Sabtu, 27 Februari 2010

Jagalah Aurat Dan Maruah Diri


MUSLIMAH TAK GUNA

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kawan-kawan aku pun ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… - taman2syurga

Khamis, 25 Februari 2010

Coretan Sehari Di Sekolah 25/2/2010


Bermula awal pagi,jam 6.50 ke sekolah dengan dihantar suami.Seusai ke laman sekolah,anak-anak didik mula berkumpul di tapak perhimpunan. Kegigihan anak-anak ke sekolah awal pagi merupakan satu kewajipan yang wajar diberikan pujian kerana mereka mampu membuka langkah menuju ke sekolah untuk menimba ilmu.

Suasaan pagi hari masih kelihatan agak gelap. Kelas bermula tepat jam 7.30 pagi.Kelas 5 Sastera 1...kelihatan hanya anak-anak perempuan yang ramai berbanding anak-anak lelaki...oh!ramai yang terlibat dengan "Program Sayangi Daku"..Alhamdulillah mudah-mudahan anak didikku mendapat hidayah dari Allah SWT menjadi anak dan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Melangkah kaki keluar selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran.Ke kantin mengisi perut yang sudah "keroncong".Alhamdulillah. Selepas rehat,melangkahkan kaki ke kelas 3D meneruskan perjuangan mendidik anak-anak,tanpa di sangka akan "diselia" oleh GK matapelajaran,betapa agak terkejut kerana tiada pemberitahuan awal,namun diteruskan jua.Keadaan hari ini tidak seperti selalu,anak-anak didik belajar dalam keadaan yang amat harmoni,setiap soalan yang diajukan dibalas dengan secara spontan.Alhamdulillah. Tamat masa pertama "Guru yang menyelia" mengucapkan terima kasih dan berlalu.

Pengajaran dan pembelajaran diteruskan,anak-anak terus belajar dengan penuh semangat..mudah-mudahan anak-anak didikku mendapat kemudahan dalam menuntut ilmu,serta diberikan kefahaman dalam menerima ilmu.

Sayugia,setelah hampir 35 minit berehat di ruang bilik guru .di datangi GPK HEM pula untuk menyelia Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini,dan bermakna hari ini sahaja dua kali diselia.Allahu-Akbar.Penat dan walang bila memikirkan ,tapi itulah hakikatnya dunia pendidik,tak boleh lari dari diselia dan penyeliaan untuk melihat tahap kepersediaan kita dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik yang dahagakan ilmu pengetahuan. Anak-anak ini umpama kain putih dan air kosong yang menunggu bahan untuk dicorakkan dan diwarnakan sama ada menjadi harmoni(manusia yang berakhlak) atau menjadi kucar-kacir (manusia yang tiada pegangan)

Tugas dan amanah sebagai seorang pendidik itu amat berat untuk laksanakan...kerana kadang-kadang anak-anak lebih mendengar kata guru berbanding kata ibubapa.Guru adalah betul bagi pandangan anak-anak kita,walaupun hakikatnya ada di kalangan ibubapa mereka juga guru. Guru ibarat ibubapa anak-anak didik ketika di sekolah,segala tingkah laku,tutur kata waima penampilan juga akan menjadi bualan,ikutan dan idola anak-anak didik kita.

sesungguhnya guru adalah insan yang dilahirkan untuk mendidik bukan mengajar.Wa'allahu'alam

Rabu, 24 Februari 2010

Mesyuarat Yang Memakan Masa Terlalu Lama...Perlu Kajian


23/2/2010...saya dan Puan Aisyah telah menghadiri Mesyuarat Agong PPI,Perhubungan Daerah Kluang Kali ke 22...di Sek.Keb.Perempuan Bandar...pendaftaran bermula dari jam 2.00-2.30 petang...mendaftar juga ada 2 fasa...fasa 1..pendaftaran guru pemimpin dan fasa ke 2..pendaftaran ahli guru dan pelajar...yang pada pandangan saya memakan masa yang agak lama.Beratur walaupun di dalam dewan dalam keadaan yang kurang selesa...dan agak lama untuk membuat pembayaran...benar-benar menguji kesabaran.AJK Pendaftaran sepatutnya menumpukan perhatian kepada barisan panjang guru pemimpin yang ingin membuat bayaran...bukan berbual sesama sendiri dan kadang-kadang rasa terganggu..dengan tiba-tiba saja ada ajk yang menyelit di antara kami untuk bertanyakan ajk pendaftaran yang ketika itu sedang sibuk membuat pengiraan wang dan menerima borang pendaftaran keahlian.


Kemudian saya mengambil tempat....acara dimulakan dengan ucapan dan perasmian dari wakil PPD...alhamdulillah ia berjalan lancar.Tahniah kepada wakil PPD kerana memahami situasi kami...ucapan perasmian yang padat dan mantap.

Seterusnya kami disajikan dengan jamuan ringan...yang memakan masa hampir setengah jam...penantian satu penyiksaan...hampir ke angka 4 petang..kurang 15 minit..barulah agenda mesyuarat dijalankan...dan berlangsung selama 1 jam 30 minit...bukan mengira dari bermulanya mesyuarat...tetapi mengira masa dari bermulanya pendaftaran.
Apa salahnya menyediakan 2 orang ...bagi mengutip yuran keahlian untuk Sek.Rendah dan Sek.Menengah....sekurang-kurangnya masa pendaftaran yang sepatutnya boleh siap dalam tempoh 30 minit menjadi kepada 60 minit.

Memang tidak mudah untuk mengendalikan kewangan...tetapi tak akan tidak ada di kalangan AJK yang boleh dipercayai untuk sama-sama bergandingan bahu...mengutip duit yuran keahlian.....paling kurang lantiklah seorang ajk (naib bendahari) untuk membantu sekurang-kurangnya semasa pendaftaran ketika Mesyuarat Agung.

Kehadiran Guru Pemimpin yang hadir seakan serentak menimbulkan kekalutan sekiranya tidak ada kelancaran di bahagian pendaftaran lagi.Sekadar untuk muhasabah bersama. Wallahu'alam.

Jumaat, 19 Februari 2010

Maulidul Rasul 1431H


12Rabi'ul Awal Tahun Gajah..Nabi Muhammad SAW diputerakan. Yatim semasa dilahirkan.Menggembala kambing tika di usia remaja.Berniaga ketika meningkat dewasa. Tika berusia 40 tahun diturunkan wahyu pertama kepada baginda di Gua Hira.

Rasulullah SAW adalah rasul terakhir tiada rasul lain selepas baginda. Alangkah bersyukurnya kita ditakdirkan menjadi umat Nabi Muhammad SAW,kerana mukjizat baginda ditinggalkan kepada kita untuk dijadikan panduan dan pedoman sepanjang hayat kita....tanpa ada orang yang mampu mengubahnya.Sesungguhnya kitab al-Quran terpelihara isi kandungannya hingga ke hari akhirat.Itu pastinya janji Allah SWT.

Sempena sambutan Maulidul Rasul tahun ini...adakah kita telah menghayati dan mengamalkan ajaran dan sunnah baginda di sepanjang rutin kehidupan kita.Sesungguhnya sebagai umat Islam kita wajib beradab dengan Rasulullah SAW.

Antara adab dengan Rasulullah SAW ialah :

i. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW - untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada baginda.

ii. Tawaduk dan bersopan-santun - menurut pendapat para ulama kita wajib menghormati dengan cara bertawaduk dan bersopan santun semasa hadis baginda dibacakan.(selepas kewafatan baginda)

iii. Menziarahi makam baginda

iv. Mengasihi para sahabat baginda

v. Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW

Sehubungan dengan itu tingkah laku yang tidak beradab kepada baginda amatlah dilarang keras ;antara tingkah laku tersebut ialah :

i. tidak mentaati perintah baginda
ii. bercakap atau berbuat bising semasa menziarahi makam baginda
iii. tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
iv. tidak menghormati sahabat baginda

Jesteru itu berlakunya kerugian bagi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak melakukan sunnah Rasulullah SAW ; antara kerugian itu ialah :

i. tidak berpeluang menerima syafaat dari baginda semasa di akhirat kelak
ii. boleh merosakkan iman pada diri sendiri
iii. tidak berpegang dengan sunnah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran
Allah SWT
iv. terhapusnya pahala atas kebaikan yang dilakukan.


Wallahu'alam. Antara tanda kemanisan iman hamba Allah ialah kita mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya.

Isnin, 15 Februari 2010

Rehlah keluarga di Gunung Ledang


Perjalanan dari Kluang ke Gunung Ledang hari ini (15/2/2010)memakan masa selama 3 jam,walaupun pada hari biasa perjalanan ke Gunung Ledang hanya memakan masa selama 2 jam,ini bermakna kami terpaksa merugikan 1 jam perjalanan kami.

Keadaan sesak bermula apabila kami memasuki Bandar Tangkak hingga ke Gunung Ledang,kenderaan bergerak perlahan-lahan hanya 10km/j.Kenderaan yang berderet benar-benar menguji kesabaran kami di tambah dengan cuaca panas yang amat terik.Sepanjang perjalanan kami beristighfar,bimbang-bimbang dosa kami menyebabkan kesesakan ini. Namun perjalanan tetap diteruskan jua.Anak-anak sudah kepanasan ...namun apakan daya pintu masuk B ke Gunung Ledang telah ditutup kepada kenderaan pengunjung.

Kami teruskan juga perjalanan,hendak berpatah balik...alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan..hampir 500m lagi ke pintu A Gunung Ledang...kami teruskan perjalanan menuju ke Gunung Ledang.Alhamdulillah sampai juga kami ke pintu pagar Gunung Ledang dengan membayar RM5.50 untuk memakir kereta kami masuk ke kawasan "Parking" Gunung Ledang.

Subhannallah ...ramainya pengunjuung hari ini...mengalahkan hendak mendaki Batu Caves...maaf..tapi itulah hakikatnya.Pengalaman kali ke dua...rasa-rasanya yang sama pernah kami alami semasa pergi ke Bekok...tahun lepas semasa cuti Hari Pekerja. Semuanya menguji kesabaran namun keseronokan dapat dirasai kerana anak-anak dapat juga menikmati kesejukan air terjun...itu pun setelah kami mendaki Gunung Ledang...yang mungkin tidak berlaku kesesakan orang ramai.

Itulah adat musim perayaan...semua mahu membawa ahli keluarga berkelah dan merehatkan minda.Suasana yang tidak dapat kita lihat di negara luar.Apa yang penting kesabaran dan keseronokan telah menyebabkan kita rakyat Malaysia...berusaha untuk mencari tempat rekreasi yang mendamaikan. Moga kerajaan Johor dapat menambah lagi pusat-pusat pelancongan yang menarik bagi rakyat Malaysia khasnya dan rakyat Johor umumnya.

Ahad, 14 Februari 2010

Sambutan Hari Valentine..Haram



Valentine's Day atau sambutan Hari Valentine adalah haram di sisi Islam,kerana sambutan hari ini adalah memperingati kematian Valentine...seorang paderi.Jika kita nmenyambut bermakna kita mengakui kebenaran ajaran Kristian..yang terang-terang sesat lagi menyesatkan.

Perbuatan menyambut perayaan ini boleh membawa kepada kemurtadan. Orang kafir merupakan golongan yang secara hakikatnya menolak kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW,mereka menolak dan engkar dengan ajaran Islam.

Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah SWT hanyalah agama ISLAM. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam.Islam dan Iman adalah anugerah yang paling berharga buat diri kita.Peliharalah dan tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan menjauhi perkara-perkara yang di larang oleh ALLAH SWT.

Rabiul'Awal bakal menjelang esok hari,bulan diputerakan Nabi Muhammad SAW ,rasul terakhir dengan mukjizat yang berkekalan hinggan ke akhir zaman.Mengapa kita tidak memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan menyambut Maulidur Rasul dengan rasa penuh kegembiraan?Mengapa kita sentiasa memperingati 14 Febuari setiap tahun berbanding kita memperingati 12 Rabiul'Awal? Tepuk dada tanya iman ,muhasabah diri kita...ke mana kita pada penghujung hayat kita.siapakah yang memberikan syafa'at kepada umatnya di hari pengadilan adakah Nabi Muhammad SAW atau Paderi ST.Valentine?

Anak-anak didikku,kasih sayang adalah anugerah dan naluri fitrah manusia,di dalam Islam juga menganjur kita menyayangi manusia kerana Allah...kenapa perlu menyayangi manusia kerana Allah SWT? Sayang itu lahir dari hati yang suci ,jika benar-benar menyayangi dan mengasihi seseorang..jangan kita jebakkan mereka ke lembah maksiat.Kasih sayang bertuhankan nafsu akan menghancurkan maruah dan generasi remaja Islam pada hari ini.

Berapa ramai anak luar nikah @ anak hasil perhubungan zina dilahirkan setiap tahun. Mengikut perangkaan dari sumber yang boleh dipercayai hampir 70 ribu anak luar nikah telah dilahirkan dan Johor sahaja telah menyumbangkan kelahiran anak luar nikah seramai 8 ribu orang.Angka yang cukup menggerunkan,angka kelahiran anak luar nikah hampir menjangkau ke angka 100 ribu. Dimana letaknya keimanan dan maruah kita?

Hari ini di dalam Berita Harian Online...seorang bayi telah ditemui mati terbakar di di dalam tong sampah....di Kuala Krai...bayangkan seorang bayi yang tidak berdosa telah dibakar oleh ibunya sendiri semata-mata hendak menyembunyikan dosa yang telah dilakukan. Bayi yang tidak berdosa telah menjadi mangsa kepada seorang penzina dan pembunuh. Dosa-dosa besar telah menjadi santapan mereka..berzina dan membunuh bayi yang tidak berdosa. Apakah dosa bayi tersebut? Bayi tidak berdosa...dilakukan seperti seekor binatang...dibuang,dibunuh,dibakar....sesungguhnya di dalam Islam bagi penzina lelaki dan perempuan apabila telah sabit kesalahan mereka berzina akan dikenakan hukuman :

i. rejam dengan batu sampai mati ( jika penzina sudah berkahwin)
ii.di sebat 100 kali (bagi penzina yang belum berkahwin)

* hukuman ini berdasarkan ayat al-Quran:surah An;Nur ayat2:sesungguhnya zina akan merosakan keturunan.Nauzubillah. Sehubungan dengan itu,janganlah sekali-kali kamu menghampiri zina...kerana zina akan merosakan nasab keturunan dan banyak nyawa yang tidak berdosa akan menjadi mangsa. Jangan kita terlalu menurut hawa nafsu,kita telah dikurniakan akal dan iman agar menjadi benteng mengawal hawa nafsu.

Jangan biarkan hawa nafsu menguasai akal kerana syaitan mudah merosakkan minda dan pemikiran kita.Kawallah nafsu dengan keimanan dan kebijaksanaan akal...insya'Allah hidup kita akan terhindar dari perkara-perkara kemungkaran.

Sabtu, 13 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru Cina buat masyarakat Tionghua khasnya dan bangsa Cina amnya...terutama kepada guru-guru dan pelajar SMJKT,Kluang.Moga perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini membuka lembaran baru kepada kita(masyarakat Cina) untuk meneruskan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan moral.

Kesungguhan guru (Puan Wong Yoke Bing) dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar Cina amat memberangsangkan.Moga segala usaha Puan Wong Yoke Bing akan menerima ganjaran yang setimpal dari para pelajar Cina khususnya.

Kecemerlangan dalam bidang akademik serta akhlak bukan sahaja menjadi sandaran kepada kita untuk mencapai kebahagiaan hidup tetapi dengan akhlak dan ilmu kita akan disanjung dan dihormati. Disanjung dan dihormati kerana ilmu dan akhlak bukan kerana kekayaan dan kemewahan.

Carilah kecemerlangan dan keberkatan hidup selagi kita terdaya dan termampu.Selamat Bercuti dan Selamat Merehatkan Minda.

Rabu, 10 Februari 2010

Tahniah ! Dinamik Kekal Kejuaraan Kali Ke-2


Tahniah diucapkan kepada semua warga rumah DINAMIK kerana telah mengekalkan kejuaraan di dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-LAPAN.Buat ahli dan warga rumah KARISMA,GENIUS DAN INTELEK...usah berputus asa...masih ada lagi tahun hadapan untuk menempa kejayaan dan menjadi juara....

Semangat kerjasama dan semangat kesukanan mesti berpanjangan untuk memastikan rumah pasukan kita menjadi JUARA.Bagi warga pendidik yang bertungkus lumus di padang menjayakan sukan tahunan ...sebagai pengelola peserta,guru rumah yang penat berkejaran mengejar anak-anak didik ke balapan,pencatat markah,hakim penamat,juruacara,penjaga lorong,pengurusan hadiah dan pengurusan jamuan semestinya...tahniah kerana telah melaksanakan tugas dan amanah dengan jaya dengan cemerlang. Tanpa kita guru-guru mungkin sukan tahunan tidak akan semeriah ini.

Bagi pelari-pelari pecut 4x50m guru-guru...tahniah ...kerana telah membuktikan bahawa guru-guru juga sebenarnya seorang "atlet"..kalau masuk kejohanan khas untuk guru-guru..pasti GURU-GURU SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang menjadi JUARANYA...Insya'Allah. Semangat kesukanan yang dipamerkan amat-amat menggalakkan .


Buat anak-anak didik SMKJKT,contohilah guru anda sentiasa bersemangat melaksanakan tanggungjawab...walau di mana jua berada di kelas waima di padang juga...jadikan kegigihan dan semangat guru-guru SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang...sebagai pembakar semangat anda untuk menjadi yang terbaik sama ada di bidang akademik atau pun bidang kokurikulum (sukan). Semua manusia itu dicipta berkemampuan melakukan yang terbaik.

Lihat sahaja sahabat-sahabat kita dari Kelas Pendidikan Khas...mereka juga mampu berlari dan memenangi hadiah untuk acara mereka. Melihatkan kesungguhan mereka menamatkan acara 100m dan 4x50m sudah cukup untuk menggambarkan mereka adalah insan istimewa yang wajar dihargai dan dihormati. Anak-anak yang dilahirkan sempurna sewajibnya bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Gunakanlah akal untuk membezakan perkara yang haq(benar) dan batil ( sesat)...kudrat kurniaan Allah SWT wajib disalurkan dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita terus menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya'Allah.

Ahad, 7 Februari 2010

Sukan Tahunan Kali ke-8 SMKJKT


Sudah 8 tahun usia SMKJKT...jika kanak-kanak sudah melangkah ke alam persekolahan di Tahun 2...mudah-mudahan SMJKT terus cemerlang....seiring dengan lirik lagu sekolah SMJKT...namamu harum sepanjang masa.

Anak-anak didik SMJKT ...pada 11/2/2010 nanti kita akan meraikan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 8...moga dengan angka 8 ini akan memberikan warna-warni yang indah di dalam sukan tahunan kita pada kali ini.

Bersukan bersukan juga...namun jangan dilupa batasan aurat dan pergaulan wajib dijaga agar kita tidak tersasar jauh...menutup aurat itu wajib walaupun kita bersukan atau beriadah. Bagi anak-anak perempuan aurat dan suara harus dipelihara agar tidak keterlaluan di dalam memberikan sokongan dan semangat kepada para sahabat.

Batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan wajib dijaga agar kita tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah SWT. Balasan dan azab Allah akan diturunkan kepada golongan yang engkar,namun jika tiada amar makruf nahi mungkar,maka kita yang tidak menasihati sahabat yang terleka juga akan menerima balasan yang sama. Nauzubillah.


Sehubungan dengan itu,bersukan dan beriadah tidak di larang di dalam Islam,cuma pastikan kita menjaga batasan aurat dan batas pergaulan antara ajnabi.Mudah-mudahan sukan tahunan pada kali ini mendapat rahmat dari Allah SWT.

Cuaca yang panas dan membahang pada tahun ini,mudah-mudahan terus memberikan kita kekuatan,sama-samalah kita berdoa ke hadrat Illahi moga,sukan tahunan kita pada tahun ini berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan dan persengketaan.
Kepada ahli rumah Genius..teruskan usaha dan kuatkan semangat...GENIUS BOLEH! bagi rumah Dinamis dan Karisma yang sudah mendahului kami...nantikan kami di balapan pada 8-9/2/2010 dan 11/2/2010...mudah-mudahan semangat kesukanan yang dibentuk dalam diri para pelajar mampu menyemarakkan lagi suasana kemeriahan sukan Tahunan pada tahun 2010.


"MAJULAH SUKAN UNTUK KAMI- WARGA SMJKT"...

Isnin, 1 Februari 2010

Safar....kini telah masuk minggu ke-3


Muharam,Safar...hari ke 16 dalam bulan Safar.Terasa masa terlalu cepat berlalu.Masuk bulan ke 2 bulan hijrah rupanya.Bermakna hanya tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan,bulan rahmat dan keampunan yang dinanti oleh umat Islam.

Dalam kita melalui hari-hari dan menjalani rutin kita sebagai pelajar,pendidik,ibu,surirumah....jangan terlupa untuk mengqada'kan puasa kita. Berapa hari yang tertinggal perlu diganti dengan segera.Bimbang jika terlupa akan dikenakan fidyah .

Sesungguhnya masa yang berlalu terlalu pantas meninggalkan kita,antara sedar dan tidak kita masih tercari-cari nur hidayah Allah SWT.Hidup mestilah berpaksikan kalimah syahadah...tanpa tauhid ULUHIYYAH ini kita pasti akan sesat.

Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah yang diiktiraf oleh kita dan kita mengaku sebagai penganut Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah...tapi adakah kita mengikut segala prinsip ASWJ ini...antara prinsip ASWJ ialah :

1. berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah
2. berpegang teguh dengan prinsip salaf-us-soleh
3. jika berlaku pertelingkahan pendapat akan merujuk al-Quran dan as-Sunnah
4. tidak mencela atau mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka
5. tidak meghukum kecuali dengan bukti-bukti yang sahih.

Tepuk dada tanya keimanan kita...adakah hidup kita selaras dengan prinsip dan pegangan ahlul Sunnah Wal-Jama'ah ini.Begitu pun Allah SWT amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa mencari jalan kebenaran dan keinsafan.


Hanya Allah SWT,yang layak disembah : Tiada Tuhan melainkan Allah " Kembalilah mencari nur Allah SWT.Insya'Allah kita akan memperolehi ketenangan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah,menurut segala ajaranNya ...bukan membelakang dan meninggalkan suruhanNya.Manusia adalah insan kerdil dan hina diciptakan dari setitis air mani...dibentuk dan ditiupkan roh padanya...itu semua kerja Allah ,yang amat mustahil dilakukan oleh kita yang bernama manusia.

Tapi kita lupa...apabila dikurniakan akal,tidak mahu berfikir tentang kebesaran Ilahi,dikurniakan nikmat yang melimpah ruah...disalurkan ke tempat-tempat maksiat.Tanya diri kita untuk apa kita diciptakan?Jawapannya adalah untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan beribadat hanya kepada Allah.

Hanya Allah tempat pergantungan kita,bukan teman atau sahabat. Sahabat yang baik membawa kita ke jalan yang benar,namun sahabat yang buruk akhlaknya..akan membawa kita menempah alam kekotoran ( maksiat,dadah,pergaulan bebas).Jadilah sahabat yang sentiasa membawa "amar makruf nahy mungkar" .


Sempurnakanlah hari-hari kita dengan amal ibadat,amar makruf nahy mungkar ,menuntut ilmu dan perkara yang berfaedah.Jauhi perbuatan maksiat dan perkara-perkara lagha(sia-sia: bercakap kosong,melepak,duduk di tepi jalan)Jadilah anak-anak yang berguna pada nusa,bangsa dan agama.