Selasa, 4 Oktober 2011

PMR 2011 ...Bermula...


PMR 2011...sudah menjelmakan dirinya..hari ini 4 Oktober 2011..bermulalah "demam peperiksaan" di seluruh Malaysia.

Selamat menduduki peperiksaan PMR..moga mendapat ketenangan dan keyakinan dalam menjawab segala soalan yang diberi.

4 Oktober - 11 Oktober 2011..bukanlah satu masa yang lama (5 hari) berbanding 3 tahun kita menuntut ilmu.

5 hari yang kita ada perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jangan biarkan 5 hari ini berlalu begitu sahaja...tanpa ada kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi "soalan-soalan" .

Segala ilmu yang diperolehi...wajarlah diluahkan di dada "kertas" dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT.

Moga segala usaha,doa dan tawakal mendapat "ganjaran" yang baik...

Buat pelajar-pelajar...hadapilah peperiksaan PMR dengan penuh ketenangan.

Moga kalian memperolehi kejayaan yang "terbaik" buat diri kalian.
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan