Rabu, 10 Februari 2010

Tahniah ! Dinamik Kekal Kejuaraan Kali Ke-2


Tahniah diucapkan kepada semua warga rumah DINAMIK kerana telah mengekalkan kejuaraan di dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-LAPAN.Buat ahli dan warga rumah KARISMA,GENIUS DAN INTELEK...usah berputus asa...masih ada lagi tahun hadapan untuk menempa kejayaan dan menjadi juara....

Semangat kerjasama dan semangat kesukanan mesti berpanjangan untuk memastikan rumah pasukan kita menjadi JUARA.Bagi warga pendidik yang bertungkus lumus di padang menjayakan sukan tahunan ...sebagai pengelola peserta,guru rumah yang penat berkejaran mengejar anak-anak didik ke balapan,pencatat markah,hakim penamat,juruacara,penjaga lorong,pengurusan hadiah dan pengurusan jamuan semestinya...tahniah kerana telah melaksanakan tugas dan amanah dengan jaya dengan cemerlang. Tanpa kita guru-guru mungkin sukan tahunan tidak akan semeriah ini.

Bagi pelari-pelari pecut 4x50m guru-guru...tahniah ...kerana telah membuktikan bahawa guru-guru juga sebenarnya seorang "atlet"..kalau masuk kejohanan khas untuk guru-guru..pasti GURU-GURU SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang menjadi JUARANYA...Insya'Allah. Semangat kesukanan yang dipamerkan amat-amat menggalakkan .


Buat anak-anak didik SMKJKT,contohilah guru anda sentiasa bersemangat melaksanakan tanggungjawab...walau di mana jua berada di kelas waima di padang juga...jadikan kegigihan dan semangat guru-guru SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...sebagai pembakar semangat anda untuk menjadi yang terbaik sama ada di bidang akademik atau pun bidang kokurikulum (sukan). Semua manusia itu dicipta berkemampuan melakukan yang terbaik.

Lihat sahaja sahabat-sahabat kita dari Kelas Pendidikan Khas...mereka juga mampu berlari dan memenangi hadiah untuk acara mereka. Melihatkan kesungguhan mereka menamatkan acara 100m dan 4x50m sudah cukup untuk menggambarkan mereka adalah insan istimewa yang wajar dihargai dan dihormati. Anak-anak yang dilahirkan sempurna sewajibnya bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Gunakanlah akal untuk membezakan perkara yang haq(benar) dan batil ( sesat)...kudrat kurniaan Allah SWT wajib disalurkan dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita terus menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya'Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan