Telah diperingatkan oleh Allah SWT dalam ayat ini golongan yan mempersendakan agama akan di timpa azab yang amat pedih dengan disediakan air panas yang menggelegak sebagai santapan setiap hari...
Siapakah mereka yang dianggap mempersendakan agama ???
Tindakan atau perbuatan seperti apa yang dianggap mempersendakan agama?
Golongan yang mempersendakan agama ..boleh dikategorikan kepada:
i. golongan Musyrik: golongan yang mempersekutukan Allah SWTii.golongan Munafik : golongan yang pura-pura Islam
iii. golongan Murtad: golongan yang keluar dari Islam
iv. golongan Asi : golongan @ orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkari@menolak rukun Islam dan rukun Iman.
Manakala tindakan atau perbuatan yang dianggap mempersendakan agama ialah :
i. memperkecilkan tuntutan agama : seperti mempermainkan hukum menutup aurat...berpakaian tetapi telanjang.ii. melanggar hukum syarak : seperti tidak menunaikan solat fardhu dan tidak mengeluarkan zakat bagi yang mampu.
iii. berasa angkuh @ bangga apabila mengingkari perintah Allah : seperti bangga melakukan zina,berjudi,minum arak dan merompak.
iv. menyanjung perbuatan maksiat : seperti menggalakkan sahabat,ahli keluarga melakukan maksiat
v. menghina golongan yang bertaqwa
vi. menganggap al-Quran sama seperti buku-buku ilmiah yang lain.
Sehubungan dengan itu,janganlah kita tergolongan dalam golongan yang mempersendakan agama...kerana azab Allah itu pasti dan amat pedih.
Berusahalah menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat dengan menurut segala perintah Allah dan mejauhi segala larangan Allah SWT....