Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Ahad, 14 Februari 2010
Sambutan Hari Valentine..Haram
Valentine's Day atau sambutan Hari Valentine adalah haram di sisi Islam,kerana sambutan hari ini adalah memperingati kematian Valentine...seorang paderi.Jika kita nmenyambut bermakna kita mengakui kebenaran ajaran Kristian..yang terang-terang sesat lagi menyesatkan.
Perbuatan menyambut perayaan ini boleh membawa kepada kemurtadan. Orang kafir merupakan golongan yang secara hakikatnya menolak kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW,mereka menolak dan engkar dengan ajaran Islam.
Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah SWT hanyalah agama ISLAM. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam.Islam dan Iman adalah anugerah yang paling berharga buat diri kita.Peliharalah dan tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan menjauhi perkara-perkara yang di larang oleh ALLAH SWT.
Rabiul'Awal bakal menjelang esok hari,bulan diputerakan Nabi Muhammad SAW ,rasul terakhir dengan mukjizat yang berkekalan hinggan ke akhir zaman.Mengapa kita tidak memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan menyambut Maulidur Rasul dengan rasa penuh kegembiraan?Mengapa kita sentiasa memperingati 14 Febuari setiap tahun berbanding kita memperingati 12 Rabiul'Awal? Tepuk dada tanya iman ,muhasabah diri kita...ke mana kita pada penghujung hayat kita.siapakah yang memberikan syafa'at kepada umatnya di hari pengadilan adakah Nabi Muhammad SAW atau Paderi ST.Valentine?
Anak-anak didikku,kasih sayang adalah anugerah dan naluri fitrah manusia,di dalam Islam juga menganjur kita menyayangi manusia kerana Allah...kenapa perlu menyayangi manusia kerana Allah SWT? Sayang itu lahir dari hati yang suci ,jika benar-benar menyayangi dan mengasihi seseorang..jangan kita jebakkan mereka ke lembah maksiat.Kasih sayang bertuhankan nafsu akan menghancurkan maruah dan generasi remaja Islam pada hari ini.
Berapa ramai anak luar nikah @ anak hasil perhubungan zina dilahirkan setiap tahun. Mengikut perangkaan dari sumber yang boleh dipercayai hampir 70 ribu anak luar nikah telah dilahirkan dan Johor sahaja telah menyumbangkan kelahiran anak luar nikah seramai 8 ribu orang.Angka yang cukup menggerunkan,angka kelahiran anak luar nikah hampir menjangkau ke angka 100 ribu. Dimana letaknya keimanan dan maruah kita?
Hari ini di dalam Berita Harian Online...seorang bayi telah ditemui mati terbakar di di dalam tong sampah....di Kuala Krai...bayangkan seorang bayi yang tidak berdosa telah dibakar oleh ibunya sendiri semata-mata hendak menyembunyikan dosa yang telah dilakukan. Bayi yang tidak berdosa telah menjadi mangsa kepada seorang penzina dan pembunuh. Dosa-dosa besar telah menjadi santapan mereka..berzina dan membunuh bayi yang tidak berdosa. Apakah dosa bayi tersebut? Bayi tidak berdosa...dilakukan seperti seekor binatang...dibuang,dibunuh,dibakar....sesungguhnya di dalam Islam bagi penzina lelaki dan perempuan apabila telah sabit kesalahan mereka berzina akan dikenakan hukuman :
i. rejam dengan batu sampai mati ( jika penzina sudah berkahwin)
ii.di sebat 100 kali (bagi penzina yang belum berkahwin)
* hukuman ini berdasarkan ayat al-Quran:surah An;Nur ayat2:sesungguhnya zina akan merosakan keturunan.Nauzubillah. Sehubungan dengan itu,janganlah sekali-kali kamu menghampiri zina...kerana zina akan merosakan nasab keturunan dan banyak nyawa yang tidak berdosa akan menjadi mangsa. Jangan kita terlalu menurut hawa nafsu,kita telah dikurniakan akal dan iman agar menjadi benteng mengawal hawa nafsu.
Jangan biarkan hawa nafsu menguasai akal kerana syaitan mudah merosakkan minda dan pemikiran kita.Kawallah nafsu dengan keimanan dan kebijaksanaan akal...insya'Allah hidup kita akan terhindar dari perkara-perkara kemungkaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan