Selasa, 24 Mac 2009

TAHNIAH ! KECEMERLANGAN SPM 2009

Sekalung Tahniah kepada warga pendidik SMJKT di atas kecemerlangan keputusan SPM 2008. Peningkatan peratusan sebanyak 82.14% telah meletakkan SMJKT sebaris dengan sekolah-sekolah di daerah KLUANG. Pengorbanan warga pendidik tiada tandingannya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberikan ganjarannya.

Ilya Iffah binti Bahari telah muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2008 dengan memperolehi 6A. Semoga kejayaan yang diperolehi akan menjadi nadi pengerak serta semangat kepada pelajar SMJKT.

Moga SMJKT terus cemerlang,gemilang dan terbilang. Usaha tanpa doa sia-sia. Teruskan perjuangan menuju kemuncak kecemerlangan.

Isnin, 16 Mac 2009

Sayu Melihat Rumah Pelajar Terbaik SPM 2008





Pengkalan Cepa :Tahniah kepada pelajar ini. Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah keperluan asas kepada sesebuah keluarga, sebuah rumah.Bukannya bapa beliau orang pendatang yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika beliau ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu, untuk membeli buku dan komputer. Mungkin beliau akan bernasib baik sebab Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi bagi pelajar-pelajar lain yang juga susah dan dapat keputusan yang baik, bagaimana pula nasib mereka?

Ada sedikit percangggahan maklumat berita TV3 yang menukar nama sekolah tempat beliau belajar kepada SMK Naim Lil Banat sedangkan nama sebenar sekolah belau ialah Ma’ahad Muhammadi Perempuan yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Allah SWT maha mengetahui.

Gambar rumah dari Akhbar Utusan Malaysia, ruang tamu yang menjadi tempat belajar dan keluarga yang ceria Nik Nor Madihah Binti Nik Muhamad Kamal.

Ahad, 15 Mac 2009

Pelajar Cemerlang SPM 20A Anak Seorang Nelayan




Gambar Nik Nor Madihah Binti Nik Muhamad Kamal menerima ucapan tahniah dari berbagai pihak.

Pelajar Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan, mendapat keputusan 20A iaitu 19A1 dan 1A2 di dalam peperiksaan SPM 2008. Tahniah buat Adik Nik Nor Madihah 18, yang semestinya membanggakan keluarga dan sekolah.

Sejuk perut ibu yang mengandungkan beliau lebih-lebih lagi beliau bukan datang dari keluarga yang senang kerana bapa beliau hanyalah bekerja sebagai seorang nelayan pantai kecil-kecilan.

Moga kejayaan beliau menjadi contoh kepada semua pelajar yang bukan sahaja sopan menutup aurat dan berakhlak mulia malah berjaya mencatat sejarah sebagai pelajar cemerlang dan namanya terjulang menjadi sebutan dan pujaan.

Selasa, 10 Mac 2009

visi dan misi



VISI
SMK Jalan Kota Tinggi beriltizam menjadi sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum. sahsiah dan pengurusan menjelang tahun 2010

MISI
Membentuk satu budaya kerja cemerlang dan mengamalkan standard pengurusan terbaik menerusi perspektif kurikulum , kokurikulum, disiplin, budaya kerja, keceriaan dan keselamatan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Sejarah Sekolah



SMK Jalan Kota Tinggi mula beroperasi pada tanggal 6 Januari 2003. Ia terletak di Km 3 Jalan Kluang ke Kota Tinggi. Di sebelah utaranya merupakan gugusan Gunung Lambak yang terdiri daripada kawasan Hutan Simpang Rengam. Di barat dan timur merupakan kawasan berbukit-bukau dan beralun yang dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan di selatan telah mula dibangunkan sebagai kawasan hospital Kluang yang baru.

Pada tahun 2003, seramai 296 pelajar telah menjadi kumpulan pertama yang menuntut di sekolah ini ialah En. Mohd. Zamri bin. Sabran yang mula bertugas pada 16 Jun 2003. Sebelum tarikh tersebut, En. Abdul Rahman Mohd. Nor (kini Tuan Haji) yang merupakan penolong kanan pertama sekolah telah memangku jawatan pengetua sekolah ini. Seramai 20 orang guru dan 3 orang kakitangan pula telah terpilih sebagai guru dan kakitangan peneroka sekolah ini. Kumpulan ini juga telah dibantu oleh 7 orang pekerja swasta yang banyak membantu keceriaan sekolah.

Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan merangkumi 15 hektar termasuk 5 hektar yang belum dimajukan. Terdapat 3 blok bangunan utama iaitu blok A, blok B dan blok C. Blok A menempatkan bilik-bilik operasi utama termasuklah pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan bilik kelas di tingkat 3. Blok B pula terdiri daripada bilik-bilik makmal,bilik EteMs, Pusat Kegiatan Guru, Dewan dan bilik kelas di tingkat 2 dan 3. Blok C merupakan bilik-bilik kemahiran hidup, bilik ERT, Pusat Sumber, bilik komputer dan bilik kelas yang terdapat di tingkat 1 dan 2.

