Bulan 3 ,Kalender Hijrah walaupun baru 13 hari kiraan Masihi.
Betapa cepat pun masa berlalu...3 bulan telah berlalu..hanya tinggal lebihkurang 6 bulan lagi kita akan menyambut Ramadan.
RabiulAwal...bulan kelahiran Junjungan Besar kita..kekasih Allah SWT @Nabi Muhammad SAW.
Bulan di mana-mana pelusuk negara,negeri,kampung,desa waima sekolah akan berlumba-lumba mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul.
Apa ertinya saban tahun kita meraikan kelahiran baginda...namun di suatu sudut yang lain kita mengabaikan segala ajaran yang dibawa oleh baginda...kita memperlecehkan sunnah baginda.
Ruginya kita sebagai umatnya memandang ringan segala apa yang disampaikan oleh baginda...Baginda adalah semulia-mulia dan sebaik-baik idola dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.
Jangan mati kerana mempertahankan adat...tetapi matilah kerana menegakkan syari'at Islam di atas muka bumi ini.
Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap@syumul...semua aspek kehidupan terkandung di dalam ajaran Islam...bersyukurlah kita dilahirkan sebagai umat Islam...kerana terlalu banyak nikmat yang tidak termampu kita hitung.
Di kala orang lain mencari sinar hidayah dan cahay keimanan...kita sudah dikurniakan nikmat ini sejak kita dilahirkan...tidak perlu menerima cemuhan dan cacian....namun malangnya kadang-kadang kita gagal mempertahankan keimanan dan keislaman kita.
Jangan sampai kita gagal menjadi umat Islam yang beriman....dan sentiasalah memanjatkan doa agar kita terus berada di jalan keimanan sehingga ke akhir hayat kita....amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan