Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Jumaat, 19 Februari 2010
Maulidul Rasul 1431H
12Rabi'ul Awal Tahun Gajah..Nabi Muhammad SAW diputerakan. Yatim semasa dilahirkan.Menggembala kambing tika di usia remaja.Berniaga ketika meningkat dewasa. Tika berusia 40 tahun diturunkan wahyu pertama kepada baginda di Gua Hira.
Rasulullah SAW adalah rasul terakhir tiada rasul lain selepas baginda. Alangkah bersyukurnya kita ditakdirkan menjadi umat Nabi Muhammad SAW,kerana mukjizat baginda ditinggalkan kepada kita untuk dijadikan panduan dan pedoman sepanjang hayat kita....tanpa ada orang yang mampu mengubahnya.Sesungguhnya kitab al-Quran terpelihara isi kandungannya hingga ke hari akhirat.Itu pastinya janji Allah SWT.
Sempena sambutan Maulidul Rasul tahun ini...adakah kita telah menghayati dan mengamalkan ajaran dan sunnah baginda di sepanjang rutin kehidupan kita.Sesungguhnya sebagai umat Islam kita wajib beradab dengan Rasulullah SAW.
Antara adab dengan Rasulullah SAW ialah :
i. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW - untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada baginda.
ii. Tawaduk dan bersopan-santun - menurut pendapat para ulama kita wajib menghormati dengan cara bertawaduk dan bersopan santun semasa hadis baginda dibacakan.(selepas kewafatan baginda)
iii. Menziarahi makam baginda
iv. Mengasihi para sahabat baginda
v. Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW
Sehubungan dengan itu tingkah laku yang tidak beradab kepada baginda amatlah dilarang keras ;antara tingkah laku tersebut ialah :
i. tidak mentaati perintah baginda
ii. bercakap atau berbuat bising semasa menziarahi makam baginda
iii. tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
iv. tidak menghormati sahabat baginda
Jesteru itu berlakunya kerugian bagi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak melakukan sunnah Rasulullah SAW ; antara kerugian itu ialah :
i. tidak berpeluang menerima syafaat dari baginda semasa di akhirat kelak
ii. boleh merosakkan iman pada diri sendiri
iii. tidak berpegang dengan sunnah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran
Allah SWT
iv. terhapusnya pahala atas kebaikan yang dilakukan.
Wallahu'alam. Antara tanda kemanisan iman hamba Allah ialah kita mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan