Selasa, 25 Oktober 2011

SPM..2011

Hanya tinggal beberapa hari SPM 2011 akan menjadi teman setia pelajar tingkatan 5.

SPM...adakah ia menjadi penentu kepada masa depan pelajar?
SPM...adakah ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya?
SPM..adakah ia sekadar sijil untuk melayakkan kita menjadi penunggu setia tawaran pekerjaan?
SPM...oh SPM...

Siapa pun kita..pastinya SPM merupakan satu "istilah" satu "fenomena" yang amat memerlukan kita sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan bersedia.

Siapa pun kita..pastinya keputusan SPM...akan memberikan impak yang amat besar kepada...pelajar@ibubapa@ guru@ sekolah@PPD@ Jabatan Pelajaran@Kementerian Pelajaran...

Berkuasa sungguh SPM ini...namun sebagai hamba Allah yang kerdil..tiada yang mustahil bagiNya(Allah)...untuk meletakkan diri kita di mana?

Usaha,doa dan tawakal adalah kunci kepada kecemerlangan...hanya usaha dan doa kepada Allah SWT yang mampu mengubah...masa depan kita...

Tidak semua manusia itu sama dari sudut kecerdasan...namun siapa tahu...anak yang kurang cemerlang...akan cemerlang dalam hidup...dan anak yang cemerlang..belum tentu akan berjaya dalam mengharungi kehidupan di"luar" sana...

Segala-galanya bergantung kepada ke"bergantungan" kita kepada Allah..dan keyakinan kita kepada ketentuan qada' dan qadar Allah.

Jesteru ..jangan jadikan kelemahan dan kekurangan yang kita miliki menjadi "batu penghalang" kepada kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...tiada siapa yang dapat mengubah diri kita..kecuali "diri kita sendiri"...

Maka berusahalah...sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar dan sentiasa meminta perkara kebaikan...

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat...amin

Selasa, 4 Oktober 2011

PMR 2011 ...Bermula...


PMR 2011...sudah menjelmakan dirinya..hari ini 4 Oktober 2011..bermulalah "demam peperiksaan" di seluruh Malaysia.

Selamat menduduki peperiksaan PMR..moga mendapat ketenangan dan keyakinan dalam menjawab segala soalan yang diberi.

4 Oktober - 11 Oktober 2011..bukanlah satu masa yang lama (5 hari) berbanding 3 tahun kita menuntut ilmu.

5 hari yang kita ada perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jangan biarkan 5 hari ini berlalu begitu sahaja...tanpa ada kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi "soalan-soalan" .

Segala ilmu yang diperolehi...wajarlah diluahkan di dada "kertas" dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT.

Moga segala usaha,doa dan tawakal mendapat "ganjaran" yang baik...

Buat pelajar-pelajar...hadapilah peperiksaan PMR dengan penuh ketenangan.

Moga kalian memperolehi kejayaan yang "terbaik" buat diri kalian.
Amin.