Tidak sampai 14 hari..sesi 2012 (persekolahan) akan bermula.
1 Januari 2012...melangkah kita ke tahun baru...dan bulan Hijrah telah masuk ke bulan ke 3...azam tahun baru???
Setiap tahun kita cuba melakar azam baru...sudah tertunaikah yang lepas? Apa-apa pun azam kita ..jangan sampai kita meninggalkan yang hak (benar)...
Perlukah kita menyimpan azam setiap tahun..tetapi mampukah kita melaksanakan azam tersebut?
Tanpa perlu kita berazam sesuatu yang mustahil...berazamlah dengan sesuatu yang bersifat realiti...yang mampu kita capai..cuma tanamkan azam...kita hendak menjadi yang "terbaik" untuk diri kita.
Terbaik sebagai 'umat Islam'..walau setinggi mana pun kita berada...solat lima waktu jangan sekali kita lupa dan tinggalkan..kerana itulah yang sepatutnya menjadi azam kita saban tahun.
Hanya dengan solat...kita mampu menjadi insan "terbaik" dan "termulia" di sisi Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus tampil menjadi "umat yang terbaik" dari sudut duniawi dan ukhrawi (dunia dan akhirat)....
Sekolah yang cantik di Kaki Pergunungan Gunung Lambak, Kluang...Jemput Ziarah... SMK JALAN KOTA TINGGI KM3 JALAN KOTA TINGGI 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Ahad, 25 Disember 2011
PMR 2011
PMR 2011..telah diumumkan pada 22 Disember...tepat jam 10.00 pagi pelajar tingkatan 3 telah mengambil keputusan masing-masing. Tahniah kepada yang cemerlang..dan bagi yang kurang cemerlang jangan berputus asa dan kecewa kerana "perjalanan perjuangan" masih panjang lagi di hadapan.
Peningkatan % keseluruhan...Alhamdulillah...namun berlaku penurunan yang amat ketara bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu 94.18% (2010) kepada hanya 90% (2011)...penurunan peratus dan GP yang terlalu banyak.
Kecewa rasa di hati..namun perlu muhasabah diri bagi meningkatkan kualiti pada tahun hadapan 2012...mungkin penurunan ini merupakan titik tolak agar tidak terlalu merasa "senang" di zon selesa...
Teruskan perjuangan dan tingkatkan kualiti dalam P&P...moga para pelajar mendapat yang terbaik dari sudut akademik dan peribadi (sahsiah terpuji)..amin

Langgan:
Catatan (Atom)