Menjelang Mei...maka ujian dan peperiksaan 1/2 tahun akan bermula. Terasa seperti baru semalam...menjejaki awal tahun 2012. Benarlah firman Allah SWT " Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman , beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berpesan-pesan ke arah kesabaran"
Demi Masa! sepatutnya kita mencemburui masa..jika kita tidak merancang perjalanan masa ..maka kita akan menjadi insan yang gagal dalam merancang suatu kebaikan.
Untuk menjadi umat Islam yang berjaya...hayati,fahami dan praktikkanlah arahan,perintah dan suruhan Allah SWT dalam surah al-Mukminun : (1-11) bermaksud;
" Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu apabila mereka:
a. khusyuk dalam solat
b. menjauhi perkara sia-sia
c. mengeluarkan zakat
d. menjaga kemaluan ( tidak melakukan zina)
e. menjaga amanah dan janji
f. memelihara solat
Bagi mereka disediakan (mewarisi) Syurga Firdaus dan mereka kekal
selama-lama di dalamnya
Inilah janji Allah yang pasti bagi umat Islam yang "Mukmin"... Syurga Firdaus bagi hambaNya.
Mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatan Illahi. amin