Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2010

Muhasabah Diri Buat Seketika




Hari ini...saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu buat anak-anak didikku yang tercinta...khususnya anak-anak didik SMKJKT...sesungguhnya hidup di dunia ini penuh dengan warna-warni...penuh dengan ujian ,penuh dengan kealpaan,penuh dengan hiburan dan penuh dengan keimanan. Cuma kita sahaja yang mampu menerokai alam ini dengan ajaran Islam dan hidayah Allah SWT.

Sebagai manusia kita memang kadang-kadang terlupa dan memang selalu terlupa...kita ini didatangkan atau lebih tepat dilahirkan ke dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah SWT. "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT"...lafaz yang sering diucapkan setiap kali kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Sesungguhnya Allah SWT ,tidak akan melupakan hambaNya yang meminta dan memohon keampunan kepadaNya.Allah SWT maha pengampun lagi maha mengasihi hamba-hambaNya.

Kita ini sekadar tetamu,datang sekejap untuk mencari bekalan menuju alam nan abadi. Kewajipan menuntut ilmu untuk memartabatkan maruah dan tamadun umat Islam, Islam adalah agama di sisi Allah SWT.Barang siapa yang mengabaikan tuntutan sebagai umat Islam,nescaya Allah akan datang azab dan bala bencana ke atas mereka...Telah diturunkan azab dan siksaan yang amat pedih ke atas umat yang terdahulu (Kaum Ad,Kaum Thamud dan Kaum Lut) di atas keengkaran,kesombongan dan kedegilan mereka mendustakan utusan Allah SWT iaitu Nabi Lut,Nabi Salleh.

Membelakangkan dan menolak segala ajaran yang disampaikan,maka di atas kemurkaan Allah SWT maka dijatuhkan bala bencana seperti diterbalikkan bumi,halilintar yang maha dahsyat dan banjir besar yang menenggelamkan seluruh kerajaan sehingga tiada lagi kehidupan kecuali orang-orang yang beriman.


Menjadikan "surau" atau "mussola" tempat beribadat kepada tempat melakukan "maksiat",berjudi dan menghisap rokok...merupakan satu perbuatan jahiliah yang pasti tiada kemaafan dan keampunan selagi tidak memohon keampunan kehadrat Illahi. Surau tempat kita menunaikan solat ,bertilawah al-Quran telah dicemari dengan perbuatan segelintir daripada kita dengan memandang remeh perbuatan ini.

Alangkah malangnya,seorang Islam dan dikurniakan akal fikiran masih tergamak melakukan perbuatan "haram" ini di mussolla atau di surau. sesungguhnya akal fikiran yang dikurniakan telah dicemari dengan hasutan syaitan durjana. Jika hawa nafsu menguasai akal maka jarum-jarum syaitan mudah mengambil alih fikiran dan perbuatan kita. Tiada apa yang lebih malang lagi kerana akal fikiran langsung tidak digunakan sebaik mungkin...Allah SWT telah mengurniakan kita akal fikiran untuk:

i. membezakan kita dengan haiwan
ii. membezakan antara perkara yang baik dan buruk
iii. membezakan di antara perkara yang haq dan perkara batil
iv. membezakan di antara kejahilan dan kebenaran
v. mensyukuri nikmat-nikmat Allah SWT.

Sayang seribu kali sayang...kalau masih di bangku sekolah kita sudah menjebakkan diri dengan perkara-perkara kemungkaran dan maksiat...apatah lagi jika melangkah keluar dari alam persekolahan...jika kita tidak mahu berubah...siapa lagi yang hendak mengubah diri dan nasib kita...JIKA BUKAN DIRI KITA SENDIRI...jangan salahkan orang lain dan dosa umat Islam tidak akan ditanggung oleh orang lain...kecuali....DIRI KITA SENDIRI.

Kembalilah ke pangkal jalan...masih panjang lagi ...perjalanan hidup yang perlu kita tempuh dan hadapi...jalan lurus dan kebenaran ...terlalu banyak likunya...hanya orang yang benar-benar berfikir dan mencari ...PASTI...akan menemui jalan penuh cahaya dan HIDAYAH ILLAHI. Wallahu'alam

Rabu, 20 Januari 2010

Menutup Aurat Suatu Kewajipan


Surah an-Nur:30-31...membawa maksud..Wahai Lelaki beriman,jagalah pandanganmu dari perkara-perkara maksiat dan jagalah kehormatan dirimu...Wahai Perempuan yang beriman ,jagalah pandanganmu,jagalah kehormatan dirimu,jagalah perhiasan diri jangan menampakkan kecuali yang zahir....tutuplah lehermu dan belahan dadamu kecuali daripada"lelaki mahram"(suamimu,bapa mertuamu,bapamu,anak lelaki,anak-anak tiri...*) iaitu lelaki yang haram dikahwini dan janganlah kamu menghentakkan kaki sehingga terdengar perhiasan darimu...Wallahu'alam.


Berdasarkan ayat ini,umat Islam lelaki dan perempuan yang beriman adalah diwajibkan:

1. menjaga pandangan mereka daripada melihat perkara-perkara maksiat (melihat aurat wanita,aurat lelaki,filem-filem lucah)...menundukkan pandangan

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat seperti berzina,berdua-duaan dengan ajnabi serta jangan sekali-kali menghampiri bunga-bunga zina..iaitu pertemuan dua anak Adam (lelaki dan perempuan ajnabi) di tempat-tempat sunyi waima di khalayak ramai juga dilarang dan diharamkan di dalam Islam kecuali pasangan suami isteri

3. Melabuhkan kain tudung sehingga tidak kelihatan leher dan belahan dada,kerana ia akan mengundang kepada gejala sosial yang amat berleluasa sekaran iaitu rogol,perkosa dan sumbang mahram

* Menutup aurat adalah wajib bagi kaum lelaki dan perempuan Muslim yang Mukmin.

4. Tidak berjalan menghentak kaki sehingga memperlihatkan atau mendengarkan golongan ajnabi setiap derapan kaki dan locengan (perhiasan) yang tersembunyi.


semua ini adalah dilarang di dalam Islam,dan diharamkan oleh Allah SWT berdasarkan wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia.
Sehubungan dengan itu,tutuplah aurat dan bukan menutup urat,berpakaianlah mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh Islam . Janganlah kamu berpakaian tetapi kamu bertelanjang...yang membawa maksud...memakai pakaian tetapi menampakkan susuk tubuh badan(potongan badan),memakai pakaian tetapi menampakkan warna kulit(memakai pakaian yang nipis)


Batasan aurat wanita Islam dengan lelaki ajnabi (lelaki yang batal wuduknya apabila bersentuh @ lelaki yang boleh dikahwini) adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan...waima kaki pun wajib ditutup dengan stokin. Wallahu'alam

Selasa, 12 Januari 2010

Ke mana kita?


Ke mana kita? Persoalan ini mungkin sukar untuk dijawab.....ke sekolah menuntut ilmu atau berpeleseran....ibarat kata-kata anak-anak merewang....merewang ada tujuan? Dalam Islam bermusafir yang tanpa tujuan dan matlamat pun hukumnya MAKRUH...apatah lagi kalau ke sekolah tujuannya hanya untuk bersiar-siar,mengukur bangunan....maka hukumnya adalah berdosa besar....

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan kepada umat Islam sama ada kita lelaki atau perempuan...ilmu fardhu Ain dan ilmu fardhu kifayah wajib dipelajari...agar kita menjadi bangsa dan umat Islam yang bertamadun.

Kegemilangan pendidikan di zaman Rasulullah,para sahabat,zaman Bani Ummayyah dan Bani Abbasiyyah telah memartabatkan umat Islam di mata dunia sebagai bangsa yang berilmu dan bertamadun...sedangkan bangsa Eropah masa hidup di zaman kegelapan..dan zaman kemunduran.

Lahirnya tokoh perubatan Islam yang diiktiraf oleh dunia barat...IBNU SINA...TOKOH PERUBATAN ISLAM...yang disanjung karya dan dijadikan rujukan ...karyanya ...CANON FI TIB...semua ini lahir dari umat Islam yang amat mencintai ilmu...namun tidak pernah lupa untuk menunaikan kewajipannya terhadap pencipta yang Esa(ALLAH SWT). Terciptanya benang untuk pembedahan,ubat-ubatan dan pendedahan kepada virus pelbagai penyakit kronik....semuanya telah dikaji dan dianalisa oleh seorang insan yang bernama IBNU SINA.

Namun dalam kedangkalan dan kealpaan kita pada hari ini...kita umat Islam menyanjung budaya barat yang tidak akan membawa apa-apa makna...dan tatkala ini juga masyarakat barat telah mengubah pendirian dan keimanan mereka kepada Islam...betapa mereka telah menemui nur iman sebelum berakhirnya...alam ini.

Sedarkah kita...yang dilahirkan Islam dan mengaku beriman kepada Allah SWT tetap berterusan melakukan maksiat dan larangan Allah SWT,waima solat fardhu lima waktu pun hanya jika berkesempatan menunaikannya...itu pun sudah kira baik....ada juga yang terus meninggalkan solat tanpa...memiliki perasaan bersalah atau berdosa.

Jesteru itu anak-anakku...tanyalah iman di dada....di manakah akhirnya penghujung kehidupan kita...dan ke manakah kita akan ditempatkan apabila kita dibangkitkan di alam nan abadi...Wallahu'alam

Sabtu, 9 Januari 2010

Iman Tidak Diwarisi


Iman...mutiara yang amat berharga...tanpa iman...aqidah umat Islam pasti akan goyah...lantaran itu musuh-musuh Islam akan memainkan peranannya memerangi dan memperkotak-katikkan umat Islam.

Iman tidak dapat diwarisi..hanya orang yang benar-benar beriman dan merasai kemanisan iman sahaja yang akan mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya,mencintai manusia kerana Allah SWT bukan kerana nafsu dan membenci kekufuran sebagaimana dia benci dengan api neraka.

Sesungguhnya di akhir zaman ini ,musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kejahilan umat Islam itu sendiri ,kita diwajibkan mempertahankan iman dan aqidah dari di cerobohi oleh dakyah-dakyah kristian,bunga-bunga dari fitnah dajal,namun itu semua kita tidak akan kita sedari selagi mana kita meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah .

Sabda Rasulullah SAW "sesungguhnya umatku tidak akan sesat selama-lamanya andai mereka berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah" pegang di sini bukan bermaksud sekadar membaca tetapi menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam kedua-duanya. Jangan kita berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam...tetapi kita lupa untuk melaksanakan segala suruhan dan ajaran Allah .


Sesungguhnya iman tidak boleh diwarisi,hidayah perlu dicari...ia tidak akan datang bergolek atau terbang melayang....tetapi perlu diterokai,dicari dan dihayati serta diamalkan....barulah kita akan menjadi umat Islam yang benar-benar menghayati cara hidup Islam. Bukan sekadar mempertahankan "aku orang Islam" tetapi hakikatnya "kita semakin jauh dari landasan hidup sebagai seorang Islam".

Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah...sesungguhnya janji Allah SWT itu suatu kepastian...kita tidak akan sesat buat selama-lamanya.Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa memberkati hidup kita di dunia dan akhirat...Kita hanya insan kerdil semua yang ada pada kita adalah milik Allah SWT...kita hanya diberi ruang sekejap cuma untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kehidupan manusia adalah ibarat perantau....akan kembali menemui penciptaNya...apabila tiba masanya....maka janganlah beranggapan segala di dunia ini milik kita...waima rezeki juga adalah kurniaan Allah ...bersyukurlah di atas segala nikmat kurniaanNya. Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNya...yang sentiasa mengingatiNya di kala senang dan di kala susah.

Khamis, 20 Ogos 2009

BERSYUKURKAH KITA DILAHIRKAN SEBAGAI ISLAM?


Dilahirkan sebagai Muslim.Bersyukurkah kita? Islam agama yang satu-satunya diredhai oleh Allah SWT di atas muka bumi ini,tiada agama lain selain Islam yang membawa rahmat . Diutuskan para rasul untuk membimbing umat manusia ke jalan kebenaran,jalan yang penuh warna-warni. Namun bersyukurkah kita? tanpa perlu penyeksaan , tanpa perlu sekatan dan tanpa perlu cemuhan.Lahirnya kita di azan dan diiqamahkan agar telinga kita didendangkan dengan alunan suci ayat al-Quran.

Kecil kita di asuh ,dididik dan dipimpin agar satu hari nanti kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Dihantar ke taman asuhan kanak-kanak untuk mengenal huruf,di pimpin tangan di tunggu apabila melangkah ke alam persekolahan. Diajar alif ,ba,ta.....di asuh mengambil wuduk,solat waima dilatih berpuasa tatkala mula mengenal huruf.

Namun....tika usia menginjak remaja...seolah-olah kebebasan telah berada digenggaman.Solat mula ditinggalkan,ayat-ayat al-Quran sekadar hiasan ,puasa jauh sekali untuk ditunaikan. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai Islam.
Awalnya Islam di Bumi Allah ( Mekkah) Rasulullah SAW....dihina,dicemuh dan dipulau kerana membawa kebenaran....mengajak manusia dari kejahilan kepada keesaan menyembah Allah SWT. Sesungguhnya kita tidak melalui semua itu...hanya kenikmatan yang kita peroleh,hanya sekelumit ujian yang Allah datangkan...tetapi kita alpa.


Sumaiyah dan Bilal di seksa apabila ditemui memeluk Islam oleh tuannya. Namun keimanan yang teguh dan mantap telah menjadikan mereka hamba Allah yang diangkat darjatnya. Sumaiyah wanita pertama mati syahid...ganjaran syurga janji Allah yang pasti. Bilal, muazin pertama dalam Islam dan dimerdekakan oleh Saidina Abu Bakar..betapa Allah telah memuliakan hambaNya yang menolong agamanya,sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Jangan jadikan diri kita hamba yang kufur nikmat....bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan sebagai Islam....laksanakanlah segala suruhan dan jauhi segala larangan Allah tanpa banyak persoalan.mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang bersyukur.

Khamis, 30 Julai 2009

Wabak Selsema HINI


Wabak influenze H1N1,telah menular ke serata pelusuk dunia ,Malaysia jua tidak tekecuali. Dilaporkan setakat hari ini telah berlaku 4 kematian akibat virus selsema babi ini. Langkah awal perlu di ambil untuk mencegah dan mengawal wabak ini dari terus merebak ke tahap kritikal.

SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...tidak terlepas dari menerima wabak . Ramai dari pelajar telah dicutikan selama 7 hari berikutan terdapatnya simptom-simptom selsema ini.Semoga para pelajar terus menjaga kesihatan diri. Menjaga keselamatan nyawa dari kemudaratan adalah suatu kewajiban dalam Islam.

Namun setiap penyakit yang didatangkan kepada kita,adalah tanda Allah SWT sayangkan kita. Di mana Allah SWT mahu menguji kita sama ada sabar atau mudah berputus asa dengan ujianNya.

Tiada Allah datangkan ujian itu di luar batas kemampuan hambaNya. Sesungguhnya semua manusia di muka bumi ini akan diuji. Bersabarlah di atas setiap ujian yang mendatang. Lakukanlah suruhan Allah dan jauhi segala laranganNya,Insya'Allah kita akan peroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.Mudah-mudahan kita akan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersabar dan redha dengan setiap ujian yang didatangkan di samping berusaha mengatasi dan menghadapinya dengan penuh rasa kesyukuran.