
Setelah hampir 2 bulan (walaupun kurang 2 minggu)...bercuti,merehatkan minda ....melapangkan emosi....tup-tup...sekolah dah nak dibuka.Segala keperluan,kelengkapan...untuk menjejakkan kaki ke sekolah..telah mula disediakan.
Serasa sekejap benar bercuti...namun hakikatnya masih banyak lagi ...perkara yang belum dapat dibereskan.
Selamat kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru....
Mencanai pengalaman menjadi sesuatu yang amat berharga apabila memulakan pembelajaran...menuntut ilmu adalah kewajipan...Gempur dan bersiap-sedialah...menghadapi segala-galanya....

Keputusan PMR dah pun diketahui...pelajar yang cemerlang pastinya.."happy"..gumbira dan berbunga-bunga hatinya....Pelajar yang kurang "cemerlang"..jangan putus asa...dan kecewa ya..masih ada ruang ...untuk mencapai kecemerlangan...Keputusan Pendidikan Islam PMR tahun ini agak tergelincir dari landasan...hanya memperolehi 94.61% berbanding 95.88%(2009)..
.
tetapi bilangan pelajar yang lulus dengan cemerlang,baik dan memuaskan meningkat ( 158 orang) berbanding (93 orang -2009).Peningkatan bilangan pelajar yang lulus sudah cukup memberikan kegembiraan kepada kami.
Mudah-mudahan para pelajar terus mencapai kejayaan yang cemerlang...dalam hidup.
Keputusan PMR sudah diketahui tika dan saat ini...namun ustazah belum mengetahui keputusan keseluruhan....
Al-maklumlah sedang sibuk dengan kerja-kerja "sambilan" sempena cuti sekolah.
Apa pun semoga semua pelajar SMKJKT memperolehi keputusan yang diharap-harapkan.
Buat pelajar yang berjaya dengan cemerlang ...TAHNIAH dan teruskan kecemerlangan . Bagi pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang diharapkan ...JANGAN BERPUTUS ASA dan JANGAN KECEWA kerana masa masih panjang lagi untuk para pelajar meneruskan perjuangan dan mencapai kecemerlangan.
Sekali lagi...moga kita semua memperolehi kecemerlangan hidup "DI DUNIA dan DI AKHIRAT" ...amin
Sudah masuk minggu ke-2..cuti sekolah...dan sudah 2 minggu juga...para pelajar SPM...telah menduduki peperiksaan...sungguh cepat masa berlalu...Masa terlalu pantas ..meninggalkan kita...andai kita tak mengejar...maka kita akan kesuntukan masa....masa ibarat pedang..
Hati-hati ..jika kita tidak menjaga masa..maka kita akan rugi... Penuhilah masa cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah...jangan biarkan masa berlalu begitu saja..tanpa ada sebarang perancangan untuk mengisi masa lapang....
Sebulan...bukanlah satu jangka masa yang lama....jika hari-hari cuti kita isi dengan perkara yang berfaedah...ulangkaji,belajar masak,layari internet (cari maklumat berfaedah)...mengaji...berkebun,riadah....Bercuti mengkaji khazanah Illahi...
Pastinya kita akan temui sesuatu yang amat bermakna sepanjang percutian ini....
Penuhilah masa cuti kita dengan segala aktiviti yang bermanfaat...agar kita tidak merasa rugi sepanjang cuti persekolahan ini......