Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Khamis, 25 Februari 2010
Coretan Sehari Di Sekolah 25/2/2010
Bermula awal pagi,jam 6.50 ke sekolah dengan dihantar suami.Seusai ke laman sekolah,anak-anak didik mula berkumpul di tapak perhimpunan. Kegigihan anak-anak ke sekolah awal pagi merupakan satu kewajipan yang wajar diberikan pujian kerana mereka mampu membuka langkah menuju ke sekolah untuk menimba ilmu.
Suasaan pagi hari masih kelihatan agak gelap. Kelas bermula tepat jam 7.30 pagi.Kelas 5 Sastera 1...kelihatan hanya anak-anak perempuan yang ramai berbanding anak-anak lelaki...oh!ramai yang terlibat dengan "Program Sayangi Daku"..Alhamdulillah mudah-mudahan anak didikku mendapat hidayah dari Allah SWT menjadi anak dan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Melangkah kaki keluar selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran.Ke kantin mengisi perut yang sudah "keroncong".Alhamdulillah. Selepas rehat,melangkahkan kaki ke kelas 3D meneruskan perjuangan mendidik anak-anak,tanpa di sangka akan "diselia" oleh GK matapelajaran,betapa agak terkejut kerana tiada pemberitahuan awal,namun diteruskan jua.Keadaan hari ini tidak seperti selalu,anak-anak didik belajar dalam keadaan yang amat harmoni,setiap soalan yang diajukan dibalas dengan secara spontan.Alhamdulillah. Tamat masa pertama "Guru yang menyelia" mengucapkan terima kasih dan berlalu.
Pengajaran dan pembelajaran diteruskan,anak-anak terus belajar dengan penuh semangat..mudah-mudahan anak-anak didikku mendapat kemudahan dalam menuntut ilmu,serta diberikan kefahaman dalam menerima ilmu.
Sayugia,setelah hampir 35 minit berehat di ruang bilik guru .di datangi GPK HEM pula untuk menyelia Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini,dan bermakna hari ini sahaja dua kali diselia.Allahu-Akbar.Penat dan walang bila memikirkan ,tapi itulah hakikatnya dunia pendidik,tak boleh lari dari diselia dan penyeliaan untuk melihat tahap kepersediaan kita dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik yang dahagakan ilmu pengetahuan. Anak-anak ini umpama kain putih dan air kosong yang menunggu bahan untuk dicorakkan dan diwarnakan sama ada menjadi harmoni(manusia yang berakhlak) atau menjadi kucar-kacir (manusia yang tiada pegangan)
Tugas dan amanah sebagai seorang pendidik itu amat berat untuk laksanakan...kerana kadang-kadang anak-anak lebih mendengar kata guru berbanding kata ibubapa.Guru adalah betul bagi pandangan anak-anak kita,walaupun hakikatnya ada di kalangan ibubapa mereka juga guru. Guru ibarat ibubapa anak-anak didik ketika di sekolah,segala tingkah laku,tutur kata waima penampilan juga akan menjadi bualan,ikutan dan idola anak-anak didik kita.
sesungguhnya guru adalah insan yang dilahirkan untuk mendidik bukan mengajar.Wa'allahu'alam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan