sembrong, 289 Jalan Semangat 13 Taman Sri Lambak (T6) 86000 Kluang http://passembrong.blogspot.com

Khamis, 27 Ogos 2009

Salam Ramadhan.


Seminggu Ramadhan telah kita lalui....menahan diri dari lapar dan dahaga juga perkara yang membatalkan puasa. Mudah-mudahan ibadah puasa kita pada tahun ini lebih memberikan kita kesungguhan dalam menjalani ibadah sebagai seorang Muslim yang Mukmin.Dan suasana peningkatan melaksanakan amal ibadah ini diteruskan disepanjang perjalanan kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah yang beriman.

Jangan jadikan segala-galanya bermusim....melaksanakan solat,bertadarus,bertilawah,menjaga akhlak ...sekadar menyambut Ramadhan...menutup aurat juga dijadikan berkala dan bermusim. Sempena bulan Ramadhan yang penuh kebarkatan ini...istiqamah dalam beribadat...dalam bekerja ,dalam mendidik,mengasuh anak-anak....waima tidur juga satu ibadah...jika niat...tidur untuk mengembalikan tenaga dan tersedar dari ketiduran kita akan melaksanakan ibadah....waima solat tahajud.

1/3 malam di bulan Ramadhan kita ikhtiar,usaha dan berazam untuk bangkit menunaikan qiamulail...jesteru istiqamah jua...di bulan-bulan seterusnya...Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur dan tawaduk dengan nikmat Allah SWT.
Saat-saat insan lain amat memerlukan...kita hulurkan tangan ....ringankan bebanan...agar insan yang kurang bernasib baik dapat menikmati suasana Ramadhan dan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran....

Sesungguhnya harta kekayaan kita .....bukan milik kita...di dalamnya terdapat sebahagian milik insan-insan (fakir dan miskin)...sehubungan dengan itu diwajibkan zakat kepada hambanya yang berada,berwang dan berkemampuan...meringankan beban insan-insan yang memerlukan. Mudah-mudahan kita terus istiqamah . sabar dan tawaduk di dalam beribadah.

Khamis, 20 Ogos 2009

BERSYUKURKAH KITA DILAHIRKAN SEBAGAI ISLAM?


Dilahirkan sebagai Muslim.Bersyukurkah kita? Islam agama yang satu-satunya diredhai oleh Allah SWT di atas muka bumi ini,tiada agama lain selain Islam yang membawa rahmat . Diutuskan para rasul untuk membimbing umat manusia ke jalan kebenaran,jalan yang penuh warna-warni. Namun bersyukurkah kita? tanpa perlu penyeksaan , tanpa perlu sekatan dan tanpa perlu cemuhan.Lahirnya kita di azan dan diiqamahkan agar telinga kita didendangkan dengan alunan suci ayat al-Quran.

Kecil kita di asuh ,dididik dan dipimpin agar satu hari nanti kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Dihantar ke taman asuhan kanak-kanak untuk mengenal huruf,di pimpin tangan di tunggu apabila melangkah ke alam persekolahan. Diajar alif ,ba,ta.....di asuh mengambil wuduk,solat waima dilatih berpuasa tatkala mula mengenal huruf.

Namun....tika usia menginjak remaja...seolah-olah kebebasan telah berada digenggaman.Solat mula ditinggalkan,ayat-ayat al-Quran sekadar hiasan ,puasa jauh sekali untuk ditunaikan. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai Islam.
Awalnya Islam di Bumi Allah ( Mekkah) Rasulullah SAW....dihina,dicemuh dan dipulau kerana membawa kebenaran....mengajak manusia dari kejahilan kepada keesaan menyembah Allah SWT. Sesungguhnya kita tidak melalui semua itu...hanya kenikmatan yang kita peroleh,hanya sekelumit ujian yang Allah datangkan...tetapi kita alpa.


Sumaiyah dan Bilal di seksa apabila ditemui memeluk Islam oleh tuannya. Namun keimanan yang teguh dan mantap telah menjadikan mereka hamba Allah yang diangkat darjatnya. Sumaiyah wanita pertama mati syahid...ganjaran syurga janji Allah yang pasti. Bilal, muazin pertama dalam Islam dan dimerdekakan oleh Saidina Abu Bakar..betapa Allah telah memuliakan hambaNya yang menolong agamanya,sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Jangan jadikan diri kita hamba yang kufur nikmat....bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan sebagai Islam....laksanakanlah segala suruhan dan jauhi segala larangan Allah tanpa banyak persoalan.mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang bersyukur.