Mulai 1 November 2005, Puan Hajah Marmining Binti Ahmad telah dilantik menjadi pengetua SMK Jalan Kota Tinggi bagi menggantikan En. Mohd Zamri bin Sabran yang berpindah ke SMK Dato’Onn, Batu Bahat. Mulai tahun 2006, jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini meningkat kepada 40 orang. Ini sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar yang mencapai hampir 700 orang. SMK Jalan Kota Tinggi walaupun baru menjangkau ke tahun ke-4 telah juga menunjukkan potensi dalam bidang kokurikulum seperti dalam arena silat, permainan Tenpin Bowling dan softball.
Kini, SMK Jalan Kota Tinggi telah diterajui oleh pengetua yang baru iaitu Pn. Hj. Fatimah Binti Yusuf mulai 1 Januari 2007.

Walau bagaimana pun masih banyak yang perlu diusahakan untuk meningkat didalam aspek kurikulum dan perkembangan disiplin pelajar. Sejajar dengan perubahan visi yang lebih jelas ke arah menjadi sekolah harapan Negara, banyak usaha sedang dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan agar pelajar yang dilahirkan menjadi warganegara Malaysia yang berguna dan aset kepada Negara.

Ahad, 8 Mac 2009

Pesan Nabi Kita



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.
Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Jumaat, 6 Mac 2009

Program Terkini


i. Program Rakan Muda Masjid di Masjid T6 pada 8 Mac 2009 bermula 8.00 pagi - 2.00 tengahari.Seramai 10 orang pelajar lelaki akan mengikuti program ini.Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berketerampilan,berakhlak mulia dan berpengetahuan.

ii. 7-8 Mac Perkhemahan Mini Bersepadu Unit Beruniform (unit yang terlibat adalah KRS,KPA dan PPI)di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang

iii. Penyerahan Watikah Penyelaras Dakwah Sekolah (MAKDIS)peringkat negeri Johor anjuran Sektor Pendidikan Islam ,Bahagian Dakwah,Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan diadakan di Dewan TUNKU IBRAHIM pada 10 Mac 2009.

iv. Kursus Profesinalisme Guru pada 14 Mac 2009. Selamat Berkursus

v. Peperiksaan PTK - DG44 pada 17 Mac 2009 & DG41 pada 19 Mac 2009. Semoga sahabat guru dapat memperolehi kecemerlangan di dalam peperiksaan kali ini.

Antara lobak,telur dan kopi,Kita yang mana?


ANTARA LOBAK,TELUR DAN KOPI.KITA YANG MANA?

”Seseorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya . Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan . Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru”.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangnya di atas api. Setelah air dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama , telur ke dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir (ketiga)

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit , si ayah mematikan api.Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk,mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya. ”Apa yang kau lihat,nak?” Lobak,telur dan kopi” jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dengan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.Ayahnya meminta mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya,dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu anaknya bertanya.” Apa erti semua ini,ayah?” Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama. Direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan tindakbalas yang berbeza.

Lobak sebelum di rebus kuat,keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus ,lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang cair. Tetapi setelah direbus ,isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air,serbuk kopi mengubah warna dan rasa air. ”Kamu termasuk golongan mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya?””Apakah kamu seperti lobak,telur atau kopi?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita? Apakah kita lobak yang kelihatan keras tetapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan ,kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut dengan jiwa yang dinamis tetapi setelah adanya kematian,perpisahan atau apa sahaja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku. Hati kita menjadi mati.

Dari luar kelihatan sama,tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas,kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi ,ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak ,kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadi lebih sedap dan enak untuk diminum. Antara lobak,telur dan kopi ,kita yang mana?

Sekadar renungan .Fikir-fikirkanlah.
Panitiapendidikanislam.smjkt.03/09

Rabu, 4 Mac 2009

Hakikat Kehidupan Muslim Disebalik Permainan


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, sebutlah kapur dan jika saya angkat pemadam ini, sebutlah pemadam!"

Kapur
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, sebutlah pemadam dan jika saya angkat pemadam, sebutlah kapur!" Diulangi beberapa kali, pada mulanya tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun setelah beberapa ketika, mereka jadi biasa dan tidak kekok lagi.

Senyum
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pada mulanya mungkin sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara yang menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti daripada membalik dan menukar nilai dan etika."

zina
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik, permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang kamu berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat dan lain-lain.

gulung
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya... musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak kita secara terang-terang... kerana tentu kita akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi musuh-musuh Islam akan menggulung kita perlahan-lahan dari pinggir, sehingga kita tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, barulah rumah dihancurkan..."

perang pemikiran
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya dalam Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain, tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, kita selaku umatnya tidak akan sedar dan akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan sedar dan bangkit menentang."

berdoa
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini dan marilah kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pelbagai persoalan bermain di benak masing-masing...

Selasa, 3 Mac 2009

Seloka Aurat Untuk Semua



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Lawatilah
http://lutfimj2006.blogspot.com/
"

Maulid Nabi

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Diet Rasullulah

  • Jangan makan susu bersama daging
  • Jangan makan daging bersama ikan
  • Jangan makan ikan bersama susu
  • Jangan makan ayam bersama susu
  • Jangan makan ikan bersama telur
  • Jangan makan ikan bersama daun salad
  • Jangan makan susu bersama cuka
  • Jangan makan buah bersama susu: Contoh koktel

Cara makan Rasullulah

Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.

(Mohon Ustazah carikan sumber hadis berkenaan diet dan makan Rasulullah)admin