Khamis, 30 Jun 2011

HARI TERBUKA...HARI KO-KU...LARIAN 1MALAYSIA


Semuanya akan bermula esok 1 Julai...hari terbuka...2 Julai hari ko-kurikulum dan larian 1Malaysia.. Padat sungguh jadual warga Jalan Kota Tinggi,Kluang.

Semuanya terarah untuk melunaskan kerja-kerja yang tertunda...

Apa-apa pun yang penting; moga kita terus bersedia dengan segala..tugasan dan amanah yang diberi...

Ikhlaskanlah hati kita dalam menerima segala amanah dan tanggungjawab.


Pasti hari esok...1 Julai ...penuh dengan tugasan yang mencabar...dan disusuli dengan 2 Julai nanti...


Perkarangan sekolah ..sudah ada pentas...khemah juga akan dan telah didirikan... Nampaknya kita kena "memarkir" kereta jauh dari kesibukan dan kegawatan ...ini

Mudah-mudahan kita terus berjiwa kental dan bersemangat waja ....untuk mempersiapkan diri..melaksanakan segala persiapan...

Minggu hadapan...5,6,7 dan 8 Julai...semakin sibuk dengan acara akhir sukan dan sukan tahunan....nampaknya bulan Julai penuh dengan aktiviti...

Bulan 8...puasa bulan Ramadhan...percubaan PMR...sesungguhnya masa berlalu terlalu pantas..hinggakan kita kadang-kadang terkadung untuk mengejar masa...

Apa pun..moga Allah SWT terus memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan segala amanah ini.

Khamis, 23 Jun 2011

Malang Tidak B erbau...



Hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan...Seorang pendidik dan warga Jalan Kota telah menemui kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kursus di Segamat.

Encik Yuszairi bin Yusof telah menemui kecekalan awal pagi tadi ,setelah motorsikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori pasir .

Kejadian berlaku di hadapan PUSPAKOM,Sri Lalang. Beliau mengalami kecederaan yang agak parah. Kini beliau telah di bawa ke Hospital Tun Aminah, Johor Bahru.

Marilah sama-sama mendoakan agar beliau selamat. Al-Fatihah.amin.

Isnin, 20 Jun 2011

Caca Marba: Kisah Benar Solat Berjemaah

Caca Marba: Kisah Benar Solat Berjemaah: "Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal itu didasarkan pada f..."

Sabtu, 11 Jun 2011

Kembali Ke SEKOLAH


Cuti 2 minggu udah sampai ke hujung...13 Jun...sehari lagi.

Bayangan dan mimpi sekolah sudah kembali mewarnai diari hidup seorang guru@pendidik waima pelajar...

Suasana dan situasi baru....Pengetua baru..bilakah akan menemani kami...?
Persaraan Puan Pengetua...pada 10 Jun lalu...

Kini...kibaran panji perjuangan akan kembali menemani kami....meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran...

Bagi pelajar SPM dan PMR...tiada lagi gendang hiburan@lagha...tetapi gendang dan panji peperangan akan mula berkumandang....

Bersiap siagalah dengan segala senjata..untuk menembusi tembok dan kubu lawan....

Masa tidak akan menunggu kita..tetapi kitalah yang akan menghadapi dan mengejar masa....untuk menentukan kemenangan @ kecundangnya kita di medan juang...PMR @ SPM.

Teruskan perjuangan untuk menuju kecemerlangan!