CUTI SEKOLAH BERMULA!!!!!


Cuti sekolah akan bermula pada 22 Ogos...namun bagi negeri Kedah dan Kelantan cuti sekolah sudah pun bermula pada 21 Ogos. Selamat Bercuti dan Menyambut Ramadahan kepada warga pendidik dan para pelajar. Cuti seminggu dapat merehatkan minda dan keletihan seharian mentelaah pelajaran dan menlepaskan lelah menghadapi kerenah para pelajar.

Namun tugas,tanggungjawab dan amanah tidak akan berakhir waima cuti sekalipun...Ramadhan di sambut ,bersahur,berbuka puasa,bertadarus,berterawikh,insyaAllah akan melengkapkan cuti persekolahan seminggu ini dengan penuh keseronokan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kembali kita ke alam sekolah selepas bercuti memberikan kita lebih kebarkahan dan ketabahan.Sesungguhnya bulan Ramadhan menguji daya kesabaran dan ketabahan kita khususnya para pendidik.

Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung....hidup,mati dan ibadat kita sesungguhnya kerana Allah Taala...di samping fardhu kifayah kita mendidik anak-anak bangsa iaitu para pelajar kita manjadi insan dan manusia yang berakhlak,berilmu pengetahuan dan beriman.

Insya'Allah ....bersama-sama Ramadhan kali ini dan kerenah anak-anak didik kita...kita mampu memberikan yang terbaik. Tidak Allah datangkan hujan dan petir semata...tetapi Allah hadirkan pelangi selepas hujan dan petir. Begitu indahnya fitrah dan sunatullah....setelah Allah datangkan ujian pasti Allah akan berikan ganjaran. Tiada Allah berikan ujian itu di luar batas kemampuan hambaNya.

Buat warga pendidik SMKJKT khususnya dan warga pendidik diseluruh negara amnya...kita adalah yang terbaik....kerana kita telah dilahirkan untuk mewarnakan kegemilangan anak-anak bangsa kita....setanding dengan bangsa lain di dunia. Tanpa guru mungkin kita juga tidak akan bergelar guru @ pendidik pada hari ini.

Sertakan keikhlasan dalam mendidik,insya'Allah anak-anak kita juga akan menjadi yang terbaik....azamkan yang baru sempena Ramadhan nan barakah ini...agar kita sama-sama bermunajat kepada Illahi...agar SMKJKT menjadi yang terbaik ......dan kita adalah yang terbaik.

Ahlan wa sahlan Ramadhan.....tafadal cuti sekolah.....Ramadhan 1430 Hijrah

Isnin, 17 Ogos 2009

Ahlan Wa-Sahlan Ya Ramadhan!


Ramadhan...hadirmu di nanti...kehadiranmu membawa seribu erti dan nikmat dalam hidup umat Islam. Puasa di bulan Ramadhan..rukun Islam ketiga,menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa. Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa mendidik dan melatih umat Islam agar menjadi insan yang sabar dan tabah. Mendidik rohani dan jasmani,mensyukuri di atas nikmat kurniaan Illahi.Menjalani dan merasai keperitan hidup insan-insan yang kurang bernasib baik. Puasa melatih kita mendidik hawa nafsu daripada menjadi insan yang melakukan pembaziran.

Islam melarang umatnya melakukan pembaziran,kerana pembaziran adalah sahabat syaitan. Ibadah puasa juga mendidik jiwa agar bersedia menghadapi rasa lapar dan dahaga,mengajar kita menjadi insan yang berdisiplin,membiasakan diri untuk bangkit bersahur,melakukan solat sunat terawikh yang hanya setahun sekali,memyediakan juadah berbuka puasa sekadar keperluan.

Sesungguhnya ibadah puasa terlalu indah untuk dinikmati,lalitulqadr yang tidak ada di bulan-bulan lain,hanya Ramadhan diberikan keistimewaan satu malam.Allah SWT amat menyayangi hambaNya yang meminta. Bulan Ramadhan ,bulan penuh keberkatan ,penuh kenikmatan. Maka jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Khamis, 30 Julai 2009

Wabak Selsema HINI


Wabak influenze H1N1,telah menular ke serata pelusuk dunia ,Malaysia jua tidak tekecuali. Dilaporkan setakat hari ini telah berlaku 4 kematian akibat virus selsema babi ini. Langkah awal perlu di ambil untuk mencegah dan mengawal wabak ini dari terus merebak ke tahap kritikal.

SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...tidak terlepas dari menerima wabak . Ramai dari pelajar telah dicutikan selama 7 hari berikutan terdapatnya simptom-simptom selsema ini.Semoga para pelajar terus menjaga kesihatan diri. Menjaga keselamatan nyawa dari kemudaratan adalah suatu kewajiban dalam Islam.

Namun setiap penyakit yang didatangkan kepada kita,adalah tanda Allah SWT sayangkan kita. Di mana Allah SWT mahu menguji kita sama ada sabar atau mudah berputus asa dengan ujianNya.

Tiada Allah datangkan ujian itu di luar batas kemampuan hambaNya. Sesungguhnya semua manusia di muka bumi ini akan diuji. Bersabarlah di atas setiap ujian yang mendatang. Lakukanlah suruhan Allah dan jauhi segala laranganNya,Insya'Allah kita akan peroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.Mudah-mudahan kita akan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersabar dan redha dengan setiap ujian yang didatangkan di samping berusaha mengatasi dan menghadapinya dengan penuh rasa kesyukuran.

Sabtu, 18 Julai 2009

ISRAK MIKRAJ



27 Rejab 1430 Hijrah ,jatuh pada hari Isnin 20 Julai 2009,peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam diri umat Islam . Nabi Muhammad SAW di bawa menemui maha pencipta yang maha Agong dan maha Berkuasa. Tika dan waktu inilah waktu solat telah diwartakan lima waktu sehari semalam. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW amat mencintai umatnya,dari 50 waktu solat diminta menjadi 5 waktu.Sesungguhnya Allah SWT telah memperkenankan kesungguhan kekasihNya.

Nabi Muhammad SAW,sedia maklum bahwa umatnya tidak akan termampu menunaikan solat waktu yang telalu banyak (50 waktu),namun rasa kecintaan baginda tidak pernah diambilkira oleh kita umatnya,kerana kadang-kadang solat 5 waktu ini,juga akan ditinggalkan kerana sebab-sebab yang memang disengajakan.

Kajian rambang didapati kebanyakan pelajar perempuan lebih culas menunaikan solat berbanding pelajar lelaki.Dalam menunaikan ibadat solat tidak ada apa yang perlu diberatkan,solat tanpa telekung,tidak menjadi kesalahan. Hanya dengan memakai tudung labuh,menutup aurat sudah boleh kita menunaikan solat.

Jangan mengambil ringan tentang ibadat solat,kerana solat merupakan:
i. ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat
ii.membanding bezakan antara umat Islam dan golongan musyrikin serta kafir
iii. mencegah seseorang daripada melakukan perkara kemungkaran dan kefasadan

Sesungguhnya solat itu tiang agama,rumah tanpa tiang dan tembok pasti akan roboh,begitu juga umat Islam tanpa solat akan tunduk menyembah bumi.Solat adalah penghubung manusia dengan penciptaNya.Solat pasti akan memberi ketenangan kerana di waktu kita menunaikan solat segala-galanya akan kita serahkan kepada Allah SWT.

Tunaikan solat sesungguhnya solat adalah tiang agama. Peristiwa Israk Mikraj telah membawa Rasulullah SAW yang tercinta menemui Allah SWT untuk memuktamadkan waktu solat fardhu lima waktu.Betapa Allah Menyayangi Umat Muhammad,namun malangnya kita sebagai umat yang mengaku Islam seolah-olah lupa dan sentiasa mengejar perkara lagha (sia-sia). Tunaikanlah solat kerana ia adalah kewajipan bagi kita semua.

Isnin, 13 Julai 2009

Perbetulkan kiblat Khamis ini



Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Sabtu, 11 Julai 2009

Gotong Royong Membasmi H1N1 dan Denggi



11 Julai 2009...Sabtu. Gotong Royong Perdana PeringkatDaerah Kluang telah diadakan untuk membasmi penyakit demama denggi dan virus H1N1.

SMK.Jalan Kota Tinggi juga telah mengadakan gotong royong dengan disertai guru-guru dan para pelajar.Gotong-royong diadakan mengikut badan beruniform. Para pelajar dan guru bekerjasama membersihkan kawasan sekolah.

SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...merupakan sebuah sekolah yang memang damai dan tenang terletak di bawah kaki gunung...cukup mendamaikan dengan mengalirnya air ...cukup menerujakan kami warganya...

