Khamis, 13 Januari 2011

Hanya 17 minit.....





Solat fardhu 5 waktu...wajib ditunaikan oleh umat Islam...lelaki dan perempuan...yang sudah akil baligh dan waras.

Jadi...solatlah kita sebelum kita disolatkan...

Hanya sekadar 17 minit sehari semalam ...bagi kita untuk menunaikan solat...berbanding 24 jam waktu bagi kita...

Hanya 17 minit...sahaja..itu pun setelah dicampur dengan lima waktu...tak banyak....5 sahaja.



Subuh..2 raka'at...sekadar = 2 minit

Zohor..4 raka'at...sekadar = 4 minit
Asar....4 raka'at...sekadar = 4 minit

Maghrib...3 raka'at..sekadar = 3 minit

Isyak..4 raka'at..sekadar = 4 minit


Sekadar 17 minit waktu dan masa yang diperuntukkan untuk kita..solat..itu pun kita masih lalai dan lupa untuk menunaikannya.

Hanya solat sahaja penghubung antara kita dengan Allah yang Esa...Allah yang wajib disembah.


Bukan sampai 10 jam masa kita diperuntukkan untuk solat...hanya 17 minit...

Tidak sampai 1% masa kita dihabiskan untuk beribadat pada yang Esa...maha Agong dan maha Kuasa.


Jika 10 jam kita sanggup mengisi masa kita dengan...motor,menonton televisyen,melayari internet,menghubungi "mak we" @ "pak we".

Mengapa kita tak sanggup luangkan masa kita sekadar 17 minit untuk beribadat dan memohon keampunan dariNya....Pencipta yang maha besar.


Jika "agama" tertegak kerana "solat" ...dan diri kita "terpelihara" dari segala kemungkaran melalui "solat" yang "khusyuk" ..

Pastinya akan lahir generasi Islam yang cemerlang dan terbilang dari sudut akhlak,sahsiah dan pendidikan....


Bayangkanlah sebuah rumah..tanpa tiang,dinding,tembok dan atap...adakah ia dipanggil..."rumah"?


Seorang insan@manusia..tanpa ke dua tangan dan ke dua kaki...adakah ia sempurna?


Begitulah..gambaran kita ...tiada keindahan dan kesempurnaan..jika "tanpa solat" ...

"Solat" sekadar sebutan...bukan pelaksanaan....
Solatlah pembanding beza antara kita dengan orang bukan Islam....

Maka fikir-
fikirkanlah...
"Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku..semata-mata hanya kerana Allah SWT"

Hanya 17 minit...bukanlah suatu jangka masa yang lama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan