Khamis, 28 Januari 2010

Muhasabah Diri Buat Seketika




Hari ini...saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu buat anak-anak didikku yang tercinta...khususnya anak-anak didik SMKJKT...sesungguhnya hidup di dunia ini penuh dengan warna-warni...penuh dengan ujian ,penuh dengan kealpaan,penuh dengan hiburan dan penuh dengan keimanan. Cuma kita sahaja yang mampu menerokai alam ini dengan ajaran Islam dan hidayah Allah SWT.

Sebagai manusia kita memang kadang-kadang terlupa dan memang selalu terlupa...kita ini didatangkan atau lebih tepat dilahirkan ke dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah SWT. "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT"...lafaz yang sering diucapkan setiap kali kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Sesungguhnya Allah SWT ,tidak akan melupakan hambaNya yang meminta dan memohon keampunan kepadaNya.Allah SWT maha pengampun lagi maha mengasihi hamba-hambaNya.

Kita ini sekadar tetamu,datang sekejap untuk mencari bekalan menuju alam nan abadi. Kewajipan menuntut ilmu untuk memartabatkan maruah dan tamadun umat Islam, Islam adalah agama di sisi Allah SWT.Barang siapa yang mengabaikan tuntutan sebagai umat Islam,nescaya Allah akan datang azab dan bala bencana ke atas mereka...Telah diturunkan azab dan siksaan yang amat pedih ke atas umat yang terdahulu (Kaum Ad,Kaum Thamud dan Kaum Lut) di atas keengkaran,kesombongan dan kedegilan mereka mendustakan utusan Allah SWT iaitu Nabi Lut,Nabi Salleh.

Membelakangkan dan menolak segala ajaran yang disampaikan,maka di atas kemurkaan Allah SWT maka dijatuhkan bala bencana seperti diterbalikkan bumi,halilintar yang maha dahsyat dan banjir besar yang menenggelamkan seluruh kerajaan sehingga tiada lagi kehidupan kecuali orang-orang yang beriman.


Menjadikan "surau" atau "mussola" tempat beribadat kepada tempat melakukan "maksiat",berjudi dan menghisap rokok...merupakan satu perbuatan jahiliah yang pasti tiada kemaafan dan keampunan selagi tidak memohon keampunan kehadrat Illahi. Surau tempat kita menunaikan solat ,bertilawah al-Quran telah dicemari dengan perbuatan segelintir daripada kita dengan memandang remeh perbuatan ini.

Alangkah malangnya,seorang Islam dan dikurniakan akal fikiran masih tergamak melakukan perbuatan "haram" ini di mussolla atau di surau. sesungguhnya akal fikiran yang dikurniakan telah dicemari dengan hasutan syaitan durjana. Jika hawa nafsu menguasai akal maka jarum-jarum syaitan mudah mengambil alih fikiran dan perbuatan kita. Tiada apa yang lebih malang lagi kerana akal fikiran langsung tidak digunakan sebaik mungkin...Allah SWT telah mengurniakan kita akal fikiran untuk:

i. membezakan kita dengan haiwan
ii. membezakan antara perkara yang baik dan buruk
iii. membezakan di antara perkara yang haq dan perkara batil
iv. membezakan di antara kejahilan dan kebenaran
v. mensyukuri nikmat-nikmat Allah SWT.

Sayang seribu kali sayang...kalau masih di bangku sekolah kita sudah menjebakkan diri dengan perkara-perkara kemungkaran dan maksiat...apatah lagi jika melangkah keluar dari alam persekolahan...jika kita tidak mahu berubah...siapa lagi yang hendak mengubah diri dan nasib kita...JIKA BUKAN DIRI KITA SENDIRI...jangan salahkan orang lain dan dosa umat Islam tidak akan ditanggung oleh orang lain...kecuali....DIRI KITA SENDIRI.

Kembalilah ke pangkal jalan...masih panjang lagi ...perjalanan hidup yang perlu kita tempuh dan hadapi...jalan lurus dan kebenaran ...terlalu banyak likunya...hanya orang yang benar-benar berfikir dan mencari ...PASTI...akan menemui jalan penuh cahaya dan HIDAYAH ILLAHI. Wallahu'alam

Ahad, 24 Januari 2010

Kembali Menemui PenciptaNya


Hari ini merupakan hari ke tiga...kemangkatan sultan Johor..yang ke-empat.Kepulangan menemui KhalikNya...yang pasti tidak akan kembali.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Itu janji Allah SWT.Moga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para mukminin.

Kita yang masih hidup ,masih lagi diberi udara (oksigen)..masih mampu tersenyum pada hari ini...mesti meneruskan perjuangan..tempoh berkabung 7 hari...bagi memperingati pemergian Sultan yang berjiwa rakyat.

Tika dan di saat ini...di sekolah kelihatan anak-anak didik (terutamanya pelajar lelaki)segak bersongkok berlilit kain putih...sejuk mata memandang...andai budaya memakai songkok ini diteruskan alangkah indahnya...memang memakai songkok tidak wajib bagi lelaki...tetapi keindahan dan keseragaman berpakaian itu terserlah.

Namun,dalam pada kita menzahirkan pemakaian songkok dalam tempoh berkabung ini,ada baiknya juga jika akhlak dan sahsiah kita juga selari dengan kesopanan kita berpakaian.Alangkah indahnya,jika suasana di dalam kelas tidak dicemari dengan hingar-bingar suara anak-anak yang kadang-kadang membingit dan memekakkan telinga seorang ibu atau ayah yang sedang mendidik anak-anak...membimbing anak-anak menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti.

Sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek....berusaha,berdoa dan bertawakal adalah senjata utama umat Islam di dalam meraih kecemerlangan...usaha tanpa doa sia-sia,Doa tanpa usaha binasa. Hanya bertawakal kepada Allah SWT bukan ajaran Islam.Usaha,doa dan tawakal adalah tiga "sahabat" yang perlu diseiring dan dibersamakan...kerana tanpa ketiga-tiga sahabat....mungkin kegagalan menjadi milik kita.

Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.Tetapi jika kita menempa kegagalan dari diri kita...memang pasti kegagalan akan menjadi milik kita buat selama mana kita berada di bumi Allah SWT. Berdoalah kita agar diri kita menemui jalan lurus yang dipenuhi cahaya Illahi,walau hakikatnya jalan lurus ini terlalu pahit untuk di capai,kerana jalan lurus ini banyak ujian dan dugaannya...hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan padaNya jua-lah tempat kita kembali.

Hidup di dunia hanya perlu kepada 2 formula yang mudah...inginkan pahala dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...penuhi dan ikutilah segala suruhan Allah SWT dan melaksanakan segala ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW,jika tidak kita akan menempuh segala penderitaan di dunia dan di akhirat.

Tapi,sesungguhnya Allah SWT maha pengampun....bertaubatlah...mudah-mudahan Allah SWT menerima taubat kita sebelum kita tersasar jauh...Nauzubillah.

Rabu, 20 Januari 2010

Menutup Aurat Suatu Kewajipan


Surah an-Nur:30-31...membawa maksud..Wahai Lelaki beriman,jagalah pandanganmu dari perkara-perkara maksiat dan jagalah kehormatan dirimu...Wahai Perempuan yang beriman ,jagalah pandanganmu,jagalah kehormatan dirimu,jagalah perhiasan diri jangan menampakkan kecuali yang zahir....tutuplah lehermu dan belahan dadamu kecuali daripada"lelaki mahram"(suamimu,bapa mertuamu,bapamu,anak lelaki,anak-anak tiri...*) iaitu lelaki yang haram dikahwini dan janganlah kamu menghentakkan kaki sehingga terdengar perhiasan darimu...Wallahu'alam.


Berdasarkan ayat ini,umat Islam lelaki dan perempuan yang beriman adalah diwajibkan:

1. menjaga pandangan mereka daripada melihat perkara-perkara maksiat (melihat aurat wanita,aurat lelaki,filem-filem lucah)...menundukkan pandangan

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat seperti berzina,berdua-duaan dengan ajnabi serta jangan sekali-kali menghampiri bunga-bunga zina..iaitu pertemuan dua anak Adam (lelaki dan perempuan ajnabi) di tempat-tempat sunyi waima di khalayak ramai juga dilarang dan diharamkan di dalam Islam kecuali pasangan suami isteri

3. Melabuhkan kain tudung sehingga tidak kelihatan leher dan belahan dada,kerana ia akan mengundang kepada gejala sosial yang amat berleluasa sekaran iaitu rogol,perkosa dan sumbang mahram

* Menutup aurat adalah wajib bagi kaum lelaki dan perempuan Muslim yang Mukmin.

4. Tidak berjalan menghentak kaki sehingga memperlihatkan atau mendengarkan golongan ajnabi setiap derapan kaki dan locengan (perhiasan) yang tersembunyi.


semua ini adalah dilarang di dalam Islam,dan diharamkan oleh Allah SWT berdasarkan wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia.
Sehubungan dengan itu,tutuplah aurat dan bukan menutup urat,berpakaianlah mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh Islam . Janganlah kamu berpakaian tetapi kamu bertelanjang...yang membawa maksud...memakai pakaian tetapi menampakkan susuk tubuh badan(potongan badan),memakai pakaian tetapi menampakkan warna kulit(memakai pakaian yang nipis)


Batasan aurat wanita Islam dengan lelaki ajnabi (lelaki yang batal wuduknya apabila bersentuh @ lelaki yang boleh dikahwini) adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan...waima kaki pun wajib ditutup dengan stokin. Wallahu'alam

Isnin, 18 Januari 2010

Amanat Seorang Ayah


Kematian adalah suatu kepastian,kerana setiap yang bernyawa pasti akan menemui PenciptaNya..Namun bersediakah kita untuk menghadapi suatu kehilangan ....kehilangan yang tidak akan kembali...Tetapi sedarkah kita semasa hidupnya seorang ayah dan ibu...kadang-kadang kita tidak pernah hendak menghargainya....Pastinya kita akan terasa apabila kita akan kehilangan orang yang tercinta secara tiba-tiba.

Ayah pernah berpesan...tuntutlah ilmu,jadilah anak yang berguna ...berjasa pada nusa dan bangsa,jangan sekali-kali tinggalkan solat,mengaji walaupun satu potong ayat...adakah kita menyedarinya....mungkin ya,mungkin tidak..

arus kemodenan dan perubahan yang menggila dengan segala sebaran berbentuk siber sukar dibendung,budaya barat menjadi suatu ikutan dan keseronokan,berpesan si ayah...jangan turutkan hati muda dan hawa nafsu,kelak buruk padahnya...juga dipinggirkan dikesampingkan...segala-galanya berlalu umpama angin berhembus....


Tapi,bila ayah dijemput Illahi,tanpa sebarang pesan di hujung nyawanya..barulah kita tersedar dari lamunan dan mimpi...baru kita sedar...betapa ayah telah mengingatkan kita dengan nasihat,tunjuk ajar dan pesanan yang tidak boleh kita beli dan kita dapat di tepi-tepi jalan...sesungguhnya amanat dan amanah yang berikan kepada kita...adalah untuk mendidik dan mentarbiah jiwa,rohani dan emosi kita agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

setelah pemergiannya....nyatalah kita hanya seorang anak yang tidak mampu...berdikari...kalaulah aku mendengar kata-kata ayah,mungkin aku tidak akan menjadi seperti hari ini.Tapi,sesungguhnya,masih ada masa lagi untuk kita mengislah segala keperibadian,akhlak,ibadat kita...Perjuangan untuk menjadi insan soleh dan solehah masih terbuka luas,kerana pintu masih terbuka. Allah SWT maha penyayang dan maha pengampun.

Marilah,anak-anakku...bersama-sama kita muhasabah diri dan mengislah peribadi agar kita menjadi mukmin yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Jumaat, 15 Januari 2010

Merokok Membawa Padah


Apa ada pada sebatang rokok? Hanya tembakau dan bahan-bahan yang beracun untuk dijadikan santapan setiap hari tidak kira waktu dan ketika....tanpa rokok badan terasa lemah,pemikiran terasa tumpul,hati bercelaru...segala-galanya kerana rokok.

Merokok membahayakan kesihatan,tidak pernah dipedulikan oleh perokok tegar,kerana rokok hanyalah sebatang tembakau yang dibalut indah....cantik,putih bersih...walaupun sekotak harganya telah meningkat kepada RM8 dan sebatang mungkin dijual dengan harga RM1,tetapi semua itu tidak menjadi kegusaran untuk memilikinya dan menghidu kepulan-kepulan asap yang akan dikongsi bersama makhluk Allah yang tidak dapat dilihat.(JIN)

Sesungguhnya,Majlis FATWA Kebangsaan tahun 2003 telah menetapkan hukum HARAM bagi penggemar rokok...merokok juga memberikan negatif kepada perokok...
1. merasa ketagihan
2. mendatangkan penyakit (jantung,kanser,darah tinggi)
3. melemahkan pemikiran

berdasarkan kaedah usul-fiqh...rokok boleh diqiaskan dengan hukum pengambilan dadah...sesuatu yang memudaratkan kesihatan dan akal fikiran adalah HARAM....tetapi malang sekali anak-anak waima masih di bangku sekolah...tidak kira di sekolah rendah atau menengah sudah mengenali dan mendekati rokok...tanpa rokok pincanglah hidup,ibarat tanpa irama laguku sumbang....