Mudah-mudahan dengan inisiatif ini secara tidak langsung kami warganya...benar-benar menjadi warga yang memnsyukuri nikmat kurniaan Allah yang tidak terhingga....dan sesungguhnya....apabila diamat-amati suasana dan keadaan muka bumi yang subur...kami amat berharap ...dipersekitaran akan ditanam dengan tumbuh-tumbuhan yang dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah khususnya dan warga sekitar amnya.

Gotong Royong Membasmi H1N1 dan Denggi

Isnin, 6 Julai 2009

Dana Sumbangan Surau SMJKT


Dana sumbangan Surau SMJKT...Alhamdulillah telah memasuki fasa ke 2....setakat ini kami telah menerima sumbangan dari pihak ibubapa,para guru dan rakan-rakan guru di sekitar Kluang.

Mudah-mudahan dengan sumbangan yang disalurkan dapat mempercepatkan proses pembinaan surau kami...dan mudah-mudahan juga surau ini dapat memberikan impak yang besar kepada kami dan pengguna jalan raya...agar dapat singgah menunaikan solat serta mengimarahkan surau.

Pembinaan surau ...insya'Allah akan terletak di bawah kaki gunung dengan mengalirnya air mata air...pastinya akan mendamaikan jiwa.

Berdoalah kita agar....penyaluran dana terus berjalan lancar dan setiap sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sabtu, 20 Jun 2009

Lawatan Ke Tanjung Piai


20 Jun 2009....Kelab Kebudayaan bersama Kelab Senamrobik,Perpustakaan,Silat Seni Gayong,Pergerakan Puteri Islam dan Pelancongan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Homestay Tanjung Piai. Lawatan ini amat menarik. Para pelajar,guru dan kaum keluarga pastinya hendak ke Tanjung Piai sekali lagi.

Pengalaman berada di hujung Benua Asia ,dengan pemandangan Laut China Selatan benar-benar memperlihatkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Hidupan seperti kera,siput,ikan belanak,benar-benar memberi gambaran bahawa kehidupan di dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah SWT.

Melihat bagaimana keropok lekor diproses,madu lebah di perolehi dan mengait buah kelapa muda sebelum meminum airnya,benar-benar membuatkan kami teruja.Keramahan Cikgu Aziz sebagai pengusaha Homestay Tanjung Piai benar-benar telah menambat hati kami semua.


Semoga lawatan ini ,dapat memberikan pengalaman dan kenangan...bahawa setiap makhluk ciptaan Allah SWT ada faedahnya. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa atas segala-galaNya.

Jumaat, 12 Jun 2009

wajah & hati yang cantik & rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu
ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada
Allah SWT dengan dzikir dan do'a..

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA
TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...

Ahad, 7 Jun 2009

Cuti Yang Menyeronokkan


Cuti sekolah...suatu peristiwa yang memang dinantikan...tidak kira siapa....pelajar,guru dan ibubapa....kerana semasa cuti sekolah...banyak aktiviti,program yang dirancang ....mungkin akan dilaksanakan.....tetapi aktiviti dan program yang bagaimana?.....

Program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mestilah sesuatu yang akan memberi manfaat dan impak yang besar dalam diri kita...sebagai seorang pelajar...aktiviti melancong,berkelah dan melawat ke tempat menarik....mungkin sesuatu yang akan menyeronokkan...kerana aktiviti melihat tempat peranginan,tempat bersejarah memberi sesuatu yang membekas di dalam hati.

Melancong dan bersantai di tepian pantai,di air terjun akan mengajak kita melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT terhadap penciptaan makhluk Allah SWT di atas muka bumi ini....keindahan alam ciptaan Allah sewajarnya menjadi satu titik permulaan bagi kita sebagai insan melihat keagungan Allah dan muhasabah diri bahawa sesungguhnya....kita adalah insan dan hamba yang lemah...kerana tanpa Allah...kita tidak akan wujud dan tidak akan dapat melihat alam ini.


Sewajibnya kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.....kita hambaNya tidak akan mampu merekacipta kenderaan,menghiasi rumah,mencari ilmu,jika kita tidak dikurniakan akal fikiran yang membezakan kejadian kita dengan makhluk Allah yang lain.


Sayugia....dengan itu....susurilah dan laluilah hari-hari kita yang akan datang ,hari ini,esok dan seterusnya dengan rasa penuh kesyukuran terhadap Allah SWT...tarbiyah diri kita dengan ilmu-ilmu Allah....penuhi fikiran dengan fikrah Islamiah....hiasi peribadi dengan akhlak-akhlak mulia....Insya'Allah ...kehidupan kita akan diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat.


Penuhi tanggungjawab dan taklif kita kepada dua prinsip utama dakwah Islamiah "Ammar Makruf Nahy Mungkar"....laksanakan suruhan Allah dan jauhi segala laranganNya...hiasi kefardhuan dengan amalan sunat sebagai bunga-bunga indah di taman.


Jangan dilupa solat fardhu....5 waktu diutamakan....walau di mana kita berada....walau bagaimana jua keadaan kita...amalan pertama di hisab di akhirat....SOLAT.....

Percutian sesuatu yang menyeronokkan,tetapi jangan dilupa amanah kita sebagai hamba Allah SWT....yang masih diberi kesempatan menghirup oksigen tanpa bayaran di bumi Allah....bayangkan jika setiap sedutan dan hembusan nafas kita dikenakan bayaran atau 3 sen sesaat...namun itu semua tidak akan berlaku kerana Allah SWT amat mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya....cuma kita sahaja yang lupa asal-usul kita.


Mudah-mudahan percutian kali ini akan membuka lembaran baru bagi kita untuk meneruskan perjuangan kita sebagai pelajar,guru,ibubapa di dalam melaksanakan amanah dan tuntutan Allah SWT.

Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat Bercuti


Cuti sekolah telah bermula dari 30 Mei-14 Jun 2009....nampaknya cuti persekolahan selama 2 minggu....bakal menjadikan ia cuti sekolah yang teristimewa atau cuti sekolah yang amat membosankan....tetapi perlulah diingat bahawa cuti sekolah yang panjang ini....perlulah diisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

Jadikan cuti sekolah kita...sebagai satu percutian,yang akan merangsangkan minda dan memulihkan emosi kita....semoga cuti kali ini....membawa semangat baru dan ceria apabila kita melangkah kaki semula pada 15 Jun 2009....nanti.

Perbaharuilah azam dan cita-cita kita...moga kita terus cemerlang sebagai seorang pelajar dan pendidik.Insya'Allah...

Selasa, 19 Mei 2009

KEPUTUSAN PTK



Tahniah! Diucapkan kepada sahabat guru yang mendapat keputusan cemerlang dalam PTK. Bagi sahabat guru yang tidak berjaya memperolehi IV masih ada lagi ruang untuk kita mengharungi peperiksaan pada OGOS ini.

Insya'Allah,kejayaan dan kecemerlangan itu akan menjadi milik kita,cuma cepat dan lambat kita perolehi bukan urusan kita,kerana Allah maha mengetahui segala-galaNya.Tidak Allah datangkan sesuatu itu di luar batas kemampuan hambaNya. Yakinlah dengan pertolongan Allah SWT.

Pastinya,usaha tangga kejayaan,tawakal adalah jambatannya. Tanpa kedua-duanya kita akan terus alpa. Cayok!Cayok! Kita boleh !

Selamat Berjuang Di Medan Peperiksaan


Salam ,mungkin belum terlewat atau mungkin agak terlambat untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan bagi anak-anak didik SMJKT khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5.
Umumnya anak-anak tingkatan 1,2 dan 3 yang bakal berjuang pada hari Jumaat (22/3/09).

Menghadapi peperiksaan umpama mempersiap dan memperkasakan diri ke medan perjuangan.Mengulangkaji pelajaran dan berusaha di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Insya'Allah anak-anak akan berjaya.

Penuhilah dada dengan ilmu pengetahuan,dengan ilmu diri mu akan dihormati.Tanpa ilmu kita pasti akan hanyut dan tenggelam. Jesteru itu,didiklah rohani dan minda kita dengan mematuhi segala ajaran Islam dan nilai-nilai murni.

Selamat Menghadapi Peperiksaan dari kami Guru-guru SMJKT.

Khamis, 14 Mei 2009

KURSUS LDP


SMK.JALAN KOTA TINGGI,KLUANG

16 Mei 2009 : Kursus Pembinaan Item
23 Mei 2009 : Kursus Budaya Kecemerlangan Kerja


Kedua-dua kursus ini akan diadakan pada hari Sabtu bertempat di Perpustakaan SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang bermula pada jam 8.00 pagi.

Penceramah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) didatangkan khas dari mereka yang berpengalaman dan cemerlang di dalam perkhidmatan.

Para guru semua,adalah tidak terkecuali dari menghadiri LDP ini. Moga dengan mengikuti LDP ini akan melahir dan menjana guru yang lebih cemerlang dari sudut sahsiah yang akan mewajar kecemerlangan dalam semua tindakan. Berfikir sebelum bertindak adalah jalan terbaik untuk melahirkan pesonaliti yang berkualiti dan berdaya saing.

