Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Khamis, 28 Januari 2010
Muhasabah Diri Buat Seketika
Hari ini...saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu buat anak-anak didikku yang tercinta...khususnya anak-anak didik SMKJKT...sesungguhnya hidup di dunia ini penuh dengan warna-warni...penuh dengan ujian ,penuh dengan kealpaan,penuh dengan hiburan dan penuh dengan keimanan. Cuma kita sahaja yang mampu menerokai alam ini dengan ajaran Islam dan hidayah Allah SWT.
Sebagai manusia kita memang kadang-kadang terlupa dan memang selalu terlupa...kita ini didatangkan atau lebih tepat dilahirkan ke dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah SWT. "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT"...lafaz yang sering diucapkan setiap kali kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Sesungguhnya Allah SWT ,tidak akan melupakan hambaNya yang meminta dan memohon keampunan kepadaNya.Allah SWT maha pengampun lagi maha mengasihi hamba-hambaNya.
Kita ini sekadar tetamu,datang sekejap untuk mencari bekalan menuju alam nan abadi. Kewajipan menuntut ilmu untuk memartabatkan maruah dan tamadun umat Islam, Islam adalah agama di sisi Allah SWT.Barang siapa yang mengabaikan tuntutan sebagai umat Islam,nescaya Allah akan datang azab dan bala bencana ke atas mereka...Telah diturunkan azab dan siksaan yang amat pedih ke atas umat yang terdahulu (Kaum Ad,Kaum Thamud dan Kaum Lut) di atas keengkaran,kesombongan dan kedegilan mereka mendustakan utusan Allah SWT iaitu Nabi Lut,Nabi Salleh.
Membelakangkan dan menolak segala ajaran yang disampaikan,maka di atas kemurkaan Allah SWT maka dijatuhkan bala bencana seperti diterbalikkan bumi,halilintar yang maha dahsyat dan banjir besar yang menenggelamkan seluruh kerajaan sehingga tiada lagi kehidupan kecuali orang-orang yang beriman.
Menjadikan "surau" atau "mussola" tempat beribadat kepada tempat melakukan "maksiat",berjudi dan menghisap rokok...merupakan satu perbuatan jahiliah yang pasti tiada kemaafan dan keampunan selagi tidak memohon keampunan kehadrat Illahi. Surau tempat kita menunaikan solat ,bertilawah al-Quran telah dicemari dengan perbuatan segelintir daripada kita dengan memandang remeh perbuatan ini.
Alangkah malangnya,seorang Islam dan dikurniakan akal fikiran masih tergamak melakukan perbuatan "haram" ini di mussolla atau di surau. sesungguhnya akal fikiran yang dikurniakan telah dicemari dengan hasutan syaitan durjana. Jika hawa nafsu menguasai akal maka jarum-jarum syaitan mudah mengambil alih fikiran dan perbuatan kita. Tiada apa yang lebih malang lagi kerana akal fikiran langsung tidak digunakan sebaik mungkin...Allah SWT telah mengurniakan kita akal fikiran untuk:
i. membezakan kita dengan haiwan
ii. membezakan antara perkara yang baik dan buruk
iii. membezakan di antara perkara yang haq dan perkara batil
iv. membezakan di antara kejahilan dan kebenaran
v. mensyukuri nikmat-nikmat Allah SWT.
Sayang seribu kali sayang...kalau masih di bangku sekolah kita sudah menjebakkan diri dengan perkara-perkara kemungkaran dan maksiat...apatah lagi jika melangkah keluar dari alam persekolahan...jika kita tidak mahu berubah...siapa lagi yang hendak mengubah diri dan nasib kita...JIKA BUKAN DIRI KITA SENDIRI...jangan salahkan orang lain dan dosa umat Islam tidak akan ditanggung oleh orang lain...kecuali....DIRI KITA SENDIRI.
Kembalilah ke pangkal jalan...masih panjang lagi ...perjalanan hidup yang perlu kita tempuh dan hadapi...jalan lurus dan kebenaran ...terlalu banyak likunya...hanya orang yang benar-benar berfikir dan mencari ...PASTI...akan menemui jalan penuh cahaya dan HIDAYAH ILLAHI. Wallahu'alam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan