Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Jumaat, 31 Disember 2010
Tahun Baru Masihi 2011
Selamat Datang ...2011...
Pastinya dinanti-nanti kehadirannya...kembali ke sekolah...kembali dengan azam baru...ye tak.
Namun sewajarnya kita..sebagai umat Islam...menanam azam baru tika kita menyambut awal Muharam pada 7 Disember lalu (2010)...
Hakikatnya...awal Islam (Hijriah)..sukar melekat di hati dan sanubari kita...tetapi awal Masihi...sentiasa dinanti penuh debaran...
Sesungguhnya..ia bukanlah budaya Islam waima budaya Melayu dalam menyambut detik 12 malam....
Hatta ia hanyalah "saduran"..dan "pinjaman" budaya barat yang telah mendarah daging atau seolah sudah menjadi "jati diri"...kita dalam menyambut detik 12 malam ini.
Betapa kita terlalu mudah mengikut budaya...ini ye...pastinya ia menjadi ikutan yang sukar untuk dipisahkan dari hidup kita...
Bak kata pepatah..."pincanglah irama tanpa lagu"....
Fikir-fikirkanlah budaya mana yang sewajarnya menjadi ikutan dan "jati diri" kita sebagai seorang ISLAM....
Rabu, 29 Disember 2010
Sabtu, 25 Disember 2010
Kembali ke....Sekolah
Setelah hampir 2 bulan (walaupun kurang 2 minggu)...bercuti,merehatkan minda ....melapangkan emosi....tup-tup...sekolah dah nak dibuka.
Segala keperluan,kelengkapan...untuk menjejakkan kaki ke sekolah..telah mula disediakan.
Serasa sekejap benar bercuti...namun hakikatnya masih banyak lagi ...perkara yang belum dapat dibereskan.
Selamat kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru....
Mencanai pengalaman menjadi sesuatu yang amat berharga apabila memulakan pembelajaran...menuntut ilmu adalah kewajipan...
Gempur dan bersiap-sedialah...menghadapi segala-galanya....
Jumaat, 24 Disember 2010
TERRR...GELINCIR DARI LANDASAN
Keputusan PMR dah pun diketahui...pelajar yang cemerlang pastinya.."happy"..gumbira dan berbunga-bunga hatinya....
Pelajar yang kurang "cemerlang"..jangan putus asa...dan kecewa ya..masih ada ruang ...untuk mencapai kecemerlangan...
Keputusan Pendidikan Islam PMR tahun ini agak tergelincir dari landasan...hanya memperolehi 94.61% berbanding 95.88%(2009)...
tetapi bilangan pelajar yang lulus dengan cemerlang,baik dan memuaskan meningkat ( 158 orang) berbanding (93 orang -2009).
Peningkatan bilangan pelajar yang lulus sudah cukup memberikan kegembiraan kepada kami.
Mudah-mudahan para pelajar terus mencapai kejayaan yang cemerlang...dalam hidup.
Rabu, 22 Disember 2010
Keputusan PMR keluar hari ini - 23 Disember 2010
Keputusan PMR sudah diketahui tika dan saat ini...namun ustazah belum mengetahui keputusan keseluruhan....
Al-maklumlah sedang sibuk dengan kerja-kerja "sambilan" sempena cuti sekolah.
Apa pun semoga semua pelajar SMKJKT memperolehi keputusan yang diharap-harapkan.
Buat pelajar yang berjaya dengan cemerlang ...TAHNIAH dan teruskan kecemerlangan .
Bagi pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang diharapkan ...JANGAN BERPUTUS ASA dan JANGAN KECEWA kerana masa masih panjang lagi untuk para pelajar meneruskan perjuangan dan mencapai kecemerlangan.
Sekali lagi...moga kita semua memperolehi kecemerlangan hidup "DI DUNIA dan DI AKHIRAT" ...amin
Rabu, 1 Disember 2010
Cuti Sekolah
Sudah masuk minggu ke-2..cuti sekolah...dan sudah 2 minggu juga...para pelajar SPM...telah menduduki peperiksaan...sungguh cepat masa berlalu...
Masa terlalu pantas ..meninggalkan kita...andai kita tak mengejar...maka kita akan kesuntukan masa....masa ibarat pedang..
Hati-hati ..jika kita tidak menjaga masa..maka kita akan rugi...
Penuhilah masa cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah...jangan biarkan masa berlalu begitu saja..tanpa ada sebarang perancangan untuk mengisi masa lapang....
Sebulan...bukanlah satu jangka masa yang lama....jika hari-hari cuti kita isi dengan perkara yang berfaedah...ulangkaji,belajar masak,layari internet (cari maklumat berfaedah)...mengaji...berkebun,riadah....
Bercuti mengkaji khazanah Illahi...
Pastinya kita akan temui sesuatu yang amat bermakna sepanjang percutian ini....
Penuhilah masa cuti kita dengan segala aktiviti yang bermanfaat...agar kita tidak merasa rugi sepanjang cuti persekolahan ini......
Selasa, 9 November 2010
SPM 2010
Tik...Tok..Tiki...Tok...bunyi jam ...di dinding rumahku...jarum jam menunjukkan ke angka 12.05 malam..sudah larut malam...esok sekolah.
.buku belum habis diulangkaji...lagi 2 minggu nak periksa ....SPM....oh..SPM.
SPM...2010 ..23 November...sudah mengintai-intai...sudah bersediakah kita?
Masih ada masa lagi tak untuk ...ulangkaji?
Mana tajuk yang nak keluar ni...BM...Sejarah,Pendidikan Islam...huh banyaknya lagi belum baca...Sains,Matematik...belum buat latihan...tajuk tingkatan 4...lagi belum buka...
Macam-macam perasaan...macam-macam rasa hati..takut,gusar,bimbang...
Tapi...wahai...para pelajar sekelian....masih belum terlambat...masih sempat...yang penting
1. study smart
2.fahamkan isi pelajaran
3.buat nota mengikut kefahaman sendiri
4.buat solat tahajud dan solat hajat
5.membaca al-Quran
6.dengar cakap emak ayah
7.dengar nasihat guru
8.banyakkan buat latihan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas
9.jaga pemakanan
10.jaga tidur (jangan tidur lewat)
dan apa yang penting " solat fardhu 5 waktu" jangan ditinggalkan ....
USAHA TANGGA KEJAYAAN...TANPA USAHA KEJAYAAN HANYA MIMPI...
USAHA + DOA + TAWAKAL = INSYA'ALLAH (KEJAYAAN)
Rabu, 3 November 2010
Ambang Aidil Adha 1431 H
Sudah terasa-rasa panggilan Ka'abah...aidilAdha bakal mendatang..bakal jemaah haji sudah berangkat ke Tanah Suci Mekah sebagai tetamu-tetamu Allah.
9 Zulhijjah disunatkan berpuasa..10 Zulhijjah ..berhari raya...disunatkan melakukan ibadah korban bagi mereka yang berkemampuan ..berlanjutan selama 3 hari (11-13 zulhijjah: hari Tasyrik)..hari-hari yang diharamkan berpuasa.
Selamat melaksanakan ibadah korban dan menunaikan ibadah haji..moga-moga memperolehi haji "mabrur"....
Isnin, 25 Oktober 2010
Peperiksaan Akhir Tahun
Sudah terlambat rasanya untuk mengucapkan "selamat berjuang" buat pelajar Tingkatan 4 tetapi masih belum terlewat untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2...."selamat berjuang" buatlah yang terbaik.
Minggu peperiksaan sudah bermula...semua pelajar di seluruh Malaysia...mengalami "demam peperiksaan"..."exam oriented"...
Namun...perjuangan untuk mencapai kecemerlangan perlu diteruskan...walaupun masa depan kita bukan terletak pada sesuatu peperiksaan tetapi...sesungguhnya sesuatu peperiksaan itu sebenarnya dapat menguji tahap kefahaman dan kesediaan kita dalam menempuh lebih banyak lagi "ujian".
Hanya orang yang benar-benar bersedia sahaja yang mampu melepasi sebarang bentuk "ujian" dengan penuh ketenangan.....
Moga "ujian" yang dihadapi akan menjadikan kita insan yang sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang.
Sesungguhnya hidup di dunia ini juga merupakan medan "ujian" bagi kita sebagai hamba Allah SWT.
Selasa, 5 Oktober 2010
PMR bermula hari ini ( 5 Oktober 2010)
PMR..bermula hari ini...jam menunjukkan pukul 7.30 pagi...anak-anak tingkatan 3 dengan diiringi ibubapa...iringan kasih buat anak-anak yang akan menduduki PMR.
Kelihatan MOHD.LABIB...begitu ceria untuk menduduki PMR (pelajar Pendidikan KHAS)..Labib satu-satunya pelajar pendidikan KHAS akan menduduki PMR...moga Labib diberikan ketenangan dan kesabaran semasa menduduki PMR.
TAHNIAH buat ibu dan ayah LABIB kerana dianugerahkan anak seistimewa...LABIB...dan LABIB adalah pelajar yang istimewa bagi kami di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang.
Hari ini anak-anak PMR akan mengambil 2 matapelajaran...moga anak-anak dapat menjawab dengan baik..terutamanya matapelajaran Pendidikan Islam.
Moga PMR ..akan mencorak dan dapat mengorakkan langkah anak-anak kekecemerlangan yang diimpikan selama ini...usaha,doa dan tawakal ...INSYA'ALLAH ...kemanisan dipenghujungnya....
Terus dan tingkatkan usaha...masih berbaki 5 hari lagi untuk anak-anak menghadapi peperiksaan...mudah-mudahan berkat doa dari ibu dan ayah...anak-anak memperolehi kecemerlangan...Amin
Sabtu, 4 September 2010
Khatam al-Quran dan Sumbangan Hari Raya
3 September 2010/24 Ramadhan 1431H...Alhamdulillah..program Khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,pelajar Pendidikan Khas dan anak-anak yang tidak berkemampuan.
Program berlangsung seawal jam 7.40 pagi dengan didahului majlis Khatam Al-Quran...dan seterusnya majlis penyampaian sumbangan anak-anak pelajar. Sumbangan berupa duit hari raya dari guru-guru serta bungkusan (beras,gula dan minyak) sumbangan IKRAM Negeri Johor (JIM).
Seramai 27 orang pelajar telah menerima sumbangan .
Jumaat, 27 Ogos 2010
17 Ramadhan 1431 Hijrah
Nuzul al-Quran ..lebih 1400 tahun lalu...di Gua Hira'. Wahyu pertama buat baginda Nabi Muhammad SAW...mukijizat teragong buat baginda. Tiada yang lebih hebat isi kandungan melainkan al-Quran. Melengkapi segala peraturan hidup....dari sekecil-kecil peraturan hingga kepada perundangan membentuk sebuah negara.
Alhamdulillah...sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa..mudah-mudahan kita terus bersabar menahan segala nafsu amarah kita ...nafsu makan,nafsu mata,nafsu mulut...menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga,tetapi juga menahan diri dan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa ..bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Dalam kita berpuasa ..jangan kita lupa insan-insan yang kurang benasib baik...hulurkan sumbangan ringankan beban..Insya'Allah pada 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah..kita akan mengadakan majlis Khatam al-Quran dan majlis penyampaian sumbangan buat anak-anak dan sahabat yang kurang berkemampuan.
Mudah-mudahan ia akan menceriakan hati anak-anak untuk menyambut hari lebaran..dalam pada kita menyambut hari lebaran ini..buat anak-anak di tingkatan 3 ..jangan lupa..PMR tidak lama akan mengunjungi anak-anak...
Semoga Ramadhan dan Syawal pada tahun ini akan lebih memberikan kita ruang untuk bermuhasabah diri dan mentarbiyah rohani agar kita menjadi insan dan hamba Allah yang lebih bersyukur dengan segalan nikmat kurniaanNya....
Berdoalah kita agar kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin ya-rab-al-amin.
Isnin, 16 Ogos 2010
Kisah lelaki tua dengan 3 anak nya
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja.
Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..
Jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..
" Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja.
Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Moral :
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Semperna bulan ramadan ini, elok la kita renung2 kn cerita ini agar menjadi pedoman hidup
Jangan jadi anak DURHAKA
Sedih dan pilu, terbukti Kaum Melayu menjuarai dalam kederhakaan terhadap orang tua, ibubapa boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu atau bapa, masing-masing bukan berebut untuk menjaga orang tua tetapi berebut untuk meyerahkan ibu tua yang menyusukan mereka semasa kecil kepada adik bungsu ke, abang long ke atau pihak lain, janji bukan di bawah jagaan mereka. Patutkah ini berlaku?
Ramainya Orang Melayu Di Rumah Orang Tua
Bagai satu sindrom berterusan, warga emas di kalangan kaum Melayu merupakan kumpulan yang paling ramai ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara. Untuk rekod, bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2007 hingga Jun tahun ini, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara.
Kaum-kaum lain turut berbuat demikian namun hanya mencatatkan sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama. Menurut Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh, dalam tempoh sebulan, secara purata pihaknya menerima kemasukan 20 orang warga tua pelbagai kaum di rumah penjagaan warga emas kelolaan pihaknya.
Khamis, 29 Julai 2010
Trial PMR,SPM dan Ramadhan
Tiga perkara akan berlangsung dalam bulan yang sama (Ogos) namun bulan Hijrah...2 bulan berganding( Sya'aban dan Ramadhan)...tidak beberapa hari lagi..lebih kurang 2 hari ..pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan percubaan PMR...(2/8/2010-6/8/2010).
Ramadhan (11 Ogos) akan datang menghampiri kita...pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada 2 Ramadhan/12 Ogos - 6 September...semoga kedatangan Ramadhan dan menjalani peperiksaan di bulan Ramadhan akan memberikan lebih ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan.
Ramadhan Datang Lagi.....
Kedatangan Ramadhan memang amat dinanti ...tidak kira siapa pun kita..tua,muda,dewasa,kanak-kanak,miskin dan kaya...semuanya menanti kehadiran Ramadhan dengan penuh...keterujaan..mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberikan lebih banyak keberkatan dalam hidup kita.
Amalan-amalan sunat sepanjang Ramadhan....
i. bersahur - sebaik-baiknya dilambat atau dilewatkan
ii.bertadarus al-Quran
iii.solat terawikh
iv.berbuka puasa- sebaik-baiknya dicepatkan
Biar Ramadhan Menjadi Titik Permulaan "Pengislahan" Diri
Jangan jadikan "saum/puasa" sebagai satu alasan kita sentiasa "keletihan " dan tiada kudrat untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,hamba Allah,ibu,bapa,suami,isteri dan pelajar.
Sesungguhnya "puasa/saum" mendidik diri,rohani dan jiwa kita agar sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan merasai penderitaan orang yang "tidak berupaya" dari segi material dan fizikal.
Puasa juga sebenar-benarnya mendidik "nafsu" kita agar sentiasa sabar,tabah,redha dan tenang dalam menghadapi apa jua cubaan dan dugaan ...dugaan dari sudut fizikal,kehendak dan kemahuan...bila "berpuasa"...semua makanan dan minuman yang dilihat sama ada di alam nyata atau di alam maya...pastinya akan "mengecurkan" dan "meleburkan" keinginan untuk membeli...
Didiklah Nafsu Ke arah Kebaikan dan Kesederhanaan
Maka dengan tuntutan "nafsu" maka apabila waktu berbuka...meja akan dipenuhi dengan juadah yang pelbagai dan beraneka macam....pastinya...jika tidak diagih atau dihulurkan kepada jiran tetangga...sudah pastinya makanan dan juadah akan terbiar kaku di dada waktu...tidak mampu untuk disentuh,dirasa dan dicuit...akhirnya...makanan menjadi santapan "recycle bin"....ah..nampaknya sudah berlaku pembaziran.
Sehubungan dengan itu...marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini dengan penuh "tawaduk' agar Ramadhan kali ini benar-benar dapat mendidik dan mentarbiah nurani,jiwa,rohani,emosi dan nafsu kita daripada sifat-sifat mazmummah...moga Ramadhan kali ini dapat menyemai,menyuntik dan menanam sifat-sifat mahmmudah dan akan melahirkan insan yang berakhlak,bertaqwa,beristiqamah dalam setiap amalan ibadat yang dilakukan.
Jangan jadikan bulan Ramadhan semacam satu musim..."musim bertadarus","musim menutup aurat""musim solat berjema'ah"dan "musim bersedekah"...biarkanlah ia berterusan dan istiqamah adalah perlu dalam melaksanakan ibadah dan suruhan Allah...agar ia benar-benar dapat mendidik dan mentarbiah diri kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa tanpa mengira bulan,masa dan tempat.
Rabu, 21 Julai 2010
Hukum menzalimi diri sendiri
Melakukan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri sama ada mental(kewarasan akal fikiran) dan fizikal (anggota@tubuh badan) adalah amat-amat di larang di dalam Islam .
Jika kita sebagai umat Islam melakukan maka ia sudah jatuh haram dan berdosa besar.Sehingga kita memohon keampunan kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (taubat Nasuha)
Menzalimi atau menyakiti diri sendiri seperti meninggalkan solat fardhu,puasa di bulan Ramadhan,minum arak,berzina,melakar tato,menghisap dadah...semuanya mempunyai azab di dunia dan jika tidak dijatuhkan hukuman secara perundangan Islam..maka hukuman akan di kenakan di akhirat.
Solat fardhu dan puasa suatu kewajipan ..jika ditinggalkan secara sengaja..berdosa....jika tidak bertaubat..maka sesungguhnya kita sendiri telah menempah azab dan siksa apabila berada di alam nan abadi (akhirat)
Minum arak,berzina ,melakar tato dan menghisap dadah...semuanya akan merosakan masa depan..sama ada dari sudut keturunan,akal fikiran dan fizikal.Tanya diri sendiri..ke mana kita selepas ini? Di dunia yang tiada hari pembalasan?
Manusia tidak akan hidup selama-lamanya...setiap kita pasti akan mati...selepas kematian akan dibangkitkan,di hisab dan ditempatkan sama ada syurga atau neraka.
Hidup ini hanya sementara...
Jangan jadikan diri kita seperti "haiwan" yang hanya memiliki otak...tetapi kita adalah manusia...dicipta dengan sebaik-baik kejadian,dikurniakan akal fikiran..untuk berfikir dan membezakan di antara kebaikan dan keburukan.
Jangan butakan "mata" dan "hati" semata-mata menurut hawa nafsu yang dipimpin oleh "tentera-tentera syaitan"..yang hakikatnya hendak menyesatkan umat manusia.
Jadikanlah diri kita "Jundullah:tentera-tentera Allah" yang sentiasa mentaati suruhanNya dan menjauhkan segala laranganNya...
Isnin, 19 Julai 2010
Gerak Gempur PMR .....
Gerak dan gempur..masanya telah tiba untuk para pelajar menguji kekuatan daya ingatan dan minda...
Sudah bersediakah anak-anak tingkatan 3 untuk bertempur dan menggempur segala soalan yang akan dikemukakan sepanjang minggu ini bermula 20/7/2010 hingga 21/7/2010...mudah-mudahan anak-anak sudah bersiap siaga dengan segala peralatan...mental,fizikal dan emosi menghadapi tentera "berkertas" dan bala "berpena".
Sediakan minda anak-anak dengan segala ilmu..ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru diambil dan diaplikasikan dalam peperiksaan sama ada Gerak Gempur,Percubaan dan Peperiksaan PMR sebenar.
Bukan sukar untuk berjaya...usaha + doa + tawakal = kejayaan...namun jika kegagalan menjadi milik kita setelah ketiga perkara itu dilakukan...jangan sesekali berputus asa atau kecewa..kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang Allah berikan kepada kita.
Tiada Allah datangkan ujian kepada hambaNya...melainkan dengan kemampuan hambaNya menghadapi..Allah itu maha Adil,maha Penyayang dan maha Pengasih kepada hamba-hambaNya.
Isnin, 12 Julai 2010
PMR dan SPM....
Tidak lama lagi peperiksaan percubaan PMR dan SPM...akan berlangsung...tidak sampai sebulan...anak-anak didik tingkatan 3 dan 5...akan menghadapi peperiksaan...
Sudahkah kita bersedia menghadapi peperangan ini???Walaupun sekadar latihan sebelum menempuh peperangan sebenar????
Rasa-rasanya macam baru semalam menanda kertas peperiksaan,mengisi markah dan berjumpa ibubapa pada hari Terbuka...pejam celik pejam celik..dah nak "trial exam"...
dan baru rasanya ustazah menghantar markah untuk PAFA,Ujian Tilawah & Hafazan dan laporan Adab Akhlak anak-anak pada s/u PMR dan s/u SPM.....
Terlalu pantas masa berlalu dirasakan....nampaknya kita perlu bersedia dari segi mental,fizikal,emosi,rohani dan jasmani....untuk menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang...
Teguhkan matlamat,mantapkan diri ....untuk menghadapi ujian dan peperiksaan ini....buat anak-anak didik "berusaha,berdoa dan bertawakal"
Buat para guru khasnya...."lapangkan hati dan dada...mendidik anak-anak SMJKT...kerana kita adalah yang "terbaik" antara yang "terbaik"...tanpa kita ...anak-anak didik kita tidak akan menjadi insan seperti hari ini..."
Ikhlaskan hati agar..kita semua menjadi yang terbaik...amin.
Jumaat, 2 Julai 2010
Hari Terbuka dan Hari Ko-kurikulum @ Hari Koperasi
2 minggu...hari persekolan sudah berlangsung...masa memang terasa terlalu pantas...Julai sudah memunculkan kehadirannya...
2 Julai ...Hari Terbuka buat kali ke-8..tahun ini terasa Hari Terbuka agak memberangsangkan..kelihatan ramai ibubapa yang hadir untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Ditugaskan seketika selama 1 jam di kelas Tingkatan 5...ustazah mendengar rintihan ibubapa...alhamdulillah..anak-anak didik SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang bukanlah pelajar yang "nakal @ tidak berdisiplin" tetapi sebenarnya anak-anak adalah anak yang pintar dan cerdik....cuma..."fikir-fikirlah"
Untuk berjaya dan cemerlang...buangkanlah segala sikap negatif atau sifat mazmummah yang ada dalam diri kita...berusaha,berdoa dan solat jangan sesekali kita tinggal.
3 Julai...Hari Ko-kurikulum dan Hari Koperasi...di sini dan di hari ini ...anak-anak akan menjadi "peniaga,peruncit,penjual" dan mungkin juga sebagai seorang yang berbakat dalam "mensumbangkan suara" dalam pertandingan "karaoke lagu Patriotik"
Hari Ko-Kurikulum sebenarnya dapat menengahkan bakat anak-anak...setiap orang memang dilahirkan mempunyai "bakat"...cuma bakat yang dimiliki itu perlu disalurkan ke arah yang positif...
MOga...perjalanan Jualan...di GERAI akan memperolehi keuntungan...dan dapat mendidik anak-anak menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya satu hari nanti. INSYA'ALLLAH.
Selasa, 22 Jun 2010
Kembali Ke Sekolah
Setelah 2 minggu bercuti..lebih kurang 12 hari dapat merehatkan minda dan fizikal...maka bermulalah ...hari-hari untuk melangkahkan kaki ke sekolah.
21/6/2010...hari pertama persekolahan.Alhamdulillah. Cuaca pada hari ini nyaman dan menyejukkan. Perhimpunan pagi...ada perubahan. Para guru akan berada di atas astaka...yang baru siap...dan sempena awal persekolahan ...dapatlah merasmikan....astaka baru.
Jam 1.15 petang taklimat SPI....tepat jam 2.00 "blackout" di bilik mesyuarat. Nampaknya bermesyuarat dalam keadaan "berpanas"..alhamdulillah...taklimat habis awal.
22/6/2010...hari ke dua persekolahan...rupa-rupanya keadaan "black-out" di Blok A...belum berakhir...namun alhamdulillah...keadaan tidak berlaku di Blok B dan C...para pelajar dapat belajar dengan selesa.
Cumanya..para guru terpaksa bergelap dan berpanas sepanjang pagi...kerana hari ini...di awal pagi lagi..cuaca sudah menandakan hari hendak hujan...kelihatan para guru mengeluarkan "sportlight a.k.a lampu picit" dari telefon bimbit...nampaknya untuk kedua kalinya peristiwa "bergelap" telah melanda sekolah tercinta....
Jam 3.00 dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ustazah Aisyah...yang sudah berpindah ke Perak dan ditempatkan di sebuah sekolah...di daerah LUMUT...satu pengalaman yang menyeronokkan yang tidak ditemui di Johor...menaiki "bot laju"untuk ke sekolah...satu pengalaman yang menarik.
Namun..suasana di sana tidak sama dengan di sekolah tercinta SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...walau bagaimanapun tugas sebagai pendidik...mesti diteruskan kerana amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna,berilmu,berakhlak,beriman dan berwawasan...adalah matlamat utama kami sebagai seorang PENDIDIK.
Moga kami pendidik di seluruh Malaysia (khasnya) dan di dunia (amnya)terus mendidik dengan penuh keikhlasan...biarlah apa orang hendak kata...apa yang penting tugas sebagai PENDIDIK mesti dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.
Selamat Meneruskan Perjuangan sebagai Pelajar dan Pendidik.......
Sabtu, 19 Jun 2010
Merokok Boleh Merosakan Akal Dan Fizikal
Semalam...diwartakan seorang pelajar perempuan...perempuan bukan pelajar lelaki sanggup berhabis duit sebanyak RM15,000 atau RM1500.00 sebulan untuk membeli rokok...Rokok sudah menjadi sarapan,makan tengahari,minum petang dan makan malam.
Merokok sehari sekotak...satu kotak paling murah berapa ye harganya...baiklah kita anggarkan satu kotak paling murah RM10...kita buat kira-kira sedikit..
1 hari x 1 kotak =RM10.00
1 minggu = 7 kotak =RM10x7 kotak = RM70.00
RM70.00x 4 minggu = RM280
RM280.00x 48 minggu= RM13,440.00 (setahun)
Ini bermakna sebanyak lebih kurang RM15,00.00 setahun remaja perempuan membelanjakan wang semata-mata untuk merokok...dan demi untuk kelihatan langsing...menurut remaja ini lagi dengan merokok beliau akan hilang selera makan...mulut akan terasa pahit....
Masya'Allah.
Lihat jika kita tidak menggunakan akal untuk berfikir..alangkah baiknya jika duit yang sebanyak RM15,000.00 ini dilaburkan untuk masa depan dan untuk kemajuan pendidikan...RM15,000.00 satu angka yang cukup besar...jika dicongak boleh dilakukan untuk dana pendidikan....namun jika mata hati,akal telah lama mati dan dimatikan...
Keseronokan hanya sementara....deritanya akan berpanjangan..gunakanlah akal dan keimanan untuk menangani gejala rosak dan membarah ini...jika sekadar amaran di kotak rokok dan gambar yang menakutkan..sesungguhnya ia tidak akan memberikan sebarang bekas pun kepada perokok tegar ini....
Apa yang harus kita lakukan untuk menangani masalah ini...hendak salahkan siapa???
Ubahlah cara hidup kita dari menjadi pengikut setia YAHUDI kepada pengikut ajaran ISLAM yang menjadikan ISLAM sebagai cara hidup yang lengkap dan SYUMUL...tiada agama yang indah kecuali ISLAM...mengajar kita cara hidup yang terlalu indah dan bersederhana...masuklah kita dalam ajaran Islam dengan mengamalkannya dalam kehidupan kita...
Kenapa mesti berbangga dengan budaya-budaya barat dan ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam....apa sebenarnya yang kita cari??? Tanyalah keimanan kita...jangan sampai ALLAH cabut segala rasa malu dan maruah dari dalam diri kita...bila ALLAH sudah cabut dan tarik nikmat IMAN,ISLAM,ILMU dan AKHLAK kita...maka di kala itu kita adalah sehina-hina kejadian dan ciptaanNya..waima lebih hina dari binatang ternakan..kerana segala kurniaan ALLAH..seperti mata,telinga,hati dan akal tidak kita salur dan landaskan ke jalan kebenaran....
Kembalilah ke pangkal jalan..mudah-mudahan masih ada lagi sinar keimanan,ketaqwaan dan hidayah Allah...yang menanti kita....sebelum matahari terbit dari arah barat....
Rabu, 9 Jun 2010
Salam Percutian.....
Salam...sudah hampir dua minggu...rasa-rasanya tidak menulis di blog...panitia...Disibukkan dan tersibuk barangkali dengan urusan duniawi,ukhrawi dan kerjaya yang menimbun...hari ini alhamdulillah..ustazah dapat meluangkan sedikit masa..untuk mencatatkan sesuatu...
Hari ini sudah hari ke 6 kita bercuti...dan rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti dan berPTK untuk sahabat guru yang akan menduduki Peperiksaan PTK hari ini.Moga PTK ini akan menjadi yang terbaik dan kecemerlangan menjadi milik para sahabat.
Buat anak-anak didik jadikanlah cuti pada kali ini,cuti yang paling bermakna dalam hidup anak-anak.Jadikan cuti kali ini..dengan aktiviti yang berfaedah...jangan habiskan masa dengan perkara-perkara lagha...bagi yang akan menduduki PMR dan SPM..jangan lupa ulangkaji...kerana PMR dan SPM akan menjelang tidak lama lagi...jadikan peperiksaan ini sebagai satu landasan kepada kita untuk mencapai kejayaan yang diharapkan...
Moga percutian kali ini juga akan membuka minda,pintu hati kita untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang cemerlang di dunia dan di akhirat.....
Ahad, 30 Mei 2010
Ku kira panas sampai tengahari rupa-rupanya....
Setelah 3 hari bercuti hujung minggu...bermula 28/5/2010...kerana hari WESAK...hari ini warga sekolah melangkahkan kaki ke sekolah...para pelajar akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...
Sesampai di sekolah se awal jam 7.05 pagi...mendaki ke pejabat di tingkat 4..untuk "punch card"...ops..letrik ...ke bilik guru..memetik suis lampu dan kipas..malangnya tidak berfungsi...rupa-rupanya bekalan letrik tidak berfungsi.
Disangka hanya satu blok sahaja yang mengalami ketiadaan letrik...rupa-rupanya satu sekolah...diagak-agak hanya hari ini sahaja...rupa-rupanya memakan masa tiga hari.
Nampaknya warga sekolah kena bersiap sedia dengan kipas buatan tangan...bersabar ye..walau terpaksa menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang tidak selesa...mudah-mudahan litar terbakar akan dapat diatasi secepat mungkin.
Isnin, 24 Mei 2010
TAHNIAH MELAYU KERANA MENDUDUKI TEMPAT TERATAS DALAM KES ANAK LUAR NIKAH
بسم الله الرحمن الرحيم
74,723 anak luar nikah melayu didaftar hingga 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu dengan 74,723 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).
“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.
“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.
“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.
Sumber : Berita Harian 21/03/2010
Puluhan Ribu Anak Luar Nikah Dilahirkan???
Apa dah jadi? Dalam kesibukan para pemimpin Malaysia cuba mempertingkatkan ekonomi negara, bilangan anak luar nikah yang lahir dari rahim- ahim ibu umat Islam juga semakin meningkat. Dari statistik terkini ini, jumlah anak luar nikah yang dilahirkan oleh individu berbangsa Melayu/Islam sejak lima tahun lepas adalah 74,723 orang dengan 17,303 orang direkodkan pada tahun 2009. Mengapa jumlah anak- anak luar nikah ini semakin meningkat saban tahun? Apakah kita inginkan peningkatan peratusan ekonomi semata-mata, tapi dalam masa yang sama akhlak umat Islam semakin runtuh- seruntuhnya? Nauzubillahi min zalik.
Statistik yang dinyatakan merupakan jumlah yang direkodkan sahaja, tidak mustahil jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. Hakikatnya ini adalah merupakan natijah akibat dari sistem yang mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan berlandaskan sistem pergaulan Islam. Sistem dan gaya hidup Barat yang diamalkan, yang membolehkan lelaki dan wanita bergaul bebas merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan negara sekular seperti Malaysia. Ini diparahkan lagi dengan budaya hedonisme yang semakin bercambah dalam masyarakat dengan media massa sebagai pemangkin utamanya.
Islam telah menggariskan aturan yang khusus dalam mengatur hubungan lelaki dan perempuan. Peraturan yang diturunkan oleh Allah ini bukanlah aturan yang akan menidakkan naluri melestarikan keturuanan (gharizatul nau’) yang telah Allah letakkan pada diri setiap manusia, tetapi ia merupakan peraturan khusus yang mengatur naluri tersebut agar berjalan sesuai dengan tuntutan Islam.
Islam telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah hubungan yang telah diikat dengan ikatan pernikahan. Dengan ikatan inilah, pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya, dari mereka akan lahirlah zuriat umat manusia. Melalui ikatan ini, maka banyak hukum- hukum Islam yang berkaitan dengannya seperti nasab, pewarisan (faraid), nafkah, dan lain- lainnya diterapkan. Bukan setakat itu sahaja, sekiranya berlaku perzinaan, maka Islam telah menetapkan agar pelakunya dihukum (sebagai pengajaran) rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat sebanyak 100 kali (bagi pasangan yang belum berkahwin).
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." [TMQ An-Nur (24 : 2)]
Inilah hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku zina sekiranya mereka melakukan perbuatan tersebut. Dengan adanya sistem pergaulan lelaki dan perempuan dan uqubat ke atas pelaku zina, insyaAllah, statistik yang amat menyedihkan ini tidak akan kita dengar lagi. Semoga dengan itu, rahmat Allah akan memayungi segenap penjuru alam.
-- jebbat.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم
74,723 anak luar nikah melayu didaftar hingga 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu dengan 74,723 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).
“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.
“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.
“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.
Sumber : Berita Harian 21/03/2010
Puluhan Ribu Anak Luar Nikah Dilahirkan???
Apa dah jadi? Dalam kesibukan para pemimpin Malaysia cuba mempertingkatkan ekonomi negara, bilangan anak luar nikah yang lahir dari rahim- ahim ibu umat Islam juga semakin meningkat. Dari statistik terkini ini, jumlah anak luar nikah yang dilahirkan oleh individu berbangsa Melayu/Islam sejak lima tahun lepas adalah 74,723 orang dengan 17,303 orang direkodkan pada tahun 2009. Mengapa jumlah anak- anak luar nikah ini semakin meningkat saban tahun? Apakah kita inginkan peningkatan peratusan ekonomi semata-mata, tapi dalam masa yang sama akhlak umat Islam semakin runtuh- seruntuhnya? Nauzubillahi min zalik.
Statistik yang dinyatakan merupakan jumlah yang direkodkan sahaja, tidak mustahil jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. Hakikatnya ini adalah merupakan natijah akibat dari sistem yang mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan berlandaskan sistem pergaulan Islam. Sistem dan gaya hidup Barat yang diamalkan, yang membolehkan lelaki dan wanita bergaul bebas merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan negara sekular seperti Malaysia. Ini diparahkan lagi dengan budaya hedonisme yang semakin bercambah dalam masyarakat dengan media massa sebagai pemangkin utamanya.
Islam telah menggariskan aturan yang khusus dalam mengatur hubungan lelaki dan perempuan. Peraturan yang diturunkan oleh Allah ini bukanlah aturan yang akan menidakkan naluri melestarikan keturuanan (gharizatul nau’) yang telah Allah letakkan pada diri setiap manusia, tetapi ia merupakan peraturan khusus yang mengatur naluri tersebut agar berjalan sesuai dengan tuntutan Islam.
Islam telah menetapkan bahawa hubungan kelamin yang sah di sisi syarak adalah hubungan yang telah diikat dengan ikatan pernikahan. Dengan ikatan inilah, pasangan itu telah sah menjadi suami isteri dan seterusnya, dari mereka akan lahirlah zuriat umat manusia. Melalui ikatan ini, maka banyak hukum- hukum Islam yang berkaitan dengannya seperti nasab, pewarisan (faraid), nafkah, dan lain- lainnya diterapkan. Bukan setakat itu sahaja, sekiranya berlaku perzinaan, maka Islam telah menetapkan agar pelakunya dihukum (sebagai pengajaran) rejam (bagi pasangan yang sudah berkahwin) ataupun sebat sebanyak 100 kali (bagi pasangan yang belum berkahwin).
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." [TMQ An-Nur (24 : 2)]
Inilah hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku zina sekiranya mereka melakukan perbuatan tersebut. Dengan adanya sistem pergaulan lelaki dan perempuan dan uqubat ke atas pelaku zina, insyaAllah, statistik yang amat menyedihkan ini tidak akan kita dengar lagi. Semoga dengan itu, rahmat Allah akan memayungi segenap penjuru alam.
-- jebbat.blogspot.com
Ahad, 23 Mei 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun buat anak-anak...Nasyeha dan Fateh khususnya dan anak-anak SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang amnya...Moga peperiksaan kali ini akan menjadikan kita pelajar yang benar-benar bersedia untuk menempuh peperangan...bersedia dengan alatan...menduduki peperiksaan dengan penuh persediaan agar kita tidak kecewa ..jika tidak berjaya dengan keputusan yang cemerlang...apa yang penting "USAHA,DOA dan TAWAKAL" adalah senjata umat Islam untuk mengharungi perjuangan...waima peperiksaan ....menentukan sama ada kita benar-benar bersedia untuk menjawab segala soalan yang akan dikemukakan.
Jangan menyerah kalah sebelum berjuang..mereka yang menyerah kalah sebelum berjuang...adalah golongan yang pengecut....belum diuji,belum mencuba sudah menyerah...usaha tangga kejayaan..tanpa usaha,doa dan tawakal...kita adalah hamba Allah yang lupa dan lalai dengan segala tanggungjawab kita kepadaNya...jesteru itu...berusahalah..kerana USAHA tangga KEJAYAAN...
man jadda wa jadda...siapa yang berusaha dia akan mendapat...jadilah yang terbaik...dan jangan sesekali lupa..."YAKINLAH DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"
Jangan lupa solat...cukupkan solat lima waktu sehari semalam...penuhi malam dengan solat tahajud dan solat hajat...kerana ia adalah senjata sulit..umat Islam yang tidak dimiliki oleh orang bukan Islam...Insya'Allah jika kita mengharap kepada Allah ...Allah akan memberikannya kepada kita...cuma cepat dan lambat sahaja...Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang cemerlang hidup di dunia dan akhirat..dan sentiasa memperolehi keberkatan hidup...amin..ya..rab-al-amin.
Ahad, 16 Mei 2010
TERIMA KASIH CIKGU
Ucapan keramat setiap kali berakhir proses P&P (pengajaran dan pembelajaran)...Cikgu kalimah keramat juga..walau di mana kita berada...kita akan dipanggil CIKGU...oleh anak-anak didik,bekas anak didik,ibubapa anak didik...waima nenda anak didik juga akan memanggil guru...CIKGU...
Betapa mulianya CIKGU...namun kemuliaan itu perlukah dalam kehidupan seorang yang bernama GURU@CIKGU...kemuliaan itu hanya milik Allah SWT...tetapi seseorang itu dimuliakan kerana akhlak,peribadi,jasa dan sumbangannya sebagai seorang GURU@CIKGU...memang diiktiraf oleh ALLAH SWT.
Tidak semua orang@manusia@insan yang mampu menjadi seorang GURU...siapa itu GURU???? Pendidik,Penyelia,Pengawal,Doktor,Peguam,Hakim,Kerani,Akauntan...semua itu guru mampu lakukan dalam tempoh 7 jam sehari...pendidik...mendidik anak-anak dengan menyampaikan ilmu,penyelia...menyelia keadaan pelajar di dalam kelas sama ada bersedia atau tidak untuk memulakan pembelajaran.
Pengawal...mengawal situasi dan suasana kelas sama ada kondusif,tenang untuk memulakan pembelajaran dan pengajaran...Doktor...bertanya pelajar yang sakit (datang ke sekolah...menyediakan ubat jika perlu...minyak angin waima panadol.
Peguam...menjadi peguambela atau pendakwaraya apabila berlaku kekacauan atau kekecohan di dalam kelas...Hakim...menimbal keputusan yang adil setelah perbicaraan di adakan...(terutamanya masalah disiplin...ponteng kelas,ponteng sekolah,)
Kerani...mengambil kehadiran (kedatangan pelajar setiap hari),menulis nama pelajar di dalam buku kedatangan,menaip surat ponteng sekolah dan menyediakan laporan aktiviti persatuan,laporan tahunan persatuan.
Akauntan..memungut yuran,merekod pungutan,menulis resit...menulis invois...menyiapkan nota minta...dan bermacam-macam lagi tugas GURU...namun GURU...pernahkan kami menafikan tugas dan amanah ini..???
Mudah-mudahan ...segala amanah dan tanggungjawab ini...akan menjadi titik permulaan untuk kami melaksanakan amanah ini dengan penuh keikhlasan....amin
Isnin, 10 Mei 2010
Asal Usul Hari Ibu
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei
AZAN BERKUMANDANG 24 JAM SEHARI
بسم الله الرحمن الرحيم
Azan berkumandang 24jam sehari...
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.
Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)
Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.
Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).
Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
FENOMENA AZAN
Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.
Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu
Jumaat, 7 Mei 2010
Bila Manusia Tidak Menggunakan Akal....
Akal adalah anugerah terindah,teristimewa buat hambaNya yang bernama manusia. Anugerah Allah SWT kepada manusia...yang tidak ternilai,maha berharga,terlalu mahal untuk dijualbeli,namun kurniaan Allah SWT ini tidak di hargai oleh manusia.
Akal dianugerah untuk manusia berfikir,berfikir sebelum bertindak.Namun di akhir-akhir zaman ini...manusia hanya bertindak menurut hawa nafsu tanpa berlandaskan keimanan dan pemikiran yang waras dan rasional.
Nyawa manusia dicabut tanpa usul periksa,menabur pasir di periuk nasi orang....semuanya dilakukan kerana hawa nafsu telah melampaui pemikiran akal.Nafsu telah menguasai akal,iman di ketepikan. Malang sekali...manusia ini. Mereka telah menjadi kuda tunggangan hawa nafsu yang hanya bertuhankan kepada syaitan.
Bisikan-bisikan hawa nafsu dan syaitan telah meneroka alam minda dan akal mereka ,oleh kerana itu...HARAM hukumnya di dalam Islam apabila umatnya...melakukan sesuatu yang boleh merosakan kewarasan dan ketajaman akal fikiran.Hanya akal dapat membezakan manusia dengan haiwan. Malangnya..perbuatan manusia di akhir zaman ini lebih merbahaya dari haiwan yang tidak dikurniakan akal.
Kemana perginya keimanan,mana letaknya pemikiran yang waras dan rasional...anak-anak yang tidak berdosa...malah belum diadili ...didera,diseksa waima di bunuh...adakah keadilan ditegakkan dengan keganasan,kezaliman dan pembunuhan?????
Kucing yang tidak berakal tetapi berotak dan bernafsu ini pun sayangkan anak...namun manusia,berotak,berakal dan bernafsu...sanggup membuang,membakar dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa..adakah pemikiran mereka sudah jauh menyimpang dan sudah jauh merundum kehinaaannya berbanding dengan haiwan.
Alangkah malangnya manusia akhir zaman ini...umat Muhammad bangkit dan sedarlah...akal itu wajib dijaga..agar segala tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas...kemampuan manusia...hanya Allah yang berhak mencabut nyawa hambaNya...bukan manusia...fikir-fikirkanlah.
Jumaat, 30 April 2010
ASAL USUL DAJJAL
بسم الله الرحمن الرحيم
Asal-Usul Dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
بسم الله الرحمن الرحيم
Asal-Usul Dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Khamis, 29 April 2010
KISAH PEMUDA MALAS SOLAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.
Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.
Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“ Emm.. insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.
Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.
Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.
Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.
Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”
“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”
“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan”
“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.
Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.
Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.
“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.
Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.
Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.
PALESTIN ITU JAUH DARI KITA
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
--SIDDIQAH-
Langgan:
Catatan (Atom)