Rokok oh rokok...kenapa mesti menjadi penghisap rokok? Apa yang kita dapat dengan menghisap rokok? Duit habis,tahap kesihatan???? Mungkin ia telah menjadi satu budaya yang sukar untuk dibuang atau sekadar menjadi ikutan dan ingin membuktikan "macho"nya aku.

Tahap ketagihan merokok semakin menjadi-jadi,tandas sekolah menjadi"port"bagi kaki tembakau dan penyedut asap...apa yang enaknya...sedut asap berserta bau-bauan yang tidak menyenangkan...Mas'allah...generasi penyambung warisan kita telah hampir gugur sebelum sempat berjuang rupanya.

Tinggalkan tabiat buruk ini,anak-anak didikku...tiada apa kebaikan yang kita miliki dengan merokok,duit yang digunakan untuk membeli rokok...ada baiknya disalurkan kepada pendidikan anak-anak....tanpa rokok kita tidak akan menjerumuskan diri kita kepada bunga-bunga dadah,ganja waima "gam". Tanpa rokok kita tidak akan sibuk keluar masuk tandas untuk menyedut asap yang akan dikongsi bersama JIN dan bau-bau najis...
Tanpa rokok...Insya'Allah tumpuan kita di kelas akan lebih komited,guru-guru juga tidak akan sibuk memarahi anak-anak...kerana keberkatan ilmu adalah juga melalui keberkatan guru...

Antara doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah "DOA SEORANG GURU KEPADA PELAJARNYA"...oleh itu hormatilah guru dan berterima kasihlah kepada guru dengan penuh keikhlasan...Insya'Allah hidup kita akan memperolehi keberkatan di dunia dan di akhirat.....Tunaikan solat .....mohon keampunan dari Illahi...jangan jadikan diri kita seorang insan yang tidak mahu mensyukuri nikmat Allah SWT.


Menabunglah ....tinggalkan rokok....bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu...solat jangan sesekali ditinggalkan...jadilah anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Selasa, 12 Januari 2010

Ke mana kita?


Ke mana kita? Persoalan ini mungkin sukar untuk dijawab.....ke sekolah menuntut ilmu atau berpeleseran....ibarat kata-kata anak-anak merewang....merewang ada tujuan? Dalam Islam bermusafir yang tanpa tujuan dan matlamat pun hukumnya MAKRUH...apatah lagi kalau ke sekolah tujuannya hanya untuk bersiar-siar,mengukur bangunan....maka hukumnya adalah berdosa besar....

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan kepada umat Islam sama ada kita lelaki atau perempuan...ilmu fardhu Ain dan ilmu fardhu kifayah wajib dipelajari...agar kita menjadi bangsa dan umat Islam yang bertamadun.

Kegemilangan pendidikan di zaman Rasulullah,para sahabat,zaman Bani Ummayyah dan Bani Abbasiyyah telah memartabatkan umat Islam di mata dunia sebagai bangsa yang berilmu dan bertamadun...sedangkan bangsa Eropah masa hidup di zaman kegelapan..dan zaman kemunduran.

Lahirnya tokoh perubatan Islam yang diiktiraf oleh dunia barat...IBNU SINA...TOKOH PERUBATAN ISLAM...yang disanjung karya dan dijadikan rujukan ...karyanya ...CANON FI TIB...semua ini lahir dari umat Islam yang amat mencintai ilmu...namun tidak pernah lupa untuk menunaikan kewajipannya terhadap pencipta yang Esa(ALLAH SWT). Terciptanya benang untuk pembedahan,ubat-ubatan dan pendedahan kepada virus pelbagai penyakit kronik....semuanya telah dikaji dan dianalisa oleh seorang insan yang bernama IBNU SINA.

Namun dalam kedangkalan dan kealpaan kita pada hari ini...kita umat Islam menyanjung budaya barat yang tidak akan membawa apa-apa makna...dan tatkala ini juga masyarakat barat telah mengubah pendirian dan keimanan mereka kepada Islam...betapa mereka telah menemui nur iman sebelum berakhirnya...alam ini.

