Selasa, 15 November 2011

JAGA SOLAT ,JAGA AKHLAK DAN JAGA AKIDAH




Cuti sekolah akan bermula pada 19 November 2011...maka sesungguhnya banyaklah perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan....

Penuhilah masa cuti kita dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada diri kita...jagalah solat kita..tunaikanlah solat fardhu 5 waktu sehari semalam.

Jangan sesekali kita tinggalkan kefardhuan solat dan jangan sesekali kita ingkar perintah Allah SWT.

Jangan kita menemplak 'syaitan' yang dihalau keluar dari syurga kerana keenganan Iblis sujud kepada Adam a.s...kerana Iblis hanya ingkar sekali sahaja...sudah dilaknat Allah SWT.

Tetapi kita ingkar banyak kali...kerana kita ingkar untuk tidak tunaikan solat...cuba kita kira berapa kali kita ingkar perintah Allah...katakanlah:

i. solat 5 waktu sehari semalam didarab (seminggu) darab (sebulan) dan darabkan lagi dengan umur akil baligh kita ;

contoh : 5x7=35x4 minggu(sebulan)=140x 7 tahun (diambil kira usia baligh 12 tahun + usia kita sekarang)= 980 kali kita telah ingkar .

Bandingkan dengan Iblis...Iblis hanya ingkar sekali sahaja telah dilaknat oleh Allah..tapi kita Allah masih memberikan kita ruang untuk kembali mengingati dan mentaati perintahNya.

Jaga Akidah..jangan sampai kita terjerumus kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah dan keimanan kita kepada Allah SWT...

Terpeliharanya akidah...sudah pastinya Akhlak kita juga terpelihara.

Maruah dan kehormatan diri kita akan terpelihara daripada melakukan perkara maksiat dan mungkar kerana kita yakin Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap apa yang kita lakukan.

Maka sama-samalah kita menjaga solat,akhlak dan akidah daripada tercemar dan terhindar daripada menjadi golongan yang suka mempersendakan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan