Jumaat, 12 April 2013

April 2013 & JamadilAkhir 1434H

Januari.. Febuari...Mac sudah berlalu...kini kita berada di bulan April dan Jamadil Akhir...salah satu tanda akhir zaman..masa berlalu terlalu pantas.

Begitu cepat ia berlalu...pejam celik,pejam celik..Ramadan hanya tinggal lebih kurang 80 hari lagi...rasanya masih berbaki puasa Ramadan tahun lepas (1433H)...perlu diqada dan diganti segera..bimbang jika tidak diqada akan bertambah bilangan ganti puasa dan fidyahnya.

Jika tidak berkesempatan mengqada' puasa tanpa sebarang keuzuran...alangkah berdosanya kita. Melengahkan sesuatu yang wajib dan hak Allah..amatlah dimurkaiNya..(tazkirah buat diri sendiri)

Moga kita terus istiqamah dalam melaksanakan segala perintah dan suruhanNya...serta sentiasa berada dijalanNya...mudah-mudahan juga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi dan golongan yang menzalimi diri sendiri...

Sabtu, 12 Januari 2013

1 RabiulAwal 1434H@13 Januari 2013

Bulan 3 ,Kalender Hijrah walaupun baru 13 hari kiraan Masihi.

Betapa cepat pun masa berlalu...3 bulan telah berlalu..hanya tinggal lebihkurang 6 bulan lagi kita akan menyambut Ramadan.

RabiulAwal...bulan kelahiran Junjungan Besar kita..kekasih Allah SWT @Nabi Muhammad SAW.
Bulan di mana-mana pelusuk negara,negeri,kampung,desa waima sekolah akan berlumba-lumba mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul.

Apa ertinya saban tahun kita meraikan kelahiran baginda...namun di suatu sudut yang lain kita mengabaikan segala ajaran yang dibawa oleh baginda...kita memperlecehkan sunnah baginda.

Ruginya kita sebagai umatnya memandang ringan segala apa yang disampaikan oleh baginda...Baginda adalah semulia-mulia dan sebaik-baik idola dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.

Jangan mati kerana mempertahankan adat...tetapi matilah kerana menegakkan syari'at Islam di atas muka bumi ini.

Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap@syumul...semua aspek kehidupan terkandung di dalam ajaran Islam...bersyukurlah kita dilahirkan sebagai umat Islam...kerana terlalu banyak nikmat yang tidak termampu kita hitung.

Di kala orang lain mencari sinar hidayah dan cahay keimanan...kita sudah dikurniakan nikmat ini sejak kita dilahirkan...tidak perlu menerima cemuhan dan cacian....namun malangnya kadang-kadang kita gagal mempertahankan keimanan dan keislaman kita.

Jangan sampai kita gagal menjadi umat Islam yang beriman....dan sentiasalah  memanjatkan doa agar kita terus berada di jalan keimanan sehingga ke akhir hayat kita....amin.