Isnin, 23 Mei 2011

Majlis Persaraan Pengetua...SMKJKT



27 Mei 2011...merupakan tanggal bersejarah buat warga SMKJKT..kerana kita akan kehilangan puan Pengetua..Puan Hajah Fatimah binti Yusof..yang akan bersara wajib pada 10 Jun 2011.

Segala jasa yang beliau berikan kepada warga SMKJKT..terutamanya dalam dana pembinaan Surau SMKJKT amat-amat dihargai.

Beliau merupakan salah seorang penyumbang yang paling banyak menyumbang pada dana pembinaan surau..bagi memastikan surau sekolah siap di bina...namun apa kan daya...dana masih belum mencukupi..dan surau tidak dapat disempurnakan pembinaannya hingga ke saat akhir persaraan beliau.

Namun ..kami warga SMKJKT berdoa dan berharap...moga surau dapat juga disiapkan sebelum beliau tamat perkhidmatan ...pada 10 Jun 2011...moga segala sumbangan yang diberikan oleh beliau memperolehi keberkatan dan rahmat dari Illahi...dan hanya Allah SWT jua yang layak membalas segala keikhlasan beliau.

Jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa beliau...yang telah dicurah dan diberikan kepada kami...bagi memastikan warga SMKJKT selesa apabila melaksanakan program "Pembudayaan Al-Quran" dan program-program kerohanian yang lain..

Moga dengan tertegak dan terbinanya surau SMKJKT ...dapatlah kita warga SMKJKT dan penduduk sekitarnya memanfaat dan mengimarahkan surau ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan