Sabtu, 9 Januari 2010

Iman Tidak Diwarisi


Iman...mutiara yang amat berharga...tanpa iman...aqidah umat Islam pasti akan goyah...lantaran itu musuh-musuh Islam akan memainkan peranannya memerangi dan memperkotak-katikkan umat Islam.

Iman tidak dapat diwarisi..hanya orang yang benar-benar beriman dan merasai kemanisan iman sahaja yang akan mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya,mencintai manusia kerana Allah SWT bukan kerana nafsu dan membenci kekufuran sebagaimana dia benci dengan api neraka.

Sesungguhnya di akhir zaman ini ,musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kejahilan umat Islam itu sendiri ,kita diwajibkan mempertahankan iman dan aqidah dari di cerobohi oleh dakyah-dakyah kristian,bunga-bunga dari fitnah dajal,namun itu semua kita tidak akan kita sedari selagi mana kita meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah .

Sabda Rasulullah SAW "sesungguhnya umatku tidak akan sesat selama-lamanya andai mereka berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah" pegang di sini bukan bermaksud sekadar membaca tetapi menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam kedua-duanya. Jangan kita berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam...tetapi kita lupa untuk melaksanakan segala suruhan dan ajaran Allah .


Sesungguhnya iman tidak boleh diwarisi,hidayah perlu dicari...ia tidak akan datang bergolek atau terbang melayang....tetapi perlu diterokai,dicari dan dihayati serta diamalkan....barulah kita akan menjadi umat Islam yang benar-benar menghayati cara hidup Islam. Bukan sekadar mempertahankan "aku orang Islam" tetapi hakikatnya "kita semakin jauh dari landasan hidup sebagai seorang Islam".

Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah...sesungguhnya janji Allah SWT itu suatu kepastian...kita tidak akan sesat buat selama-lamanya.Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa memberkati hidup kita di dunia dan akhirat...Kita hanya insan kerdil semua yang ada pada kita adalah milik Allah SWT...kita hanya diberi ruang sekejap cuma untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kehidupan manusia adalah ibarat perantau....akan kembali menemui penciptaNya...apabila tiba masanya....maka janganlah beranggapan segala di dunia ini milik kita...waima rezeki juga adalah kurniaan Allah ...bersyukurlah di atas segala nikmat kurniaanNya. Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNya...yang sentiasa mengingatiNya di kala senang dan di kala susah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan