Isnin, 23 April 2012

Berakhir APRIL ...Fasa 2 bermula...

April 2012 telah sampai ke garis penamat...Mei 2012 bakal menjenguk ...pantasnya masa itu berlalu. Tidak terkejar rasanya mengajar masa yang terlalu pantas meninggalkan kita.

Menjelang Mei...maka ujian dan peperiksaan 1/2 tahun akan bermula.  Terasa seperti baru semalam...menjejaki awal tahun 2012. Benarlah firman Allah SWT " Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman , beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan  dan berpesan-pesan ke arah kesabaran"

Demi Masa! sepatutnya kita mencemburui masa..jika kita tidak merancang perjalanan masa ..maka kita akan menjadi insan yang gagal dalam merancang suatu kebaikan.

Untuk menjadi umat Islam yang berjaya...hayati,fahami dan praktikkanlah arahan,perintah dan suruhan Allah SWT dalam surah al-Mukminun : (1-11) bermaksud;
" Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu apabila mereka:

  a. khusyuk dalam solat
  b. menjauhi perkara sia-sia
  c. mengeluarkan zakat
  d. menjaga kemaluan ( tidak melakukan zina)
  e. menjaga amanah dan janji
  f.  memelihara solat
  Bagi mereka disediakan (mewarisi) Syurga Firdaus dan mereka kekal   
  selama-lama di dalamnya

Inilah janji Allah yang pasti bagi umat Islam yang "Mukmin"... Syurga Firdaus bagi hambaNya. 

Tiada jalan "keseronokan" untuk menuju Firdausi Allah SWT..cuma lakukan apa yang telah Allah perintahkan kepada kita dan jauhi segala larangan Allah.

Mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatan Illahi. amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan