Selasa, 11 Disember 2012

1434 Hijrah....2013 Masihi...

 Muharam 1434H...hampir ke penghujung...Safar bakal menjelma..betapa cepatnya masa berlalu.

Disember 2012 hampir ke hujung usia...

Ya!Allah...masa itu benar-benar telah meninggalkan kami jauh...masa yang begitu berharga...seolah-olah dicemburui oleh kami...malangnya masa tidak boleh di putar semula...dan tidak boleh dikembalikan...

Masa..akan terus berlalu meninggalkan kita.....

Sesi persekolahan 2013 akan bermula..bersediakah kita?..

Selamat Menyambut Tahun Baru (sama ada Hijrah @ Masihi)...terus dan tekadkan keazaman yang jitu dalam diri setiap hari untuk menjadi tentera dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.  In sha Allah.

Rabu, 17 Oktober 2012

PMR...berakhir...SPM menjelang

Sudah dua purnama @ bulan..tidak diizinkan untuk mencatatkan sesuatu...masa terlalu pantas meninggalkan kita...

Benarlah masa itu ibarat pedang...serasa seperti baru semalam sesi persekolahan 2012 bermula...namun rupa-rupa sudah penghujung bulan Oktober..bermakna dua bulan lagi akan datang 2013...

Jika menurut kalender hijrah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..tidak sampai sebulan untuk kita menyambut 1434 Hijrah...sekarang pun kita sudah berada di bulan Zulhijjah...bulan bermujahadah dari segi harta,mental dan emosi...

Bulan haji...menunaikan ibadah haji dan ibadah korban bagi yang mampu...

Seusai..PMR pun telah berakhir..kini anak-anak tingkatan 3...menjalani aktivit selepas PMR..moga akan memberi manfaat kepada kita semua...

SPM..hanya berbaki 10 hari saja ..lagi...teruskan usaha dan tingkatkan amalan ....agar Allah SWT permudahkan kita...serta memberikan ketenangan kepada kita semasa menjawab soalan nanti...

Senjata terakhir untuk dibawa bertempur dan berjuang ialah ilmu, doa kepada Allah serta doa restu dari ibubapa dan para guru...moga kekhilafan yang dilakukan dimaafkan...sama-sama kita berdoa agar semuanya berjalan lancar...dan diberi ketenangan serta kemudahan semasa menjawab.


Rabu, 8 Ogos 2012

Isnin, 23 Julai 2012

Kedatangan Ramadan....

Ramadan telah berlalu 3 hari...3 Ramadan sudah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Hidupkan Ramadan dengan amal ibadah. Jauhi perkara lagha. Jadikan Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Penuhi masa-masa terluang dengan membaca al-Quran,bertadarus bersama sahabat handai,kaum keluarga. Jadikan ia amalan yang berpanjangan sepanjang hayat kita.

Penuhi ruang-ruang masa kita dengan beribadah,bermuzakarah,bertazkirah,bersedekah...dan jangan lupa berterawih...juga jangan jadikan ia ibadah bermusim. Teruskan dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah sunat.

Jika di bulan Ramadan kita rajin bertahajud dan solat hajat,apa salahnya kita teruskan agar ia menjadi rutin kehidupan seharian kita.

Tidak akan menjadi rugi dan papa jika menjadikan ibadah-ibadah ini sebagai rutin kita. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat.Amin wa Insha'allah.

Dalam menjamu selera ketika berbuka ..jangan jadikan bulan ibadah penuh barakah ini menjadi bulan "menikmati" juadah yang pelbagai aneka..hinggakan kekadang kita lupa jiran-jiran kita yang kelaparan serba kekurangan.

Sesungguhnya..Ramadan bulan bermujahadah dan bulan muhasabah diri..agar kita menjadi hamba Allah yang mensyukuri di atas segala nikmat kurniaanNya.

Mudah-mudahan kita terus menjadi hamba Allah yang bersyukur dan tidak tamak di atas segala nikmat kurniaanNya.

Selasa, 3 Julai 2012

Sya'aban..Ramadhan

Sya'aban hampir ke Ramadhan...puasa ganti jangan dilengah-lengahkan.

Hampir sepurnama tidak menukilkan  sesuatu di laman blog. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum benar-benar menghambat masa.

Dalam pada kita sibuk menjalani aktiviti sebagai pelajar dan pendidik..jangan kita lupa amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

Terlalu banyak rasanya..amanah dan tuntutanNya kita belum mampu laksanakan. Namun kita perlu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Dalam kita mengejar kemenangan dalam permainan dan sukan...jangan kita lupa untuk menjadi pemenang..dalam acara menggantikan puasa...jangan sampai kita alpa daripada membayar hutang Allah yang wajib ..ye..sama ada puasa atau pun solat kita.

Tuntutan yang wajib kita laksanakan di samping tuntutan menuntut ilmu....jadilah hamba Allah yang berilmu..dan sentiasa menjadi insan yang berfikir.

Sempurnkanlah tuntutan Allah SWT..mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat

Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Selamat hari Guru buat semua warga pendidik walau dimana jua berada...laksanakan amanah dengan penuh keikhlasan..seperti ikhlas seorang ibu dan ayah mendidik anak-anaknya.

Guru..murabbi..mualim..adalah penerang dari suatu kesuraman kepada cahaya.
Ilmu yang diberi memberikan manfaat dalam diri kita.

Guru..murabbi..mualim ..pertama adalah ibu dan ayah...jasa kedua-duanya tidak mampu kita balas hingga ke hujung nyawa kita.

Selamat Hari Guru...

Isnin, 23 April 2012

Berakhir APRIL ...Fasa 2 bermula...

April 2012 telah sampai ke garis penamat...Mei 2012 bakal menjenguk ...pantasnya masa itu berlalu. Tidak terkejar rasanya mengajar masa yang terlalu pantas meninggalkan kita.

Menjelang Mei...maka ujian dan peperiksaan 1/2 tahun akan bermula.  Terasa seperti baru semalam...menjejaki awal tahun 2012. Benarlah firman Allah SWT " Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman , beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan  dan berpesan-pesan ke arah kesabaran"

Demi Masa! sepatutnya kita mencemburui masa..jika kita tidak merancang perjalanan masa ..maka kita akan menjadi insan yang gagal dalam merancang suatu kebaikan.

Untuk menjadi umat Islam yang berjaya...hayati,fahami dan praktikkanlah arahan,perintah dan suruhan Allah SWT dalam surah al-Mukminun : (1-11) bermaksud;
" Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu apabila mereka:

  a. khusyuk dalam solat
  b. menjauhi perkara sia-sia
  c. mengeluarkan zakat
  d. menjaga kemaluan ( tidak melakukan zina)
  e. menjaga amanah dan janji
  f.  memelihara solat
  Bagi mereka disediakan (mewarisi) Syurga Firdaus dan mereka kekal   
  selama-lama di dalamnya

Inilah janji Allah yang pasti bagi umat Islam yang "Mukmin"... Syurga Firdaus bagi hambaNya. 

Tiada jalan "keseronokan" untuk menuju Firdausi Allah SWT..cuma lakukan apa yang telah Allah perintahkan kepada kita dan jauhi segala larangan Allah.

Mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatan Illahi. amin


Isnin, 26 Mac 2012

Larangan Mempersendakan Agama

Surah al-An'am : 70: Bermaksud "Dan jauhkanlah diri kamu daripada orang-orang yan menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke dalam azab neraka dengan sebab apa yang telah mereka usahakan (lakukan : perbuatan buruk dan keji). Tidak ada pelindung dan tidak juga di beri syafaat yang lain dari Allah.  Dan jika ia hendak menebus diri (taubat) tidak akan diterima lagi. Mereka itu akan disediakan minuman dari air panas yang menggelegak,dan ditimpa azab seksa di akhirat kerana mereka adalah golongan yang kufur"...

Telah diperingatkan oleh Allah SWT dalam ayat ini golongan yan mempersendakan agama akan di timpa azab yang amat pedih dengan disediakan air panas yang menggelegak sebagai santapan setiap hari...

Siapakah mereka yang dianggap mempersendakan agama ???

Tindakan atau perbuatan seperti apa yang dianggap mempersendakan agama?

Golongan yang mempersendakan agama ..boleh dikategorikan kepada:
i. golongan Musyrik: golongan yang mempersekutukan Allah SWT
ii.golongan Munafik : golongan yang pura-pura Islam
iii. golongan Murtad: golongan yang keluar dari Islam
iv. golongan Asi : golongan @ orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkari@menolak rukun Islam dan rukun Iman.

Manakala tindakan atau perbuatan yang dianggap mempersendakan agama ialah :
i.  memperkecilkan tuntutan agama : seperti mempermainkan hukum menutup aurat...berpakaian tetapi telanjang.

ii. melanggar hukum syarak : seperti tidak menunaikan solat fardhu dan tidak mengeluarkan zakat bagi yang mampu.

iii. berasa angkuh @ bangga apabila mengingkari perintah Allah : seperti bangga melakukan zina,berjudi,minum arak dan merompak.

iv. menyanjung perbuatan maksiat : seperti menggalakkan sahabat,ahli keluarga melakukan maksiat

v. menghina golongan yang bertaqwa

vi. menganggap al-Quran sama seperti buku-buku ilmiah yang lain.

Sehubungan dengan itu,janganlah kita tergolongan dalam golongan yang mempersendakan agama...kerana azab Allah itu pasti dan amat pedih.

Berusahalah menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat dengan menurut segala perintah Allah dan mejauhi segala larangan Allah SWT....

Jumaat, 23 Mac 2012

Demi Masa...

