Jumaat, 15 Januari 2010

Merokok Membawa Padah


Apa ada pada sebatang rokok? Hanya tembakau dan bahan-bahan yang beracun untuk dijadikan santapan setiap hari tidak kira waktu dan ketika....tanpa rokok badan terasa lemah,pemikiran terasa tumpul,hati bercelaru...segala-galanya kerana rokok.

Merokok membahayakan kesihatan,tidak pernah dipedulikan oleh perokok tegar,kerana rokok hanyalah sebatang tembakau yang dibalut indah....cantik,putih bersih...walaupun sekotak harganya telah meningkat kepada RM8 dan sebatang mungkin dijual dengan harga RM1,tetapi semua itu tidak menjadi kegusaran untuk memilikinya dan menghidu kepulan-kepulan asap yang akan dikongsi bersama makhluk Allah yang tidak dapat dilihat.(JIN)

Sesungguhnya,Majlis FATWA Kebangsaan tahun 2003 telah menetapkan hukum HARAM bagi penggemar rokok...merokok juga memberikan negatif kepada perokok...
1. merasa ketagihan
2. mendatangkan penyakit (jantung,kanser,darah tinggi)
3. melemahkan pemikiran

berdasarkan kaedah usul-fiqh...rokok boleh diqiaskan dengan hukum pengambilan dadah...sesuatu yang memudaratkan kesihatan dan akal fikiran adalah HARAM....tetapi malang sekali anak-anak waima masih di bangku sekolah...tidak kira di sekolah rendah atau menengah sudah mengenali dan mendekati rokok...tanpa rokok pincanglah hidup,ibarat tanpa irama laguku sumbang....

Rokok oh rokok...kenapa mesti menjadi penghisap rokok? Apa yang kita dapat dengan menghisap rokok? Duit habis,tahap kesihatan???? Mungkin ia telah menjadi satu budaya yang sukar untuk dibuang atau sekadar menjadi ikutan dan ingin membuktikan "macho"nya aku.

Tahap ketagihan merokok semakin menjadi-jadi,tandas sekolah menjadi"port"bagi kaki tembakau dan penyedut asap...apa yang enaknya...sedut asap berserta bau-bauan yang tidak menyenangkan...Mas'allah...generasi penyambung warisan kita telah hampir gugur sebelum sempat berjuang rupanya.

Tinggalkan tabiat buruk ini,anak-anak didikku...tiada apa kebaikan yang kita miliki dengan merokok,duit yang digunakan untuk membeli rokok...ada baiknya disalurkan kepada pendidikan anak-anak....tanpa rokok kita tidak akan menjerumuskan diri kita kepada bunga-bunga dadah,ganja waima "gam". Tanpa rokok kita tidak akan sibuk keluar masuk tandas untuk menyedut asap yang akan dikongsi bersama JIN dan bau-bau najis...
Tanpa rokok...Insya'Allah tumpuan kita di kelas akan lebih komited,guru-guru juga tidak akan sibuk memarahi anak-anak...kerana keberkatan ilmu adalah juga melalui keberkatan guru...

Antara doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah "DOA SEORANG GURU KEPADA PELAJARNYA"...oleh itu hormatilah guru dan berterima kasihlah kepada guru dengan penuh keikhlasan...Insya'Allah hidup kita akan memperolehi keberkatan di dunia dan di akhirat.....Tunaikan solat .....mohon keampunan dari Illahi...jangan jadikan diri kita seorang insan yang tidak mahu mensyukuri nikmat Allah SWT.


Menabunglah ....tinggalkan rokok....bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu...solat jangan sesekali ditinggalkan...jadilah anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustazah,
    Ya memang benar kata ustazah itu, namun di sini saya ingin membawa satu lagi khabar buruk yang menyatakan AYAM DI PASAR ITU LEBIH BAHAYA DARIPADA ROKOK, ini mengikut seorang pakar di mana di dalam ayam terkandung bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan dan punca penyakit berbahaya pada masa ini. Sebab itulah walaupun wanita tidak ramai yang merokok, namun ramai juga pesakit wanita yang berada di wad-wad hospital. Jika ada masa saya akan muatkan keratan akhbar tersebut, Insya Allah.

    BalasPadam