Jumaat, 27 Februari 2009

Aktiviti Panitia Pendidikan Islam ( Mac- April)


  1. Majlis Maulidur Rasul - 25 April 2009
  2. Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Daerah : SMK Paloh pada 4 April 2009
  3. Festival Nasyid Peringkat Daerah : SM Teknik pada 11 April 2009
Kem Anak Soleh Titian Ke Syurga 24-25 April 2009

Usaha Mendirikan Surau Sekolah

Kluang : Idea dan usaha untuk mendirikan surau sekolah telah lama difikirkan oleh pihak sekolah bermula sejak pembukaan sekolah ini pada tahun 2003. (foto hiasan, surau salah satu resort di Kg Tenglu, Mersing)

Ianya menjadi sangat mendesak sekarang kerana surau yang sedia ada sekarang tidak dapat menampung jumlah pelajar muslim yang ramai iaitu seramai 620 orang manakala guru Islam seramai 53 orang.

Surau yang ada sekarang adalah di dalam bangunan sekolah yang bersekali diatasnya bilik guru, kelas, kios koperasi dan pejabat pentadbiran. Malah saluran najis tandas jelas kelihatan dan bunyi aliran airnya turut kedengaran. Jika tandas digunakan , lokasi saluran berada di atas kepala makmum muslimah sedang bersolat. Cuba tuan bayangkan!.

Pada 25 Februari 2009, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Jalan Kota Tinggi, Ustazah Mastura Binti Ahmat telah ke PPD Kluang untuk berbincang mengenai usaha untuk membina surau. Turut serta dalam perbincangan itu ialah Tuan Hj Mispan Bin Selamat, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Jalan Kota Tinggi.

Moga Allah SWT memudahkan usaha kita untuk membina surau sekolah ini dan sama-samalah kita menyumbang samada tenaga mahupun wang ringgit untuk manfaat semua. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas amal jariah tuan.

Khamis, 26 Februari 2009

Selamatkan Palestin







Salam Ukhuwwah


Selamat bertemu dan berkenalan atau ta'aruf di alam maya dalam blog yang baru ini.

Salam persaudaraan buat semua yang mengucap Syahadah khususnya warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi, Johor.

Panitia Pendidikan Islam SMKJKT sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar dan memartabatkan kecemerlangan Pendidikan Islam.