Tazkirah Jumaat..hari ini yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusoh..benar-benar telah membuka ruang untuk kita berfikir ke mana arah dan haluan kita selepas ini.

Demi Masa..manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan..surah al-Asr (1-5)

Benar dan pasti janji Allah SWT..manusia akan diuji dengan perasaan takut,lapar serta kehilangan...dan ujian itu di datangkan dalam bentuk musibah dan kemewahan.

Ujian-ujian ini akan menguji kekuatan dan kemantapan iman kita terhadap Illahi.

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT..namun kita sebagai hambaNya...perlu merealisasikan segala suruhan Allah dalam kehidupan kita..buatlah segala apa yang disuruh...dan tinggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Hanya dengan 2 formula ini...dan apabila kita melaksanakan dalam kehidupan kita..pasti dan Insha'allah ...Allah SWT akan memberikan ruang "hidayah" @ "nur " dalam kehidupan kita.

Tika kita mengikuti segala tuntutan ini..maka di tika itulah kita akan merasakan betapa nikmatnya memeperolehi hidayah Allah...sesungguhnya Allah itu maha penyayang,maha pengampun,maha mendengar..hanya pada Allah tempat kita panjatkan segala keduka-laraan kita...

Ingatlah walau di mana jua kita berada...walau dalam apa jua keadaan kita..sedih,gembira,duka..kerana Allah ..maha mengetahui perjalanan hidup kita,qada' dan qadar kita.

Buat anak-anak ku...peliharalah maruah dan keimanan kita daripada dicemari unsur-unsur "jahat"...lemparkanlah sedaya upaya nafsu jahat keluar dari hidup kita...

Buat anak-anak perempuanku..."juallah mahal" harga diri dan maruah kita...peliharalah maruah dan aurat kita daripada nafsu-nafsu jahat...moga kita bisa menjadi insan yang solehah dan mendapat perlindungan Allah dunia dan akhirat.

Buat anak-anak lelakiku..janganlah diinjak-injak maruah dan hargai diri kamu...jangan terlalu "murah'...menjual maruah..hingga menjadi insan yang dipandang hina.

Kembalikanlah maruah diri...dan tingkatkanlah keimanan kita agar kita menjadi umat Islam yang bertamadun,bermaruah dan berakhlak mulia....

PASTIKAN MASA KITA TIDAK DICEMARI DENGAN PERKARA LAGHA@SIA-SIA SERTA PERKARA MAKSIAT...

Jumaat, 10 Februari 2012

LATIHAN ADAB & AKHLAK TING.3


TAJUK : ADAB MELAYAN TETAMU
1.      Berikan maksud tetamu :
…………………………………………………………………..

………………………………………………………………….

2.      Senaraikan adab-adab sebagai tetamu

i.                  ……………………………………………………………

ii.                 …………………………………………………………….

iii.                …………………………………………………………….

3.      Nyatakan adab kita ketika bersama tetamu

i.                  …………………………………………………………..

ii.                 …………………………………………………………..

iii.                …………………………………………………………..

4.      Tuliskan adab kita dalam melayan tetamu

i.                  ………………………………………………………..

ii.                 ……………………………………………………….

iii.                ……………………………………………………….

5.      Jelaskan kesan jika tidak beradab ketika melayan tetamu

i.                  ………………………………………………..

ii.                 ………………………………………………..

iii.                       ……………………………………………….

TAJUK : ADAB MELAYAN TETAMU
1.      Tetamu ialah orang yang ……………….. atau berkunjung ke rumah kita sama ada …………………….. atau tidak dijemput.

2.      Sebagai tetamu kita mestilah:
i.                  Memberi ………………..kepada tuan rumah

ii.                 …………………dengan tuan rumah

iii.                Duduk apabila ……………

3.      Adab kita sebagai tuan rumah@ ketika melayan tetamu:
i.                  Menunjukkan muka yang ……………..

ii.                 Memberikan …………………yang baik

iii.                Menyediakan …………….. dan minuman mengikut………………..


4.      Adab ketika bersama tetamu;
i.                  Menjaga …………………….dan tingkahlaku

ii.                 Berpakaian kemas,bersih dan menutup…………………

iii.                Tidak ………………….tetamu


5.      Kesan jika tidak beradab kepada tetamu:

i.                  Menimbulkan………………….dan pertelingkahan

ii.                 Memutuskan hubungan……………………………

iii.                Di benci dan di pandang ……………….oleh masyarakat

Selasa, 3 Januari 2012

KEMBALI KE SEKOLAH

Ahlan wa-Sahlan...sesi persekolahan 2012 bermula hari ini ...4 Januari.

Sesi persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Moga kita terus berkeyakinan untuk menuntut dan mencurahkan ilmu.

Jadilah yang terbaik buat diri kita...tingkatkan kualiti...hiasi diri dengan akhlak nan mulia.
Moga kita terus cemerlang dunia dan akhirat . Amin