Tindakan tanpa pemikiran yang terbuka,rasional dan dangkal akan melahirkan pemimpin dan pendidik yang sentiasa berhati walang dan jumud.Seharusnya minda dan emosi digandingkan dengan kerohanian yang utuh agar segala-galanya berada di bawah landasan dan jajahan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan dari program yang telah direncana dan dirancangkan untuk kita.

Guru berhati waja ,keperibadian menjadi ikutan,pertuturan menjadi nasihat ,Insya'Allah akan lahirlah pejuang bangsa yang berpijak di bumi nyata.

Selamat Hari Guru "Guru Pembina Negara Bangsa"



16 Mei setiap tahun adalah hari untuk semua guru di seluruh MALAYSIA. Selamat Hari Guru buat para guru walau di mana jua berada. Pengorbanan dan jasamu sangat bermakna dalam kehidupan kami. Serangkap sajak nukilan Usman Awang "Jika sekarang berdiri seorang Perdana Menteri" maka bermula hidup mengenal abjad adalah dari bimbingan dan tunjuk ajar ,seorang insan kerdil berhati suci nan ikhlas iaitu "GURU"

Guru dirimu umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi hidup pelajar-pelajarmu. Walau seribu onak dan ranjau mendatang,kau pasti mengharunginya. Guru(Mualim) terlalu tinggi nilaianmu di sisi Allah SWT.

Guru bejalanlah seiringan,terbanglah segagah sekawan beburung di langit,jadilah seteguh karang di lautan walau dilanda badai ,jiwa mu tetap kental mencurah bakti dan ilmu. Ilmu yang dicurah tidak mengenal warna kulit,keturunan dan agama anak-anak didikmu.

Tanpa guru,mungkin kita juga tidak akan bergelar "GURU" seperti kita hari ini.

Akhirul Kalam. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia amnya dan khasnya kepada GURU-GURU SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang. Tanpamu guru ,mungkin tidak akan lahir pelajar secemerlang Siti Khadijah dan secekal Summayyah.

SELAMAT HARI GURU ; GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Khamis, 30 April 2009

Laporan Aktiviti


1 Mei 2009. Alhamdulillah, majlis Sambutan Maulidur Rasul (25/4/09) dan Kem Remaja Taqwa (24-25/4.09) berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar SMJKT.

Kehadiran pencemarah Ustaz Mahyudin bin Mohd.Sarip telah menceriakan suasana dengan ceramah yang diberikan . Ceramah beliau telah menambat hati warga SMJKT,moga ustaz berkesudian menghadirkan diri ke sekolah kami,andai menerima jemputan dari pihak kami.

Sementara itu para peserta Kem Remaja Taqwa,juga telah menunjukkan minat dan kerjasama yang amat menggalakkan. Semoga kehadiran anak-anak ke Kem Remaja Taqwa ini akan membuka ruang di hati kita semua untuk menerima perubahan ke arah kebaikan dan pembentukan akhlak dan sahsiah cemerlang.

Waakhirul-kalam,ucapan jutaan terima kasih dan moga Allah SWT jua yang dapat membalasnya di atas segala sumbangan dari warga pendidik SMJKT dalam menjayakan kedua-dua program ini.

Khamis, 23 April 2009

Persiapan Majlis Maulidur Rasul 2009


24 April 2009.. Persiapan majlis sambutan Maulidur Rasul dan Kem Remaja Taqwa berlancar lancar.
Pendaftaran peserta Kem Remaja Taqwa akan bermula pada pukul 3.30 petang ini, seramai 70 orang pelajar dijangka akan mengikut kem ini. Diharapkan para peserta diberi kelapangan menyertai Kem Remaja Taqwa ini.

Sementara itu, An-Naseha binti Abdullah akan mewakili Daerah Kluang ke Majlis Tadarus Al-Quran peringkat negeri di SMKA ,Johor Bahru. Pertandingan ini bermula pada 24-25 April 2009. Semoga penyertaan An-Nasehah akan memperoleh kejayaan cemerlang dan menjadi pemangkin kecemerlangan seterusnya.

