Tidak sampai 14 hari..sesi 2012 (persekolahan) akan bermula.
1 Januari 2012...melangkah kita ke tahun baru...dan bulan Hijrah telah masuk ke bulan ke 3...azam tahun baru???
Setiap tahun kita cuba melakar azam baru...sudah tertunaikah yang lepas? Apa-apa pun azam kita ..jangan sampai kita meninggalkan yang hak (benar)...
Perlukah kita menyimpan azam setiap tahun..tetapi mampukah kita melaksanakan azam tersebut?
Tanpa perlu kita berazam sesuatu yang mustahil...berazamlah dengan sesuatu yang bersifat realiti...yang mampu kita capai..cuma tanamkan azam...kita hendak menjadi yang "terbaik" untuk diri kita.
Terbaik sebagai 'umat Islam'..walau setinggi mana pun kita berada...solat lima waktu jangan sekali kita lupa dan tinggalkan..kerana itulah yang sepatutnya menjadi azam kita saban tahun.
Hanya dengan solat...kita mampu menjadi insan "terbaik" dan "termulia" di sisi Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus tampil menjadi "umat yang terbaik" dari sudut duniawi dan ukhrawi (dunia dan akhirat)....
Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Ahad, 25 Disember 2011
PMR 2011
PMR 2011..telah diumumkan pada 22 Disember...tepat jam 10.00 pagi pelajar tingkatan 3 telah mengambil keputusan masing-masing. Tahniah kepada yang cemerlang..dan bagi yang kurang cemerlang jangan berputus asa dan kecewa kerana "perjalanan perjuangan" masih panjang lagi di hadapan.
Peningkatan % keseluruhan...Alhamdulillah...namun berlaku penurunan yang amat ketara bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu 94.18% (2010) kepada hanya 90% (2011)...penurunan peratus dan GP yang terlalu banyak.
Kecewa rasa di hati..namun perlu muhasabah diri bagi meningkatkan kualiti pada tahun hadapan 2012...mungkin penurunan ini merupakan titik tolak agar tidak terlalu merasa "senang" di zon selesa...
Teruskan perjuangan dan tingkatkan kualiti dalam P&P...moga para pelajar mendapat yang terbaik dari sudut akademik dan peribadi (sahsiah terpuji)..amin
Peningkatan % keseluruhan...Alhamdulillah...namun berlaku penurunan yang amat ketara bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu 94.18% (2010) kepada hanya 90% (2011)...penurunan peratus dan GP yang terlalu banyak.
Kecewa rasa di hati..namun perlu muhasabah diri bagi meningkatkan kualiti pada tahun hadapan 2012...mungkin penurunan ini merupakan titik tolak agar tidak terlalu merasa "senang" di zon selesa...
Teruskan perjuangan dan tingkatkan kualiti dalam P&P...moga para pelajar mendapat yang terbaik dari sudut akademik dan peribadi (sahsiah terpuji)..amin
Jumaat, 18 November 2011
CUTI SEKOLAH BERMULA
19 November 2011...bermula cuti semester@penggal buat para pelajar...tapi bukan untuk warga pendidik...
Cuti untuk merehatkan minda buat seketika...buat warga pendidik...tugas,amanah dan tanggungjawab..tetap akan dilaksanakan walaupun cuti sekolah.
Moga kita terus ikhlas dan komitmen..dalam melaksanakan amanah ini.
Buat para pelajar penuhilah masa cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah...mudah-mudahan kita akan mendapat pengalaman yang terbaik dalam hidup.
Jadikanlah cuti pada kali ini...satu percutian yang memberikan kegembiraan dan perintis kepada semangat untuk meneruskan perjuangan di dunia "keilmuan"...
Jangan penuhi hari-hari kita dengan aktiviti-aktiviti "lagha"@ sia-sia...kerana ia akan menjadikan hidup dan hari-hari kita dipenuhi dengan rasa "kebosanan" dan "kecelaruan".
Selasa, 15 November 2011
JAGA SOLAT ,JAGA AKHLAK DAN JAGA AKIDAH
Cuti sekolah akan bermula pada 19 November 2011...maka sesungguhnya banyaklah perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan....
Penuhilah masa cuti kita dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada diri kita...jagalah solat kita..tunaikanlah solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Jangan sesekali kita tinggalkan kefardhuan solat dan jangan sesekali kita ingkar perintah Allah SWT.
Jangan kita menemplak 'syaitan' yang dihalau keluar dari syurga kerana keenganan Iblis sujud kepada Adam a.s...kerana Iblis hanya ingkar sekali sahaja...sudah dilaknat Allah SWT.
Tetapi kita ingkar banyak kali...kerana kita ingkar untuk tidak tunaikan solat...cuba kita kira berapa kali kita ingkar perintah Allah...katakanlah:
i. solat 5 waktu sehari semalam didarab (seminggu) darab (sebulan) dan darabkan lagi dengan umur akil baligh kita ;
contoh : 5x7=35x4 minggu(sebulan)=140x 7 tahun (diambil kira usia baligh 12 tahun + usia kita sekarang)= 980 kali kita telah ingkar .
Bandingkan dengan Iblis...Iblis hanya ingkar sekali sahaja telah dilaknat oleh Allah..tapi kita Allah masih memberikan kita ruang untuk kembali mengingati dan mentaati perintahNya.
Jaga Akidah..jangan sampai kita terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah dan keimanan kita kepada Allah SWT...
Terpeliharanya akidah...sudah pastinya Akhlak kita juga terpelihara.
Maruah dan kehormatan diri kita akan terpelihara daripada melakukan perkara maksiat dan mungkar kerana kita yakin Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap apa yang kita lakukan.
Maka sama-samalah kita menjaga solat,akhlak dan akidah daripada tercemar dan terhindar daripada menjadi golongan yang suka mempersendakan agama.
Isnin, 14 November 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): PROGRAM SELEPAS PMR
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): PROGRAM SELEPAS PMR: KURSUS SEMBELIHAN 3hb November 2011..satu program khas untuk pelajar Islam tingkatan 3 telah diadakan ..di perkarangan sekolah...cukup...
Selasa, 25 Oktober 2011
SPM..2011
Hanya tinggal beberapa hari SPM 2011 akan menjadi teman setia pelajar tingkatan 5.
SPM...adakah ia menjadi penentu kepada masa depan pelajar?
SPM...adakah ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya?
SPM..adakah ia sekadar sijil untuk melayakkan kita menjadi penunggu setia tawaran pekerjaan?
SPM...oh SPM...
Siapa pun kita..pastinya SPM merupakan satu "istilah" satu "fenomena" yang amat memerlukan kita sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan bersedia.
Siapa pun kita..pastinya keputusan SPM...akan memberikan impak yang amat besar kepada...pelajar@ibubapa@ guru@ sekolah@PPD@ Jabatan Pelajaran@Kementerian Pelajaran...
Berkuasa sungguh SPM ini...namun sebagai hamba Allah yang kerdil..tiada yang mustahil bagiNya(Allah)...untuk meletakkan diri kita di mana?
Usaha,doa dan tawakal adalah kunci kepada kecemerlangan...hanya usaha dan doa kepada Allah SWT yang mampu mengubah...masa depan kita...
Tidak semua manusia itu sama dari sudut kecerdasan...namun siapa tahu...anak yang kurang cemerlang...akan cemerlang dalam hidup...dan anak yang cemerlang..belum tentu akan berjaya dalam mengharungi kehidupan di"luar" sana...
Segala-galanya bergantung kepada ke"bergantungan" kita kepada Allah..dan keyakinan kita kepada ketentuan qada' dan qadar Allah.
Jesteru ..jangan jadikan kelemahan dan kekurangan yang kita miliki menjadi "batu penghalang" kepada kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...tiada siapa yang dapat mengubah diri kita..kecuali "diri kita sendiri"...
Maka berusahalah...sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar dan sentiasa meminta perkara kebaikan...
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat...amin
SPM...adakah ia menjadi penentu kepada masa depan pelajar?
SPM...adakah ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya?
SPM..adakah ia sekadar sijil untuk melayakkan kita menjadi penunggu setia tawaran pekerjaan?
SPM...oh SPM...
Siapa pun kita..pastinya SPM merupakan satu "istilah" satu "fenomena" yang amat memerlukan kita sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan bersedia.
Siapa pun kita..pastinya keputusan SPM...akan memberikan impak yang amat besar kepada...pelajar@ibubapa@ guru@ sekolah@PPD@ Jabatan Pelajaran@Kementerian Pelajaran...
Berkuasa sungguh SPM ini...namun sebagai hamba Allah yang kerdil..tiada yang mustahil bagiNya(Allah)...untuk meletakkan diri kita di mana?
Usaha,doa dan tawakal adalah kunci kepada kecemerlangan...hanya usaha dan doa kepada Allah SWT yang mampu mengubah...masa depan kita...
Tidak semua manusia itu sama dari sudut kecerdasan...namun siapa tahu...anak yang kurang cemerlang...akan cemerlang dalam hidup...dan anak yang cemerlang..belum tentu akan berjaya dalam mengharungi kehidupan di"luar" sana...
Segala-galanya bergantung kepada ke"bergantungan" kita kepada Allah..dan keyakinan kita kepada ketentuan qada' dan qadar Allah.
Jesteru ..jangan jadikan kelemahan dan kekurangan yang kita miliki menjadi "batu penghalang" kepada kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...tiada siapa yang dapat mengubah diri kita..kecuali "diri kita sendiri"...
Maka berusahalah...sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar dan sentiasa meminta perkara kebaikan...
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat...amin
Selasa, 4 Oktober 2011
PMR 2011 ...Bermula...
PMR 2011...sudah menjelmakan dirinya..hari ini 4 Oktober 2011..bermulalah "demam peperiksaan" di seluruh Malaysia.
Selamat menduduki peperiksaan PMR..moga mendapat ketenangan dan keyakinan dalam menjawab segala soalan yang diberi.
4 Oktober - 11 Oktober 2011..bukanlah satu masa yang lama (5 hari) berbanding 3 tahun kita menuntut ilmu.
5 hari yang kita ada perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin.
Jangan biarkan 5 hari ini berlalu begitu sahaja...tanpa ada kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi "soalan-soalan" .
Segala ilmu yang diperolehi...wajarlah diluahkan di dada "kertas" dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT.
Moga segala usaha,doa dan tawakal mendapat "ganjaran" yang baik...
Buat pelajar-pelajar...hadapilah peperiksaan PMR dengan penuh ketenangan.
Moga kalian memperolehi kejayaan yang "terbaik" buat diri kalian. Amin.
Ahad, 4 September 2011
SYAWAL MENJELANG...
6 Syawal 1432H/4 September 2011..
Sudah hampir seminggu kita meraikan hari lebaran...dan Ramadhan telah pun meninggalkan kita dengan seribu satu barakah.
Syawal yang datang selepas Ramadhan kita raikan dengan penuh kesyukuran..mudah-mudahan amal ibadah kita sepanjang Ramadhan tidak menjadi "ibadah bermusim"
Istiqamahlah kita dalam melaksanakan"amal ibadah" ini.
Biarkanlah " Madrasah Ramadhan" terus hidup subur di hati sanubari kita dan di sepanjang hayat kita.
Mudah-mudahan kita terus menjadi hamba Allah yang bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya.
Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang mewarnai hidup kita dengan sifat-sifat mahmudah.
Jauhilah sifat mazmummah...hidup suburkanlah hati kita dengan "mawwadah wa rahmah"..
Agar hati-hati kita terus hidup subur dengan "cahaya Ilahi" yang tidak akan malap...
Biarkanlah hati ini terus mencari "redha" dan "nur" Ilahi...dan agar kita terus berada di landasan dan jalan yang benar...amin
Rabu, 24 Ogos 2011
IHYA' RAMADHAN
Kini kita sudah berada 10 malam terakhir Ramadhan...sudah 24 hari kita berpuasa. Ramadhan akan meninggalkan kita...Tahun depan insha'Allah Ramadhan akan berkunjung lagi.
Di sepuluh malam terakhir banyakkanlah beribadah..mudah-mudahan kita bertemu "Lailatul Qadar"....
Hanya di bulan Ramadhan ...adanya "Lailatul Qadar"...tidak dibulan yang lain...dan di bulan Ramadhan jugalah.."syaitan dan iblis" dibelenggu...tidak di bulan lain.
Didiklah jiwa dan hati bermula dari bulan Ramadhan..hingga bertemu di Ramadhan akan datang.
Melalui hati yang suci...kita dapat merasai pertautan rohani.Namun jika "hati" sudah diselaputi "virus" dan "bakteria"...agar sukar untuk merasai pertautan rohani..kecuali kita "bersih" dan "sucikan" ia dengan kalimah-kalimah Allah SWT yang cukup indah.
Moga Ramadhan kali ini benar-benar membawa "perubahan" @ anjakan paradigma ke arah kebaikan dalam diri kita. Amin
Isnin, 8 Ogos 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): 9 Ramadhan 1432H
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): 9 Ramadhan 1432H: "Terlalu pantas masa berlalu..sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa... Tidak terdaya rasanya...mengejar masa yang berlari terlalu pantas ini..."
