Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Ahad, 30 Januari 2011
Banjir Melanda Kluang.....
Masuk hari ke empat..hujan turun tanpa henti...membasahi bumi...dan telah menenggelam beberapa kawasan rendah di daerah Kluang
Buat warga Kluang yang menghadapi banjir...bersabarlah dengan ujian dan musibah yang dilalui...pastinya ada hikmah...agar kita sentiasa bersedia dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Illahi.
Tahun Baru China dalam suasana hujan...sejuk...dan banjir...moga kita terus tabah dan sabar.
Rabu, 26 Januari 2011
JUST A NOTE -deafening silent: SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI
JUST A NOTE -deafening silent: SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI: "SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI Latarbelakang Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak..."
Selasa, 18 Januari 2011
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Bila Bersukan....
AL-FATH ( KEMENANGAN HAQ): Bila Bersukan....: "Bermulanya hari ini...18/1/2011 dan esok hari 19/1/2011...sukantara antara rumah sukan ...rancak berjalan. Namun...dalam ke'ghairah'an ..."
Kelab Greenboc: Satu Gereja Memeluk Islam
Kelab Greenboc: Satu Gereja Memeluk Islam: "Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Al..."
Isnin, 17 Januari 2011
Caca Marba: SEJARAH PENGHARAMAN ARAK
Caca Marba: SEJARAH PENGHARAMAN ARAK: "Assalamulaikum .para pelajar sekalian , pada kali ini kita akan membincangkan berkenaan hadis hukum ,tajuk yg ust. pilih pada kali ini iala..."
Khamis, 13 Januari 2011
Hanya 17 minit.....
Solat fardhu 5 waktu...wajib ditunaikan oleh umat Islam...lelaki dan perempuan...yang sudah akil baligh dan waras.
Jadi...solatlah kita sebelum kita disolatkan...
Hanya sekadar 17 minit sehari semalam ...bagi kita untuk menunaikan solat...berbanding 24 jam waktu bagi kita...
Hanya 17 minit...sahaja..itu pun setelah dicampur dengan lima waktu...tak banyak....5 sahaja.
Subuh..2 raka'at...sekadar = 2 minit
Zohor..4 raka'at...sekadar = 4 minit
Asar....4 raka'at...sekadar = 4 minit
Maghrib...3 raka'at..sekadar = 3 minit
Isyak..4 raka'at..sekadar = 4 minit
Sekadar 17 minit waktu dan masa yang diperuntukkan untuk kita..solat..itu pun kita masih lalai dan lupa untuk menunaikannya.
Hanya solat sahaja penghubung antara kita dengan Allah yang Esa...Allah yang wajib disembah.
Bukan sampai 10 jam masa kita diperuntukkan untuk solat...hanya 17 minit...
Tidak sampai 1% masa kita dihabiskan untuk beribadat pada yang Esa...maha Agong dan maha Kuasa.
Jika 10 jam kita sanggup mengisi masa kita dengan...motor,menonton televisyen,melayari internet,menghubungi "mak we" @ "pak we".
Mengapa kita tak sanggup luangkan masa kita sekadar 17 minit untuk beribadat dan memohon keampunan dariNya....Pencipta yang maha besar.
Jika "agama" tertegak kerana "solat" ...dan diri kita "terpelihara" dari segala kemungkaran melalui "solat" yang "khusyuk" ..
Pastinya akan lahir generasi Islam yang cemerlang dan terbilang dari sudut akhlak,sahsiah dan pendidikan....
Bayangkanlah sebuah rumah..tanpa tiang,dinding,tembok dan atap...adakah ia dipanggil..."rumah"?
Seorang insan@manusia..tanpa ke dua tangan dan ke dua kaki...adakah ia sempurna?
Begitulah..gambaran kita ...tiada keindahan dan kesempurnaan..jika "tanpa solat" ...
"Solat" sekadar sebutan...bukan pelaksanaan.... Solatlah pembanding beza antara kita dengan orang bukan Islam....
Maka fikir-fikirkanlah... "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku..semata-mata hanya kerana Allah SWT"
Hanya 17 minit...bukanlah suatu jangka masa yang lama....
Rabu, 12 Januari 2011
Kelab Greenboc: Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad...
Kelab Greenboc: Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad...: "Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknolo..."
Ahad, 9 Januari 2011
Kesesakan Di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang
Memulakan sesi persekolahan yang sudah memasuki minggu ke-2....
Memulakan langkah-langkah ke sekolah dengan "nawaitu" hendak mencari dan mencurahkan ilmu...
Memulakan hari-hari persekolahan dengan penuh kegusaran....
Setiap hari...keadaan jalan masuk ke sekolah sudah menjadi sesak...
Sesak dengan pembinaan jalanraya...baru... seiring dengan pembinaan "hospital" yang hampir siap.....
Sesak dengan kenderaan yang bertali arus...
Semakin hari semakin sesak...laluan ke sekolah...
Keadaan ini sering menimbulkan kerisauan di hati...hati-hati menjadi walang dengan kesesakan...
Namun..perjuangan untuk menuntut dan mencurahkan ilmu...mesti diteruskan...
Semoga kesesakan ini dapat diatasi dengan secepat mungkin....
Selasa, 4 Januari 2011
Kembali Menatap Wajah Guru....
Hari ke-2 ...sudah kita bersekolah..menimba dan mencari ilmu...
Hari pertama.....sekolah kelihatan "kelam kelibut" jugalah...dengan kehadiran pelajar baru yang hendak mendaftar...
Guru mula mengorak langkah menuju ke kelas....untuk mencurahkan segala ilmu...di dada.
Mudah-mudahan tahun ini...para pelajar dapat menimba dan mencari ilmu dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.
Kejayaan tidak akan datang bergolek waima melayang..tetapi ilmu perlu dicari dan diterokai.
Tanpa ilmu...siapalah kita?
Jesteru..tingkatkanlah semangat juang dalam mencari ilmu...agar ilmu mendapat keberkatan.
Langgan:
Catatan (Atom)