Khamis, 16 April 2009

Program Terkini


Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan aktiviti:
1. Sambutan Majlis Maulidur Rasul pada 25.4.2009/Sabtu : Penceramah - Ustaz Mahyudin bin Mohd.SaripPensyarah UTM,Skudai

2. Kem Remaja Taqwa : kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling pada 24-25.4.2009/Jumaat-Sabtu - sasaran Pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4

* Diharapkan progam ini :
i mendapat sambutan dari para pelajar
ii mendapat ilmu duniawi dan ukhrawi
iii meningkatkan keyakinan dan potensi diri
iv melahirkan pelajar yang berakhlak mulia

Sehubungan dengan itu diharapkan kerjasama dari pihak ibubapa agar menggalakkan anak-anak tuan/puan mengikut aktiviti yang telah dirancang. Moga segala usaha kita untuk membentuk sahsiah mereka mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT jua. Amin Ya Rab-al-Amin

Program Terkini

Ahad, 12 April 2009

Dana Sumbangan Surau SMJKT


10 April 2009,akaun dana sumbangan Surau SMJKT telah dapat dibuka pada hari Jumaat.
Alhmadulillah segala urusan kemasukan deposit untuk pembinaan surau telah berjalan lancar. Moga segala sumbangan dari para guru mendapat keberkatan dari Allah jua. Insya'Allah.

Sehubungan dengan itu,sekiranya ada pihak-pihak yang ingin membuat sumbangan bolehlah berkunjung ke Bank Islam Bhd.di mana-mana cawangan dengan menulis no.akaun 01050010023665 atas nama Dana Sumbangan Surau SMJKT. Segala sumbangan dan kerjasama diucapkan dengan ucapan Jazakallahukhairankhatira.

Selasa, 7 April 2009

Pembinaan Surau SMJKT


Perkembangan terkini pembinaan surau SMJKT,fasa 1.
* membuka akaun semasa atas nama "Dana Pembinaan Surau SMJKT" di Bank Islam,cawangan Kluang
- telah menemui pegawai bank dan terdapat satu borang yang belum lengkap
- amaun deposit belum dapat dimasukkan

Insya'Allah,usaha ini akan diteruskan pada hari Khamis 9 April 2009. Moga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Majlis Tadarus Al-Quran












Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Kluang telah diadakan pada 4 April 2009 di SMK Paloh,Kluang.

Panitia Pendidikan Islam telah menghantar 16 orang pelajar dengan diiringi dua orang guru. Pelajar yang terlibat ialah:
1. An-Nasehah binti Abdullah
2. Noor Shafiqah binti Suramin
3. Mimi Syuhada binti Saadon
4. Nur Naimah binti Nani
5. Siti Khadijah binti Masran
6. Muhammad Haziq Haikal Bin Zainuddin
7. Muhammad Ar-Razi bin Deraman
8. Muhammad Syazlee Amri
9. Muhammad Daniel bin Rahim
10.Muhammad Faid bin Omar
11.Muhammad Haziq bin Rahima

Tahniah kepada An-Nasehah binti Abdullah kerana telah berjaya menjadi Johan (Tilawah al-Quran/Perempuan) .Beliau akan mewakili daerah Kluang ke peringkat negeri Johor yang akan diadakan di SMKA.Johor Bahru.

Pastikan kejayaan terus mengiringi hidup anda. Berusaha dengan gigih. Bagi anak-anak yang lain jangan putus asa. Usaha tanpa kejayaan adalah ujian ,kerana insya'Allah satu hari nanti kejayaan akan kita perolehi. Berusaha jangan putus asa. Anak-anak SMJKT boleh!Sesungguhnya kejayaan milik semua insan, cuma cepat dan lambat sahaja. Yakinlah dengan pertolongan Allah SWT. Amin

Khamis, 2 April 2009

Berbohong Kerana Aprilfool?


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT

Berbalik kepada pertanyaan April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Penipuan dan Pembohongan
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL).

Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Haram Meraikan April Fool
Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan 'akidah umat Islam.

Sumber dari http://ameenmuslim.blogspot.com

Ujian Itu Sebenarnya Nikmat Dari Allah SWT


Kita datang ini hanya sekadar tetamu senja.Bila pulang nanti bawalah bekal untuk ke sana. Manusia di datangkan dan dilahirkan adalah sebagai tetamu Allah SWT. Kemana kita akhirnya? Hanya amalan sebagai penentunya. Ujian didatangkan kepada kita berbagai bentuk sama ada kita diuji dengan kesenangan,kemewahan atau kesusahan dan penderitaan.
Segala-galanya adalah sebagai tanda perlunya kita bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya. Tiada Allah SWT datangkan kepada kita sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang diberikan.

Sesungguhnya segala milik kita di dunia ini adalah sekadar pinjaman. Bukan hak milik kekal kita. Ia suatu amanah yang wajib ditunaikan dengan penuh keikhlasan. Buangkan segala keriakan ,ketakjuban dan keujuban yang bersemadi di dalam hati dan sanubari kita. Tiada apa yang kita miliki sebenarnya.

Kebongakakan ,keriakan dan kesombongan akan memakan diri dan segala amalan kita. Namun keikhlasan itu hanya Allah SWT sahaja yang menilainya.Muhasabah diri adalah yang terbaik buat diri kita yang kadang-kadang lupa dan alpa dengan apa yang kita miliki di atas muka bumi ini.

Allah SWT maha pengasih dan penyayang terhadap hambaNya yang sentiasa ,mengharap dan bertawakal. Maha suci Allah dari sebarang kekurangan .Kekurangan itu milik kita ,hambaNya yang dijadikan dari setitis air mani.Tiada apa yang hendak digah dan dibanggakan. Manusia itu sama di sisi ALLAH SWT kecuali orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Sehubungan dengan itu,hindarkan sifat riak,ujub,takbur dan bangga diri. Tiada manusia yang sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah SWT. Kembalikanlah ruh dan nurani kita kepada pengabdian kepada Allah SWT yang esa bukan kepada pujian dan sanjungan manusia yang tidak membawa apa-apa makna dan ertinya kehidupan. Tanpa ALLAH siapa kita?

Rabu, 1 April 2009

Siri Peringatan Bertajuk : Penerbangan Percuma


Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau
AirJordan, tetapi Al-Jenazah

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat
Ianya atas kesudian Pencipta kita

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,
tetapi air mawar dan cendana

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'La-ila-ha-il-Allah'

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir,
mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh

Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang..

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Sumber: www. is150.net

Selasa, 24 Mac 2009

TAHNIAH ! KECEMERLANGAN SPM 2009

Sekalung Tahniah kepada warga pendidik SMJKT di atas kecemerlangan keputusan SPM 2008. Peningkatan peratusan sebanyak 82.14% telah meletakkan SMJKT sebaris dengan sekolah-sekolah di daerah KLUANG. Pengorbanan warga pendidik tiada tandingannya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberikan ganjarannya.

Ilya Iffah binti Bahari telah muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2008 dengan memperolehi 6A. Semoga kejayaan yang diperolehi akan menjadi nadi pengerak serta semangat kepada pelajar SMJKT.

Moga SMJKT terus cemerlang,gemilang dan terbilang. Usaha tanpa doa sia-sia. Teruskan perjuangan menuju kemuncak kecemerlangan.

Isnin, 16 Mac 2009

Sayu Melihat Rumah Pelajar Terbaik SPM 2008





Pengkalan Cepa :Tahniah kepada pelajar ini. Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah keperluan asas kepada sesebuah keluarga, sebuah rumah.Bukannya bapa beliau orang pendatang yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika beliau ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu, untuk membeli buku dan komputer. Mungkin beliau akan bernasib baik sebab Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi bagi pelajar-pelajar lain yang juga susah dan dapat keputusan yang baik, bagaimana pula nasib mereka?

Ada sedikit percangggahan maklumat berita TV3 yang menukar nama sekolah tempat beliau belajar kepada SMK Naim Lil Banat sedangkan nama sebenar sekolah belau ialah Ma’ahad Muhammadi Perempuan yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Allah SWT maha mengetahui.

Gambar rumah dari Akhbar Utusan Malaysia, ruang tamu yang menjadi tempat belajar dan keluarga yang ceria Nik Nor Madihah Binti Nik Muhamad Kamal.

Ahad, 15 Mac 2009

Pelajar Cemerlang SPM 20A Anak Seorang Nelayan




Gambar Nik Nor Madihah Binti Nik Muhamad Kamal menerima ucapan tahniah dari berbagai pihak.

Pelajar Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan, mendapat keputusan 20A iaitu 19A1 dan 1A2 di dalam peperiksaan SPM 2008. Tahniah buat Adik Nik Nor Madihah 18, yang semestinya membanggakan keluarga dan sekolah.

Sejuk perut ibu yang mengandungkan beliau lebih-lebih lagi beliau bukan datang dari keluarga yang senang kerana bapa beliau hanyalah bekerja sebagai seorang nelayan pantai kecil-kecilan.

Moga kejayaan beliau menjadi contoh kepada semua pelajar yang bukan sahaja sopan menutup aurat dan berakhlak mulia malah berjaya mencatat sejarah sebagai pelajar cemerlang dan namanya terjulang menjadi sebutan dan pujaan.