Ahad, 17 Julai 2011
NISFU SYA'ABAN 1432H
Hari ke 15 dalam bulan Sya'aban..bermakna 15 hari lagi..kita akan menyambut Ramadhan..Insya'allah.
Ramadhan kembali lagi...kita sudah bersediakah menemani dan melewati Ramadhan kali ini?..bagi kita yang belum selesai menunaikan "hutang' puasa kepada Allah SWT..bersegeralah kita melangsaikan "hutang" ini.
Bukan apa..bimbang-bimbang ...terpaksa membayar fidyah..memanglah ia tidak mahal..namun jika dikira ...melambat atau sengaja tidak membayar "hutang" Allah ini..maka hukumnya adalah berdosa besar...
Kecuali bagi mereka yang diharuskan....bagi kita yang mampu dan tidak mempunyai sebarang keuzuran ,maka sewajibnyalah kita melunaskan "hutang" Allah ini terlebih dahulu..
Moga kita terus diberikan ketabahan,kekuatan,keimanan yang mantap untuk terus beristiqamah dalam melaksanakan segala suruhan Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus menjadi hambaNya yang bertaqwa....amin
Sabtu, 9 Julai 2011
SUKAN TAHUNAN KALI KE-9...
Sukan Tahunan kali ke-9..menyaksikan kemenangan bagi pasukan KARISMA...diikuti dengan INTELEK,DINAMIS dan GENIUS...
Betapa terharu dan sedih apabila GENIUS gagal mendapat tempat yang terbaik...namun apa pun..
TAHNIAH buat semua ahli dan guru GENIUS..kerana masih berupaya menamatkan perjuangan hingga ke garisan penamat.
Mungkin tahun ini bukan tahun GENIUS...cuba lagi.
Buat KARISMA,INTELEK dan DINAMIS..TAHNIAH...atas semangat kesukanan yang ditonjolkan...
Pelajar-pelajar SMKJKT dan seluruh warga PENDIDIK...memang TERBAIK.
Acara gemilang Sukan Tahunan sudah berakhir...kini tiba masa untuk kita berjuang di medan "PEPERIKSAAN"..pastikan juga kita adalah yang TERBAIK antara yang TERBAIK.
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan untuk menuju kejayaan dan jalan untuk mencipta KECEMERLANGAN.
Setiap kita (insan) mempunyai potensi dilahirkan untuk menjadi yang TERBAIK...
Moga semangat juang di arena balapan terus mewarnai semangat juang di dalam bidang akademik....
Moga kita terus cemerlang dan memperoleh keberkatan dari Illahi. Ameen
Khamis, 30 Jun 2011
HARI TERBUKA...HARI KO-KU...LARIAN 1MALAYSIA
Semuanya akan bermula esok 1 Julai...hari terbuka...2 Julai hari ko-kurikulum dan larian 1Malaysia.. Padat sungguh jadual warga Jalan Kota Tinggi,Kluang.
Semuanya terarah untuk melunaskan kerja-kerja yang tertunda...
Apa-apa pun yang penting; moga kita terus bersedia dengan segala..tugasan dan amanah yang diberi...
Ikhlaskanlah hati kita dalam menerima segala amanah dan tanggungjawab.
Pasti hari esok...1 Julai ...penuh dengan tugasan yang mencabar...dan disusuli dengan 2 Julai nanti...
Perkarangan sekolah ..sudah ada pentas...khemah juga akan dan telah didirikan... Nampaknya kita kena "memarkir" kereta jauh dari kesibukan dan kegawatan ...ini
Mudah-mudahan kita terus berjiwa kental dan bersemangat waja ....untuk mempersiapkan diri..melaksanakan segala persiapan...
Minggu hadapan...5,6,7 dan 8 Julai...semakin sibuk dengan acara akhir sukan dan sukan tahunan....nampaknya bulan Julai penuh dengan aktiviti...
Bulan 8...puasa bulan Ramadhan...percubaan PMR...sesungguhnya masa berlalu terlalu pantas..hinggakan kita kadang-kadang terkadung untuk mengejar masa...
Apa pun..moga Allah SWT terus memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan segala amanah ini.
Khamis, 23 Jun 2011
Malang Tidak B erbau...
Hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan...Seorang pendidik dan warga Jalan Kota telah menemui kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kursus di Segamat.
Encik Yuszairi bin Yusof telah menemui kecekalan awal pagi tadi ,setelah motorsikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori pasir .
Kejadian berlaku di hadapan PUSPAKOM,Sri Lalang. Beliau mengalami kecederaan yang agak parah. Kini beliau telah di bawa ke Hospital Tun Aminah, Johor Bahru.
Marilah sama-sama mendoakan agar beliau selamat. Al-Fatihah.amin.
Isnin, 20 Jun 2011
Caca Marba: Kisah Benar Solat Berjemaah
Caca Marba: Kisah Benar Solat Berjemaah: "Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal itu didasarkan pada f..."
Sabtu, 11 Jun 2011
Kembali Ke SEKOLAH
Cuti 2 minggu udah sampai ke hujung...13 Jun...sehari lagi.
Bayangan dan mimpi sekolah sudah kembali mewarnai diari hidup seorang guru@pendidik waima pelajar...
Suasana dan situasi baru....Pengetua baru..bilakah akan menemani kami...?
Persaraan Puan Pengetua...pada 10 Jun lalu...
Kini...kibaran panji perjuangan akan kembali menemani kami....meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran...
Bagi pelajar SPM dan PMR...tiada lagi gendang hiburan@lagha...tetapi gendang dan panji peperangan akan mula berkumandang....
Bersiap siagalah dengan segala senjata..untuk menembusi tembok dan kubu lawan....
Masa tidak akan menunggu kita..tetapi kitalah yang akan menghadapi dan mengejar masa....untuk menentukan kemenangan @ kecundangnya kita di medan juang...PMR @ SPM.
Teruskan perjuangan untuk menuju kecemerlangan!
Jumaat, 27 Mei 2011
PAS SEMBRONG BANGKIT: Susah bangun dan sukar solat subuh berjamaah
PAS SEMBRONG BANGKIT: Susah bangun dan sukar solat subuh berjamaah: "Ust Zuridan Al-Teminie http://zuridanmdaud.blogspot.com Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat da..."
Isnin, 23 Mei 2011
Majlis Persaraan Pengetua...SMKJKT
27 Mei 2011...merupakan tanggal bersejarah buat warga SMKJKT..kerana kita akan kehilangan puan Pengetua..Puan Hajah Fatimah binti Yusof..yang akan bersara wajib pada 10 Jun 2011.
Segala jasa yang beliau berikan kepada warga SMKJKT..terutamanya dalam dana pembinaan Surau SMKJKT amat-amat dihargai.
Beliau merupakan salah seorang penyumbang yang paling banyak menyumbang pada dana pembinaan surau..bagi memastikan surau sekolah siap di bina...namun apa kan daya...dana masih belum mencukupi..dan surau tidak dapat disempurnakan pembinaannya hingga ke saat akhir persaraan beliau.
Namun ..kami warga SMKJKT berdoa dan berharap...moga surau dapat juga disiapkan sebelum beliau tamat perkhidmatan ...pada 10 Jun 2011...moga segala sumbangan yang diberikan oleh beliau memperolehi keberkatan dan rahmat dari Illahi...dan hanya Allah SWT jua yang layak membalas segala keikhlasan beliau.
Jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa beliau...yang telah dicurah dan diberikan kepada kami...bagi memastikan warga SMKJKT selesa apabila melaksanakan program "Pembudayaan Al-Quran" dan program-program kerohanian yang lain..
Moga dengan tertegak dan terbinanya surau SMKJKT ...dapatlah kita warga SMKJKT dan penduduk sekitarnya memanfaat dan mengimarahkan surau ini...
Isnin, 16 Mei 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Hari Guru...16 Mei
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Hari Guru...16 Mei: "Selamat Hari Guru....buat semua warga pendidik di mana jua berada. Dalam keghairahan kita menyambut kehadiran Hari GURU @ Hari PENDIDIK ..."
Isnin, 9 Mei 2011
PAS SEMBRONG BANGKIT: Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada...
PAS SEMBRONG BANGKIT: Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada...: "Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan..."
Isnin, 25 April 2011
JENTAYU BUKIT SELAMBAU: DOA DITOLAK KERANA SEBUTIR KURMA
JENTAYU BUKIT SELAMBAU: DOA DITOLAK KERANA SEBUTIR KURMA: "Setelah menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat menziarahi masjidil Aqsa. Untuk bekal dalam perjalanan, dia membeli seuncang kurm..."
Ahad, 24 April 2011
Peperiksaan Setengah Tahun
Sudah setengah tahun rupa-rupanya kita bersekolah..pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5...bulan ke5 dalam tahun 2011.
Betapa cepat masa berlalu..serasa baru semalam...memulakan persekolahan...tapi rupa-rupanya sudah masuk bulan 5...tup-tup dah nak periksa...
Awal bulan Mei (6hb) pelajar tingkatan 4 dan 5 akan menduduki peperiksaan..diikuti dengan pelajar tingkatan 1,2 dan 3..pada 23hb...
Selamat menjawab dan ulangkaji pelajaran buat semua pelajar...moga peperiksaan pertengahan tahun 2011 ini menjadi titik permulaan bagi perjuangan dan persediaan kita sebagai seorang pelajar dan GURU...
Khamis, 14 April 2011
Perginya Tidak Akan Kembali...
Sekalong doa...buat Mohamad Saffiy Ikhwan bin Samsudin..di atas pemergiannya menemui penciptaNya..
Moga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh...
Moga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh...
Isnin, 28 Mac 2011
Jumaat, 18 Mac 2011
PAS SEMBRONG BANGKIT: Misteri Awan Aneh, Tegak Sebelum Gempa Jepun
PAS SEMBRONG BANGKIT: Misteri Awan Aneh, Tegak Sebelum Gempa Jepun: "Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu Dialah yang menjalankan siang dan Dialah juga yang menjadikan malam, p..."
Khamis, 3 Mac 2011
Mengajar, Mendidik dan Mentarbiah..............
Dalam mengajar,mendidik dan mentarbiah...semuanya memiliki pemahaman yang berbeza.
Mendidik untuk melahirkan insan cemerlang...cemerlang di dunia dan akhirat...mudah untuk dibicarakan..namun hakikatnya sukar untuk dilaksana dan diaplikasikan.
Hakikat pendidikan dan pentarbiahan memerlukan kita memegang jasmani,rohani ,emosi dan mental agar ia selari dan selaras dengan ajaran Islam.
Bukan mudah untuk melahirkan mujahid dan mujahadah Islam di era siber ini.
Maka pendidikan dan pertarbiyahan ini sewajibnya bermula dari rumah...bermula dari asuhan,didikan ibu dan ayah.
Bukan mudah untuk menangkis era globalisasi yang semakin mencanak...dengan limpahan "media massa" dan tayangan "menggerunkan" di ruang layar...yang sentiasa terpasang di ruang tamu...memang memungkinkan..kehidupan kita sebagai "umat Islam" boleh "terseliuh" seketika.
Manakan tidak setiap hari kita akan dihidangkan dengan "hidangan" indah @ menjijikkan...setiap hari juga anak-anak kita....kita....ibubapa kita...sama ada di peringkat usia kanak-kanak,remaja dan dewasa...pastinya...akan menikmati "tayangan" percuma....
Tayangan percuma...yang mendedahkan hampir seluruh "tubuh" yang sewajibnya ditutup...berlaku setiap hari.
Gaya hidup bebas,pendedahan aurat dan kehidupan artis mewarnai hampir 90% tayangan di kaca televisyen...berbanding dengan rancangan berunsur teladan,agama dan pendidikan hanya 10%...itu pun berapa ramai sangat yang menonton rancangan berbentuk ilmiah ini?????
Isnin, 28 Februari 2011
Mohamadazhan HjDesa: Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad
Mohamadazhan HjDesa: Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad: "Oleh: Ustazah Hanisah Harun Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topen..."
Sabtu, 19 Februari 2011
Titian Jihad: Ayam KFC
Titian Jihad: Ayam KFC: "Cuba kita baca dulu, saya copy daripada http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar aduan nombor 19 Saya ada menerima emel ..."
Jumaat, 11 Februari 2011
Maulidur Rasul 1432 H
12 Rabiul Awal...pada 15/2/2011..merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW...sudah 1432 tahun baginda meninggalkan kita..umatnya.
Namun baginda telah meninggalkan al-Quran (kalam Allah yang terpelihara hingga ke hari kiamat) dan as-Sunnah yang menjadi sumber rujukan dan perundangan bagi umat Islam.
Sesungguhnya..kita sebagai umatnya tidak akan sesat sekiranya kita berpegang teguh dengan segala apa yang di bawa oleh baginda...
Islam itu "mudah" dan "indah"..jangan mencemarkan kesucian Islam dengan "sikap mazmumah" kita...
Islam...datangnya dari Allah SWT..Tuhan sekelian alam...yang mencipta kita dan menjadikan alam ini...maka sewajibnya kita mengikuti segala apa yang diturunkan dan dibawa oleh baginda...kerana ia datang dari Allah..tuhan Pencipta sekelian alam..kenapa mesti mencari selain daripada apa yang telah disyari'atkan oleh Allah SWT.
Bersyukurlah kita masih diberi ruang,udara ,nyawa dan akal untuk membezakan segala yang hak (benar) dan segala yang batil (kesesatan)...hanya keimanan yang boleh menyelamatkan kita...
Carilah "hidayah Allah"..sesungguhnya "hidayah" itu tidak akan berlari mengejar kita..tetapi kitalah yang sewajarnya...mengejar "hidayah Allah"...dengan hidayah Allah...sesungguhnya kita...akan malu untuk melakukan segala perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan kesucian "maruah"kita sebagai seorang Islam.
Keimanan dan hidayah adalah "benteng" dan "tembok" yang kukuh...dan pastinya sukar untuk diceroboh..jika benar-benar..mengaplikasikan ajaran Islam sebagai "cara hidup kita".
Tiada sebarang kerugian ...andai kita berpegang dengan ajaran Islam...malah Allah menjanjikan ganjaran syurga dan pahala kepada hamba-hambaNya yang taat dan patuh perintahNya.
Maha suci Allah dari bersifat..."keji"...segala puji hanya bagi Allah SWT.
Jangan sekadar menyambut Maulidur Rasul setiap tahun..tetapi tidak menghayati dan cuba mencontohi akhlak baginda...aplikasikan segala sifat "mahmudah" baginda dan ikuti "sunnah" baginda dalam kehidupan seharian kita sebagai "umat Islam".
(* Insya'Allah 19/2/2011...sambutan Maulidur Rasul akan diadakan di SMK Jalan Kota Tinggi,Kluang...buat warga SMKJKT..marilah beramai-ramai kita menghadirkan diri.)
Merentas Desa dan Larian Perdana Mahkota
Hari ini 12/2/2011...acara merentas desa merangkap Larian Mahkota telah berlangsung dengan jayanya.
Tahniah kepada rumah INTELEK (Merah)..berjaya menjuarai kejohanan merentas desa hari ini dengan 378 mata...namun bagi rumah GENIUS (Kuning) Jangan berputus asa...cuba lagi. Caiyok!Caiyok....
Teruskan perjuangan..ye...
Selasa, 1 Februari 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Hujan Kembali Membasahi Bumi
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Hujan Kembali Membasahi Bumi: "Hampir seminggu..Bumi Johor ..dilimpahi hujan..dan banjir di beberapa kawasan. Tidak terkecuali bumi tercinta Kluang. Namun di sebalik h..."
Ahad, 30 Januari 2011
Banjir Melanda Kluang.....
Masuk hari ke empat..hujan turun tanpa henti...membasahi bumi...dan telah menenggelam beberapa kawasan rendah di daerah Kluang
Buat warga Kluang yang menghadapi banjir...bersabarlah dengan ujian dan musibah yang dilalui...pastinya ada hikmah...agar kita sentiasa bersedia dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Illahi.
Tahun Baru China dalam suasana hujan...sejuk...dan banjir...moga kita terus tabah dan sabar.
Rabu, 26 Januari 2011
JUST A NOTE -deafening silent: SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI
JUST A NOTE -deafening silent: SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI: "SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI Latarbelakang Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak..."
Selasa, 18 Januari 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Bila Bersukan....
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Bila Bersukan....: "Bermulanya hari ini...18/1/2011 dan esok hari 19/1/2011...sukantara antara rumah sukan ...rancak berjalan. Namun...dalam ke'ghairah'an ..."
Kelab Greenboc: Satu Gereja Memeluk Islam
Kelab Greenboc: Satu Gereja Memeluk Islam: "Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Al..."
Isnin, 17 Januari 2011
Caca Marba: SEJARAH PENGHARAMAN ARAK
Caca Marba: SEJARAH PENGHARAMAN ARAK: "Assalamulaikum .para pelajar sekalian , pada kali ini kita akan membincangkan berkenaan hadis hukum ,tajuk yg ust. pilih pada kali ini iala..."
Khamis, 13 Januari 2011
Hanya 17 minit.....
Solat fardhu 5 waktu...wajib ditunaikan oleh umat Islam...lelaki dan perempuan...yang sudah akil baligh dan waras.
Jadi...solatlah kita sebelum kita disolatkan...
Hanya sekadar 17 minit sehari semalam ...bagi kita untuk menunaikan solat...berbanding 24 jam waktu bagi kita...
Hanya 17 minit...sahaja..itu pun setelah dicampur dengan lima waktu...tak banyak....5 sahaja.
Subuh..2 raka'at...sekadar = 2 minit
Zohor..4 raka'at...sekadar = 4 minit
Asar....4 raka'at...sekadar = 4 minit
Maghrib...3 raka'at..sekadar = 3 minit
Isyak..4 raka'at..sekadar = 4 minit
Sekadar 17 minit waktu dan masa yang diperuntukkan untuk kita..solat..itu pun kita masih lalai dan lupa untuk menunaikannya.
Hanya solat sahaja penghubung antara kita dengan Allah yang Esa...Allah yang wajib disembah.
Bukan sampai 10 jam masa kita diperuntukkan untuk solat...hanya 17 minit...
Tidak sampai 1% masa kita dihabiskan untuk beribadat pada yang Esa...maha Agong dan maha Kuasa.
Jika 10 jam kita sanggup mengisi masa kita dengan...motor,menonton televisyen,melayari internet,menghubungi "mak we" @ "pak we".
Mengapa kita tak sanggup luangkan masa kita sekadar 17 minit untuk beribadat dan memohon keampunan dariNya....Pencipta yang maha besar.
Jika "agama" tertegak kerana "solat" ...dan diri kita "terpelihara" dari segala kemungkaran melalui "solat" yang "khusyuk" ..
Pastinya akan lahir generasi Islam yang cemerlang dan terbilang dari sudut akhlak,sahsiah dan pendidikan....
Bayangkanlah sebuah rumah..tanpa tiang,dinding,tembok dan atap...adakah ia dipanggil..."rumah"?
Seorang insan@manusia..tanpa ke dua tangan dan ke dua kaki...adakah ia sempurna?
Begitulah..gambaran kita ...tiada keindahan dan kesempurnaan..jika "tanpa solat" ...
"Solat" sekadar sebutan...bukan pelaksanaan.... Solatlah pembanding beza antara kita dengan orang bukan Islam....
Maka fikir-fikirkanlah... "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku..semata-mata hanya kerana Allah SWT"
Hanya 17 minit...bukanlah suatu jangka masa yang lama....
Rabu, 12 Januari 2011
Kelab Greenboc: Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad...
Kelab Greenboc: Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad...: "Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknolo..."
Ahad, 9 Januari 2011
Kesesakan Di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang
Memulakan sesi persekolahan yang sudah memasuki minggu ke-2....
Memulakan langkah-langkah ke sekolah dengan "nawaitu" hendak mencari dan mencurahkan ilmu...
Memulakan hari-hari persekolahan dengan penuh kegusaran....
Setiap hari...keadaan jalan masuk ke sekolah sudah menjadi sesak...
Sesak dengan pembinaan jalanraya...baru... seiring dengan pembinaan "hospital" yang hampir siap.....
Sesak dengan kenderaan yang bertali arus...
Semakin hari semakin sesak...laluan ke sekolah...
Keadaan ini sering menimbulkan kerisauan di hati...hati-hati menjadi walang dengan kesesakan...
Namun..perjuangan untuk menuntut dan mencurahkan ilmu...mesti diteruskan...
Semoga kesesakan ini dapat diatasi dengan secepat mungkin....
Selasa, 4 Januari 2011
Kembali Menatap Wajah Guru....
Hari ke-2 ...sudah kita bersekolah..menimba dan mencari ilmu...
Hari pertama.....sekolah kelihatan "kelam kelibut" jugalah...dengan kehadiran pelajar baru yang hendak mendaftar...
Guru mula mengorak langkah menuju ke kelas....untuk mencurahkan segala ilmu...di dada.
Mudah-mudahan tahun ini...para pelajar dapat menimba dan mencari ilmu dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.
Kejayaan tidak akan datang bergolek waima melayang..tetapi ilmu perlu dicari dan diterokai.
Tanpa ilmu...siapalah kita?
Jesteru..tingkatkanlah semangat juang dalam mencari ilmu...agar ilmu mendapat keberkatan.
Langgan:
Catatan (Atom)