Selasa, 10 Mac 2009

Sejarah Sekolah



SMK Jalan Kota Tinggi mula beroperasi pada tanggal 6 Januari 2003. Ia terletak di Km 3 Jalan Kluang ke Kota Tinggi. Di sebelah utaranya merupakan gugusan Gunung Lambak yang terdiri daripada kawasan Hutan Simpang Rengam. Di barat dan timur merupakan kawasan berbukit-bukau dan beralun yang dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan di selatan telah mula dibangunkan sebagai kawasan hospital Kluang yang baru.

Pada tahun 2003, seramai 296 pelajar telah menjadi kumpulan pertama yang menuntut di sekolah ini ialah En. Mohd. Zamri bin. Sabran yang mula bertugas pada 16 Jun 2003. Sebelum tarikh tersebut, En. Abdul Rahman Mohd. Nor (kini Tuan Haji) yang merupakan penolong kanan pertama sekolah telah memangku jawatan pengetua sekolah ini. Seramai 20 orang guru dan 3 orang kakitangan pula telah terpilih sebagai guru dan kakitangan peneroka sekolah ini. Kumpulan ini juga telah dibantu oleh 7 orang pekerja swasta yang banyak membantu keceriaan sekolah.

Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan merangkumi 15 hektar termasuk 5 hektar yang belum dimajukan. Terdapat 3 blok bangunan utama iaitu blok A, blok B dan blok C. Blok A menempatkan bilik-bilik operasi utama termasuklah pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan bilik kelas di tingkat 3. Blok B pula terdiri daripada bilik-bilik makmal,bilik EteMs, Pusat Kegiatan Guru, Dewan dan bilik kelas di tingkat 2 dan 3. Blok C merupakan bilik-bilik kemahiran hidup, bilik ERT, Pusat Sumber, bilik komputer dan bilik kelas yang terdapat di tingkat 1 dan 2.

Mulai 1 November 2005, Puan Hajah Marmining Binti Ahmad telah dilantik menjadi pengetua SMK Jalan Kota Tinggi bagi menggantikan En. Mohd Zamri bin Sabran yang berpindah ke SMK Dato’Onn, Batu Bahat. Mulai tahun 2006, jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini meningkat kepada 40 orang. Ini sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar yang mencapai hampir 700 orang. SMK Jalan Kota Tinggi walaupun baru menjangkau ke tahun ke-4 telah juga menunjukkan potensi dalam bidang kokurikulum seperti dalam arena silat, permainan Tenpin Bowling dan softball.
Kini, SMK Jalan Kota Tinggi telah diterajui oleh pengetua yang baru iaitu Pn. Hj. Fatimah Binti Yusuf mulai 1 Januari 2007.

Walau bagaimana pun masih banyak yang perlu diusahakan untuk meningkat didalam aspek kurikulum dan perkembangan disiplin pelajar. Sejajar dengan perubahan visi yang lebih jelas ke arah menjadi sekolah harapan Negara, banyak usaha sedang dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan agar pelajar yang dilahirkan menjadi warganegara Malaysia yang berguna dan aset kepada Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan