Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Jumaat, 27 Ogos 2010
17 Ramadhan 1431 Hijrah
Nuzul al-Quran ..lebih 1400 tahun lalu...di Gua Hira'. Wahyu pertama buat baginda Nabi Muhammad SAW...mukijizat teragong buat baginda. Tiada yang lebih hebat isi kandungan melainkan al-Quran. Melengkapi segala peraturan hidup....dari sekecil-kecil peraturan hingga kepada perundangan membentuk sebuah negara.
Alhamdulillah...sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa..mudah-mudahan kita terus bersabar menahan segala nafsu amarah kita ...nafsu makan,nafsu mata,nafsu mulut...menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga,tetapi juga menahan diri dan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa ..bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Dalam kita berpuasa ..jangan kita lupa insan-insan yang kurang benasib baik...hulurkan sumbangan ringankan beban..Insya'Allah pada 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah..kita akan mengadakan majlis Khatam al-Quran dan majlis penyampaian sumbangan buat anak-anak dan sahabat yang kurang berkemampuan.
Mudah-mudahan ia akan menceriakan hati anak-anak untuk menyambut hari lebaran..dalam pada kita menyambut hari lebaran ini..buat anak-anak di tingkatan 3 ..jangan lupa..PMR tidak lama akan mengunjungi anak-anak...
Semoga Ramadhan dan Syawal pada tahun ini akan lebih memberikan kita ruang untuk bermuhasabah diri dan mentarbiyah rohani agar kita menjadi insan dan hamba Allah yang lebih bersyukur dengan segalan nikmat kurniaanNya....
Berdoalah kita agar kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin ya-rab-al-amin.
Isnin, 16 Ogos 2010
Kisah lelaki tua dengan 3 anak nya
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja.
Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..
Jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..
" Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja.
Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Moral :
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Semperna bulan ramadan ini, elok la kita renung2 kn cerita ini agar menjadi pedoman hidup
Jangan jadi anak DURHAKA
Sedih dan pilu, terbukti Kaum Melayu menjuarai dalam kederhakaan terhadap orang tua, ibubapa boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu atau bapa, masing-masing bukan berebut untuk menjaga orang tua tetapi berebut untuk meyerahkan ibu tua yang menyusukan mereka semasa kecil kepada adik bungsu ke, abang long ke atau pihak lain, janji bukan di bawah jagaan mereka. Patutkah ini berlaku?
Ramainya Orang Melayu Di Rumah Orang Tua
Bagai satu sindrom berterusan, warga emas di kalangan kaum Melayu merupakan kumpulan yang paling ramai ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara. Untuk rekod, bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2007 hingga Jun tahun ini, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara.
Kaum-kaum lain turut berbuat demikian namun hanya mencatatkan sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama. Menurut Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh, dalam tempoh sebulan, secara purata pihaknya menerima kemasukan 20 orang warga tua pelbagai kaum di rumah penjagaan warga emas kelolaan pihaknya.
Langgan:
Catatan (Atom)