Sedarkah kita...yang dilahirkan Islam dan mengaku beriman kepada Allah SWT tetap berterusan melakukan maksiat dan larangan Allah SWT,waima solat fardhu lima waktu pun hanya jika berkesempatan menunaikannya...itu pun sudah kira baik....ada juga yang terus meninggalkan solat tanpa...memiliki perasaan bersalah atau berdosa.

Jesteru itu anak-anakku...tanyalah iman di dada....di manakah akhirnya penghujung kehidupan kita...dan ke manakah kita akan ditempatkan apabila kita dibangkitkan di alam nan abadi...Wallahu'alam

Sabtu, 9 Januari 2010

Iman Tidak Diwarisi


Iman...mutiara yang amat berharga...tanpa iman...aqidah umat Islam pasti akan goyah...lantaran itu musuh-musuh Islam akan memainkan peranannya memerangi dan memperkotak-katikkan umat Islam.

Iman tidak dapat diwarisi..hanya orang yang benar-benar beriman dan merasai kemanisan iman sahaja yang akan mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya,mencintai manusia kerana Allah SWT bukan kerana nafsu dan membenci kekufuran sebagaimana dia benci dengan api neraka.

Sesungguhnya di akhir zaman ini ,musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kejahilan umat Islam itu sendiri ,kita diwajibkan mempertahankan iman dan aqidah dari di cerobohi oleh dakyah-dakyah kristian,bunga-bunga dari fitnah dajal,namun itu semua kita tidak akan kita sedari selagi mana kita meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah .

Sabda Rasulullah SAW "sesungguhnya umatku tidak akan sesat selama-lamanya andai mereka berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah" pegang di sini bukan bermaksud sekadar membaca tetapi menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam kedua-duanya. Jangan kita berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam...tetapi kita lupa untuk melaksanakan segala suruhan dan ajaran Allah .


Sesungguhnya iman tidak boleh diwarisi,hidayah perlu dicari...ia tidak akan datang bergolek atau terbang melayang....tetapi perlu diterokai,dicari dan dihayati serta diamalkan....barulah kita akan menjadi umat Islam yang benar-benar menghayati cara hidup Islam. Bukan sekadar mempertahankan "aku orang Islam" tetapi hakikatnya "kita semakin jauh dari landasan hidup sebagai seorang Islam".

Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah...sesungguhnya janji Allah SWT itu suatu kepastian...kita tidak akan sesat buat selama-lamanya.Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa memberkati hidup kita di dunia dan akhirat...Kita hanya insan kerdil semua yang ada pada kita adalah milik Allah SWT...kita hanya diberi ruang sekejap cuma untuk menunaikan amanah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kehidupan manusia adalah ibarat perantau....akan kembali menemui penciptaNya...apabila tiba masanya....maka janganlah beranggapan segala di dunia ini milik kita...waima rezeki juga adalah kurniaan Allah ...bersyukurlah di atas segala nikmat kurniaanNya. Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNya...yang sentiasa mengingatiNya di kala senang dan di kala susah.

Rabu, 6 Januari 2010

Minggu Pertama Persekolahan


Selamat kembali ke sekolah...selamat menatap wajah guru-guru tercinta.Selamat berjumpa sahabat dan kawan-kawan...bercerita tentang masa cuti yang panjang...dan selamat meneruskan perjuangan sebagai seorang guru dan pelajar.

Alhamdulillah,kita masih di beri kesempatan menghirup udara segar..dan masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan...ucapan Takziah buat keluarga Wan Mohd.Faris bin Wan Shaharuddin yang telah kembali menemui penciptaNya pada hari Jumaat 1hb.Januari 2010/15 Muharam 1431Hijrah. Sekalong doa di panjatkan buat Wan Mohd.Faris agar rohnya dicucuri rahmat dan mudah-mudahan akan ditempatkan bersama para solihin. Amin ya-rab-al-amin.

Kita yang masih diberikan kehidupan,sewajarnya meneruskan perjuangan kita...untuk menjadi yang cemerlang di dunia dan di akhirat...tanamkan azam dan cita-cita yang murni agar kita akan menjadi contoh terbaik buat insan-insan di sekeliling kita.

Anak-anak dan warga SMKJKT mampu menjadi yang terbaik....apa yang penting kerjasama,ketekunan dan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan....sebagai pelajar dan pendidik.

Hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia,tanpa akhlak yang mulia kita ibarat bunga"tahi ayam" cantik tetapi berbau busuk....jadilah seperti mawar...pandai menjaga diri dan maruah daripada dicemari.